gembira rasa hati saya. hari ini dapat menjarakkan diri dari pekan metropolitan tanjung malim. pergi klcc yang jauhnya sekentot saja dari rumah. release tension kononnya. entah idea siapa ini, asal mahu release tension, perlu pergi mall. perlu pergi tengok wayang. perlu pergi karaoke. padahal sebetul-betul release tension adalah kamu beli tiket balik kampung, salam dan peluk cium mak ayah. *dush, kena batang hidung sendiri.
untuk lebih menggembirakan hati, saya beri reward pada diri sendiri. semester ini semester lelah. banyak perkara yang buat hati saya walang dan jiwa saya resah.
reward no 1.
tengok wayang bersama cik miza dan cik zety. ombak rindu. saya bagi 3/5. saya teruja mau pergi tengok sebab ramai yang bantah-bantah katanya movie ombak rindu ni ada adegan panas. masuk panggung, saya dah celik mata besar-besar. mau tunggu apa adegan panasnya. kemudian, cis! kecewa sendiri. tu ja ka? hahaha.
reward no.2
oh yeah. saya hadiahkan diri sendiri buku yang saya dah lama nak miliki tapi belum dapat. mungkin sebab belum serius mencari. ini bukunya, Memoir Shamsiah Fakeh, RM30. (muka gembira).
ini buku kedua. RM40.cukup dua. inipun sudah tahan hati dari ambil judul-judul lain yang saya berminat. rasa nak sangat-sangat beli A Doctor In The House tapi teragak-agak sebab kurang bajet. huu. cepat la, siapa nak hadiahkan saya memoir che det tu.
zety beli Malay Dilemma. hehe. weh nanti bagi aku baca gak. orang lain dah lama khatam buku tu, kita baru nak sedar dunia.
1 komen tak puas hati:
nanti nak pinjam.bahahaha
Post a Comment