Bukan terlupa pasword, bukan terlalu sibuk, bukan juga jauh hati.. tapi setahun dua ini saya rasa hilang ghairah dan teruja untuk menulis di sini, di Blog Ain Fathihah yang dulunya menjadi jantung hati saya.
Rasanya hilang teruja ini bermula selepas saya mula bekerja sebagai guru ganti. entah apa yang sibuknya, cinta saya beralih arah...cinta pada sekolah. (eceh kalau pengetua baca ni, terus saya naik pangkat DG44 keh keh keh). Bila bekerja, situasinya tidak sama lagi dengan zaman belajar. Sudah kurang rasa mau berpoya-poya di laman maya.
Banyak perkara yang berlaku yang tidak sempat saya nukilkan di sini. Petempatan pertama, hal keluarga dan juga pernikahan saya. hihihi sekarang sudah hampir tiga bulan menjadi Puan. ada roomate lelaki yeayy! kacak pula muahahaha.
Tadaaaa!!
alhamdulillah. entri ini tujuannya untuk saya buat refleksi tiga bulan menjadi isteri Fadzil Hilmi. bukan nak memuja dan memuji suami, nanti saya sendiri yang geli-geli. haha.
Kerap saya ditanya soalan begini,
"Apa perubahan yang pada diri lepas jadi isteri orang?"
saya terdiam. mau memberi jawapan klise?
satu yang pasti, yang saya pasti ini perkara yang berubah.
saya tiada sembelit lagi! keh keh keh.
banyak-banyak perkara yang manis tentang nikah kahwin, hal berak jugak yang saya bincangkan di sini. maaf la suami. tapi ini benar.
sejak kecil anak, saya bukan jenis pemakan sayur. kelat benar rasanya sayur di lidah saya. pahit, payau, berdengung dan tidak sedap. saya memang tak suka makan sayur. mungkin penyebab mengapa saya bantut, kurang vitamin dan mineral gamaknya.
disebabkan kurang pelawas, maka saya memang menghadapi masalah sembelit. kekerapan saya buang air besar? tidak kerap.
lepas mula bekerja, saya mula tercari-cari cara untuk mengatasi masalah ini. antaranya, saya asingkan sedikit wang gaji untuk membeli pati prun innershine. heh, selera takmau kalah, nak yang mahal saja. dengan kos yang tinggi untuk beli pati prun innershine tu, masalah sembelit saya sedikit sebanyak dapat diatasi. cuma tak ada la bangun tidur muka berubah rupa maya karin.
selepas nikah dan menetap sendiri, seperti lazimnya isteri lain, saya memasak untuk suami. kadang-kadang terjadi juga ikan siakap hangit, cucur rentung keras kayu dan nasik lembik....ah abaikan. itu sebahagian daripada proses pembelajaran hahaha.
suami tidak cerewet. cuma satu perkara yang saya amat perasan sejak awal dulu, tiap kali saya memasak dan jika tiada sayur, suami akan tanya
"sayoq mana? sayoq mana?"
jika tidakpun dia mengeluh,
"herm tak syok la takdak sayoq."
ataupun dia menyakat saya tiap-tiap kali cik jururawat datang bertandang di pipi
"tengok abang. makan sayoq, pipi licin ja tak penah naik jerawat", kata dia sambil mengelus-elus pipi sendiri.
ambil masa juga, selepas itu saya paksakan diri untuk masak sayur setiap kali. saya tanamkan dalam hati, wajib masak ada sayur! mesti mesti! padil suka makan sayur dan saya pun mesti masak sayur untuk dia.
awal dulu, saya cuma masak. tetap elak dari makan. lama kelamaan, saya belajar makan sayur sebab rasa penat pulak kalau masak sendiri, tapi tak makan langsung.
ringkaskan cerita, sekarang dah dua bulan saya jadi pemakan sayur... dan tiba-tiba saya perasan yang saya hari-hari berak.. banyak baguss! haha. tidak perlu pun minuman kesihatan mahal-mahal, rupanya cuma perlu makan sayur hari-hari.
sekian saja perubahan diri saya selepas berkahwin yang dapat dikenalpasti.
nota tumit : dah rajin makan sayur pun jerawat naik jugak. heh.
3 komen tak puas hati:
Bagus! Nak sihat tak perlu makanan suplemen mahal2 pun. Cukup dengan jaga apa yg patut jaga je ;-)
suka ayat2 ain...tulis la lg...tulis la lg...
Padil sm mcm asben kak...suka mkn sayoq tp sayoq sawi ja.kita mkn rasa pahit dia kata sedap....adessss
Paling suka ayat yg di strikethrough tuh hahaha
Post a Comment