dalam banyak-banyak kawan yang kita ada, biasanya ada seorang dua kawan yang memberi kesan pada hidup kita walaupun tidak serapat mana. sampai sekarang masih terngiang-ngiang apa yang dicakapkan dia.
bila masuk ke sekolah menengah, saya tinggal di asrama. masa itu masih hingusan, ikut saja apa cadangan mama baba. bila naik ke tingkatan dua, anak daud adalah antara kawan yang paling tinggal kesan pada zaman peralihan kanak2 ke remaja (zaman tak tentu hala) saya.
masa tingkatan dua lah saya belajar outing. mula-mula outing halal di hujung minggu bila tidak balik rumah. apa mau dibuat dengan sabtu ahad di asrama selain outing kan. lama kelamaan menjadi outing haram, iaitu bila tamat waktu sekolah, tidak terus pulang ke asrama, sebaliknya menyelinap di celah pelajar berulang, naik bas ke komtar. entah apa yang seronoknya dengan Komtar dan Prangin Mall waktu itu, saya pun tak tahu (sebenarnya dah lupa).
antara kenangan tingkatan dua yang saya masih ingat sampai hari ini adalah peristiwa ini.
satu pagi, warden asrama Ustaz Shuib secara mengejut membuat lawatan ke kamar-kamar pelajar di asrama lama. asrama lama menempatkan pelajar tingkatan dua dan empat sahaja. pagi hujung minggu, kebanyakkan tidur semula selepas subuh, sambil bermalas-malasan, membiarkan kamar semak tidak berkemas.
warden : kamar semak! macam sarang tikuih!
senior : kami orang, ustaz. bukan tikuih.
warden : hei! kamu faham tak saya kata macam, macam lah!
junior : (berani hihihihi dalam hati saja)
maaf saya melalut. berbalik pada cerita anak daud. saya paling ingat kata-kata anak daud masa kami tingkatan dua, di tangga tersorok asrama lama, sedang ponteng prep petang (haha!). lebih kurang tiga empat orang sedang bersembang hal family, kemudian anak daud menangis & cakap mcm ni (lebih kurang).
"tuhan, bagi la aku rasa satu saat pun takpa, macam mana rasa ada family yang lengkap".
saya tak tahu anak daud ingat atau tak, dia pernah cakap begini, buat hati naluri saya sentap sampai hari ini. waktu dulu, hati sekadar simpati. cuma lewat setahun dua kebelakangan, kata-kata anak daud makin menusuk dan mencucuk tajam hati saya. buat saya tertanya-tanya, adakah tujuh tahun akan datang adik saya yang sekarang di darjah satu dan darjah empat akan begitu juga perasaan mereka?
allah jua yang menentukan. perkara takdir, bukan dalam kuasa hamba.
nota tumit : dah bertunang dah anak daud. tahniah kawan lama!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 komen tak puas hati:
hang dah lama tak update bloggggg
Post a Comment