saya sendiri pun tak sangka saya mampu buat perkara macam ni. menjahit dan membuat pakaian adalah satu perkara yang tak termasuk dalam senarai perkara-perkara yang dicita-citakan.
berdasarkan gambar, dua baju di kanan adalah kemeja. warna putih saiz S, warna biru saiz XS (saiz ni saya tukar sendiri. takpernah jumpa pulak kan baju lelaki saiz XS).
baju warna maroon dan pic adalah blaus (kemeja perempuan). selama ni tak pernah ambil tahu, tapi rupanya cara menjahit baju lelaki dan perempuan adalah berlainan. ada etika pakaian dan peraturan yang perlu diikut.
usah tanya mana baju kurung mahupun baju melayu. belum belajar. saya baru belajar blaus dan kemeja.
5 komen tak puas hati:
wah... tahniah, tahniah :)
nak tanya la pasal giatmara nie.pengambilan dia setahun dua kali ke ek?kena bayar berapa tiap-tiap bulan?saya ingat nak mendaftar jugak.. =)
suhaila,
pergi mana2 pusat giatmara yg ada tawarkan kursus jahitan, minta borang. ada ambilan julai dan januari.
yuran pendaftaran rm140.
sebulan dapat elaun rm200.
ok,terima kasih..saya dah mendaftar, tengah tunggu bila pengambilan.. =)
ok,terima kasih..saya dah hantar borang,tengah tunggu pengambilan..=)
Post a Comment