Thursday, July 28, 2011

dram dum dum dum vs eardrums.

acara : persembahan pentas sempena fiesta kokurikulum smk ibrahim

ada pertandingan karaoke
ada pertandingan instrumental
ada pertandingan tarian berkumpulan
ada pertandingan kugiran (band)

saya jenis tak pernah pi konsert, tak selalu dengar musik apatah lagi musik berdentam dentum kuat maha amat. tak pernah pergi gig apatah lagi jamming. juga tak pernah melangut tengok pakwe dalam band main dram dari jarak dekat.

resmi cikgu praktikum, selagi ada ruang untuk belajar, maka terima saja bila diarahkan untuk lakukan apa pun. alhamdulillah. pengalaman yang menarik untuk saya.

tiga empat hari sebelum hari kejadian, saya buat poster dan edarkan ke kelas-kelas. 'mai mai mai! siapa berminat nak masuk, sila bagi nama pada saya, cik nurul ain'

petang selasa

saya mai sekolah pulak pukul tiga, tunggu pelajar-pelajar lelaki berlatih band. sampai lima petang.

masuk ja dewan, tergamam. separuh dewan syed jan cuma penuh pelajar lelaki. aik saya ja ka perempuan yang ada kat sini? namun atas kapasiti cikgu, malu dan segan tolak tepi. saya masuk dewan dengan muka serius. *sebab dah tau pelajar macam mana yang suka join aktiviti-aktiviti macam ni, jadi takmau bermanis muka awal-awal. kalau tak, mampuih esoknya saya tak mampu handle depa.

dengar tujuh kumpulan main. dung dang dung dang. pum pang pum pang. entah apa lagunya dan lirik lagunya, haram langsung saya tak dapat tangkap.

degup jantung meningkat deras. laju dan makin laju. bukan sebab berdebar tengok pelajar-pelajar lelaki tu kacak lagi macho. bukan juga sebab terlalu teruja pertama kali tengok band.

tapi sebab rentak lagu band tu. terlalu kuat musiknya. terlalu rancak lagunya. namun sekali lagi atas kapasiti cikgu, saya tahan saja la. tunggu semua habis. perambat depa balik dan saya kunci pintu dewan syed jan.

malamnya, kepala saya sakit berdenyut-denyut. telinga berdengung dari petang sampai malam. haha. mujur bila dah tidur, bangun pagi rasa okey.


rabu, hari kejadian

dari pagi, dah ada pelajar lelaki jumpa saya minta buka dewan syed jan.

'tak boleh. sekarang acara perasmian. saya tak mahu kamu masuk dewan dan testing dram. nanti mengganggu VIP. selepas acara perasmian saya akan bukak dewan'

jam 10. saya buka dewan. set up meja kerusi segala bagai. bukak suiz kipas dewan. pasang mikrofon untuk pertama kali. on amplifier. pertama kali juga. haha.

pukul 11 acara mula. sementara nak himpun dan panggil peserta-peserta karaoke, menari, akustik, instrumental segala bagai tu, payah juga. jenuh pi umum kat padang.

err..saya jadi emcee. haha. orang skema dan pembosan jadi emcee untuk acara sebegini, amat la tak sesuai. saya pernah jadi emcee untuk acara rasmi dan formal. apa salahnya mencuba pula untuk acara santai sebegini. rasanya dewan jadi hambar sebab saya tak pandai menceriakan majlis, oh maafkan cikgu, anak-anak adik-adik.

sayalah emcee. sayalah panggil peserta. sayalah jaga teknikal. sayalah jaga laptop untuk lagu peserta karaoke. sayalah cucuk speaker kat gitar pelajar. wow. hahaha.

habis fiesta kokurikulum, jam lima petang saya balik rumah. membawa bersama dengung di kepala. kali kedua, entah kenapa ada rasa sakit telinga. bahagian dalam. dan juga rasa berdenyut-denyut di bahagian pangkal leher.

saya tidur awal sebab sakit kepala dan sakit telinga. huhu. ini bukan gedik mahupun mengada-ngada. sungguh saya rasa berdenyut dalam telinga. rasa macam miung pun ada. taktau nak buat macam mana untuk hilangkan rasa sakit dalam telinga ni.

isk iskkk... eardrums saya terkoyak ke?

dan sepanjang malam tidur tak lena. sakitnyaaa!

nota tumit : AnwarHadi sepanjang hari ada kat sekolah. habis persembahan pelajar, saya tengok dia perfom pula. AnwarHadi menyanyi dengan iringan gitar ayahnya, Sir Azman. petang dia main ragbi kat padang. hurm. sakan la budak-budak sekolah ni bergambar lagi dengan AnwarHadi.

saya? haha. kali kedua jumpa dan tengok AnwarHadi ni, dah hilang teruja. walaupun jalan selisih bahu, buat tak tahu saja. mungkin sebab saya bukan peminat.

0 komen tak puas hati: