Sunday, January 29, 2012

fashion & dressmaking - giatmara

masih ingat entri ini? kebanyakan orang yang kenal rapat dengan saya menganggap saya main-main saja bila saya menyatakan keinginan mau belajar menjahit.

"hang ni, gunting kertas pun tak reti straight, ni pulak nak menjahit. habis la senget sebelah baju kurung tu nanti"

"eh, hang bukan ka tangan kayu? boleh ka nak pegang jarum nanti?"

saya cuma ketawa. semasa semester lapan, saya rasa tak mungkin semangat nak belajar menjahit tu akan bertahan lama. entah-entah saja nak propa saja si ain fathihah ni.

19 Januari, saya dah balik penang untuk selamanya. Rehat-rehat dulu. tak ada sebut-sebut dah pasal nak masuk giatmara untuk ambil kursus jahitan. Baba pun tak tanya apa perancangan saya.

baru seminggu di rumah, saya dah mati kutu kebosanan. taktahu nak buat apa walaupun banyak saja kerja yang boleh dibuat di rumah. saja mau cari alasan kan.


25 Januari saya menekadkan diri,

"Baba, tolong telefon Giatmara Tanjong sat. Boleh lagi ka nak mula kelas sekarang? patut awal tahun kan"

tapi baba terus ajak saya ke pusat Giatmara Tanjong, di sekitar jeti. jumpa terus mata ke mata, senang.

di Giatmara Tanjong, saya dan Baba bercakap dengan cikgu kelas jahitan. agak lama berbincang, cikgunya takmau terima saya. alasan ;


1. dah 25 Januari. orang lain dah masuk dan mula belajar 3 Januari. kata cikgu jahitan, cikgu perempuan lebih kurang sama besar kecil dengan saya itu, saya tertinggal tiga minggu kelas.

"tak apa cikgu. saya sanggup belajar balik apa yang saya tertinggal"

"saya tak mau. nanti kerja saya jadi dua kali ganda. saya nak kena ajar kamu, dan kena ajar juga pelajar yang lain. banyak la kerja saya nanti. lagipun saya risau kamu tak dapat cover balik apa yang kamu tertinggal. orang lain semua dah masuk modul tiga"

balik rumah, saya cari silibus kursus Fashion & Dressmaking Giatmara. saja nak tau.

ala cikgu jahitan ni. haha. berkira. sikit saja pun yang saya tertinggal. tapi dia tetap takmau terima saya. sob sob. mungkin muka saya nampak muka tak berbakat agaknya.


2. over qualified

Giatmara Jelutong cakap, saya terlebih kelayakan. aik? haha.

"kamu dah ada degree. kamu boleh cari kerja lain. lagipun tak ada keperluan mendesak untuk kamu masuk giatmara ni. mara ni nak tolong orang melayu"

okay. jadi tulis dalam borang,

kelayakan tertinggi, SPM.

"betul ka kamu belajar sampai SPM ja? ni muka budak cerdik ni. takkan habis sekolah dah tak sambung belajar dah?"

err.. pulakkk!


3. kuota penuh

"sini kuota dah penuh. pelajar ramai. cuba kamu pergi tanya di Giatmara Bukit Bendera pula."


bersambung....



nota tumit :

Beginilah nasib diriku yang malang, Oh Tuhan
Tak boleh bersenang lenang masuk giatmara
Berehat sekejap isteri Baba dah meradang
Kerja berat takut reput tulang

Tidaklah boleh kukenanglah kenang
Oh airlah mata hai jatuh berlinang
Karam, di laut dapat kurenang
Karam, di hati nak bayar hutang

8 komen tak puas hati:

Unknown said...

Saya suka baca nota tumit tu. Haha

Pandai gak upanya ain berpantun, er, pantun ke tu?

Zifa said...

keciannyer...dah tu watpe skung..sy yg terpelajar pun blaja menjahit..tgn pn keras jugak...tp pelan-pelan kayuh la...setiap perempuan ade kelembutan..i believe that...

Chun Ae said...

saya dha kje skrg dha..pmbantu mkml je..hehehe..nk gak mjahit..bru nk plan ambik klas mjahit cuti skolah ni..boring sgt kje waktu cuti...jd tu yg tfkr nk blaja mjahit..susah sgt ker nk apply? huhuhu....nk gak blaja..nk wat bju sendiri....

Unknown said...

Assalammualaikum...Bile bersambung? hihih :) Alhamdulillah..saya da dpt giat mara fashion & dressmaking... sy da melepasi orientasi seminggu... Mcm budak2 kne orientasi... bengang jgk la... hehehe... excited nk masuk kelas ni.. Aku yakin aku boleh menjahit... insyaallah.... Rasa mcm terpaksa pon ada... tp aku akan berusaha!!! chaiyokkkk :D

yati said...

sedang mencari lulusan giatmara/ikbn dlm bidang fesyen untuk bekerja di kedai saya di gelugor, penang.

blh tlg war-warkan pd kenkawan yg berminat?

hubungi kak yati, 018-4072805

tq ain.. btw, nice coretan ;)

Nrhfza said...

kira nya ain sambung ke tak? satu module tuh berapa lama amek masa nak habis eh?

Anonymous said...

sy bkas stdnt d salah sbuah institusi jahitan pkaian wanita(fashion and dressmaking),sdg mcri org yg hndak mnempah pkaian on9 dn sy jga pmbeli pkaian2 lama yg msih elok yg tdk d pkai lg untuk d jdikn fesyen baru.

Anonymous said...

Bila baca pengalaman blogger ini . Sama Kes seperti saya pernah masuk belajar di ikb ,KL dalam kos (fashion & dressmaking). Rezeki blajar di situ skjap sahaja sebabkn saya lambat pickup menjahit siapkan projek di minta. Guru² dekat sana ada setengah tidak terlalu fokus pada mereka baru nak faham belajar menjahit dengan baik..