Showing posts with label di mana kita?. Show all posts
Showing posts with label di mana kita?. Show all posts

Thursday, August 07, 2008

permintaan


Ku minta kepada Tuhan setangkai bunga segar, Dia beri kaktus berduri. Ku minta kupu-kupu, diberi ulat berbulu. Apabila aku sedih dan kecewa, namun kemudian, kaktus itu berbunga indah sekali dan ulat itu pun menjadi kupu-kupu yang cantik.


Itulah jalan Tuhan, indah pada masanya! Tuhan tidak akan memberi apa yang kita harapkan, tetapi dia akan memberi apa yang kita perlukan... Kadang-kadang kita sedih, kecewa, dan terluka, tetapi jauh di atas segalanya Dia mengatur yang TERBAIK dalam kehidupan kita!!! Ingat Tuhan senantiasa mengingati dan memerhatikan kita...tapi, sebaliknya... adakah kita senantiasa mengingatinya?


Baiknya Tuhan kepada kita..maafkan kami ya Allah..ya Allah...ya Allah..

Thursday, April 03, 2008

Rusa & Singa

Setiap pagi, si rusa akan bangun berlari & terus berlari..
Dia harus terus berlari kerana dia tahu alpanya dia akan mengundang bencana..
Dia akan dibaham singa jika alpa akan datangnya pagi..

Setiap pagi juga, sang singa akan bangun berlari dan terus berlari..
Dia harus terus berlari kerana dia tahu alpanya dia akan mengundang bencana..
Rusa akan lari dan singa akan meti kelaparan jika alpa akan datangnya pagi..

Sama ada kamu rusa atau singa, itu tidak penting..yg penting kamu harus terus berlari dan berlari..
Kita harus terus berlari dan mengejar impian..& mengalahkan saingan...

UNTUK MENCAPAI KEJAYAAN!!


@)---
rasa sayang hey
memanusi[a]kan manusi[a]