Showing posts with label sem4. Show all posts
Showing posts with label sem4. Show all posts

Saturday, April 17, 2010

Jadual Peperiksaan Ain Fathihah

AT16 Pendidikan Sains (Biologi)

Semester 4

20/4/10

EDU3034 Pengurusan Pembelajaran

Dewan Rahman Talib, 2.30 PM

22/4/10

TKU1043 Basic Chemistry 2

Dewan Peperiksaan, 2.30PM

24/4/10

TBE3013 Ecology

Taman U 38, 9.00AM

26/4/10

TBF3033 Animal Physiology

Taman U 10, 2.30PM

Kursus yang tiada peperiksaan akhir

Bahasa Jerman Komunikasi 1

Chemistry Laboratory Management Techniquies

Kembara Alam

Wednesday, February 03, 2010

umpan terbaik untuk hasil yang 'besar'

Budak kecik yang nakal,

Patut campak dalam tasik,

Untuk umpan ikan besar.

bayang-bayang dalam tasik tu, original ya. bukan edit guna Photoshop.

Thursday, January 07, 2010

Kembali ke rutin

Salam’alaik, salam anak kandung suluh budiman. Saya masih tegar di bumi kandung suluh budiman walaupun wujud kontroversi melanda dunia bakal pendidik. Abaikan itu semua dulu. Saya punya tugas besar di UPSI ini. Belajar.

 

Sudah minggu kedua di semester dua sesi 2009/2010. Sudah dua minggu jugalah saya dan insan-insan lain yang seangkatan kembali ke rutin. Rutin? Opss, sudah pasti banyak rutin yang berlaku di sini. Pergi kelas balik kelas. Terima tugasan, buat tugasan dan hantar tugasan. Berpoya-poya.

 

Rutin yang tidak berubah dari saat saya menjejak kaki di semester satu, hinggalah sudah besar sikit di semester empat ini,

rutin pergi kelas dan balik kelas yang saya tertarik untuk catitkan di sini adalah,

.

.

Ya, ini. Berebut Menaiki bas.

Bakal guru menaiki bas dengan cara itukah? Hehe, mencabar kan. dengan jumlah pelajar yang menunggu di hentian bas dan jumlah bas catar yang seadanya wujud itu, maka persaingan adalah sengit untuk memastikan diri sendiri dapat memboloskan diri ke dalam bas.

 

Fuh fuh! Bila waktu-waktu puncak (8.00 pagi, 2.00petang, 8.00malam) untuk ke kelas, memang begitulah. Beratur? Eh ada. Pelajar UPSI masih belum lupa erti beratur untuk menaiki bas.

 

Pagi hari, haaa..masa itulah baru wujud ertikata beratur. Memanjang sampai ke belakang rumah saya.

 

Di waktu puncak lain, terpaksalah berebut. Masa ini, siapa yang ayu, yang cantik, yang menawan semua....bertukar! menjadi seseorang yang rakus untuk naik bas. ah, yang penting berjaya naik bas supaya tidak terlambat masuk kelas.

 muka gembira gadis-gadis bila dah dapat naik bas.

Kadang-kadang saya rasa, penat ja seterika baju kuliah aka baju kurung sebelum ke kelas. Habis berkedut ketika berasak-asak di tepi bas. Huhu, huduh perangai kan.

 

erm? Berasak-asak? Tak tersentuh ke badan lelaki dan perempuan? Ahaa, kaum lelaki adalah kaum minoriti (endangered species = spesis terancam) di UPSI. Sikit ja ada. Dan jarang mereka ini berebut bas sekali dengan perempuan. Mungkin spesis lelaki bimbang dan risau dicabul semasa berasak-asak itu. Mungkin.

 lelaki : aku cool, tak payah berebut. nanti dicabul. iskk, susah bila jadi minoriti ni. kena buli.

.

.

Selalunya yang maju mara ke hadapan untuk berebut bas, adalah kaum perempuan. Awww!

 

Cikgu-cikgu, bila nanti kita semua sudah masuk ke alam pekerjaan. Ketika menjadi guru, kalian masih perlu menasihatkan anak-anak murid kita,

 

“sila beratur ketika menaiki bas”

 

Huhu.