Wednesday, February 09, 2011

menghilangkan kepala hitam.

Tak semua orang dianugerahkan tuhan kulis yang halus mulus lagi muluk. Sesetengah orang saja yang dapat kulit muka licin gebu tanpa perlu buat apa-apa. Saya pula, setakat ini alhamdulillah, muka saya bukan jenis yang ada jerawat batu mahupun resdung yang merimaskan itu.

Cuma, kulit muka saya jenis cepat berminyak. Ini membuatkan saya berasa kurang keyakinan diri dan paras kecomelan terasa menurun...dumm! huhu. Kulit berminyak membuatkan muka saya nampak berkilatan dek sebum yang berlebihan itu. Kalau kilau emas mahupun duit, seronok la juga kan. Ini kilau muka, bling bling! kilau kepala botak Dr.Arba'at pula melambangkan keintektualan beliau.

Keadaan kulit muka berminyak mengundang masalah lain pula. Blackheads. Kepala hitam jika diterjemahkan secara literal.

Apa itu Blackheads?

Blackheads atau komedo adalah bintik hitam atau kekuningan yang muncul di sekitar hidung, telinga, dagu bahkan punggung. Erk, bontot pun boleh ada blackheads rupanya. Lepas google baru saya tahu. Blackheads terdiri dari keratin (sel kulit) dan sebum yang dihasilkan oleh kelenjar minyak. Biasanya blackheads tak ketara kelihatan di kulit wajah. Pandang dekat-dekat baru nampak. Walaupun dah dibersihkan, blackheads akan muncul kembali dalam masa satu hingga dua minggu.
Kesetiaan blackheads untuk muncul dan muncul lagi di muka menyebabkan saya ada hubungan cinta-benci (love-hate relationship) dengan blackheads ini.

Kenapa blackheads ni degil macam saya? Kulit kita terdiri dari ratusan pori-pori kecil. Blackheads muncul di pori-pori yang tersumbat. Ketika sebum, sel kulit mati, dan bakteria wujud di permukaan kulit, pigmennya akan berubah warna kerana teroksida. Tadaa! Maka blackheads pun terhasil.

How To Remove Blackheads?

Langkah mudah, beli saja strip removal di farmasi berhampiran. Kedai biasa pun ada. Biasanya orang guna Biore Cleansing Strips Pore Pack. Ponds pun ada produk macam ni.
Ini rupa pelekat tu bila dah ditempek pada hidung. Biarkan dalam 10minit, kemudian cabut.
Hasilnya akan kelihatan seperti ini.
Kotoran yang tersumbat di liang roma muka, akan ditarik keluar oleh pelekat tu.
Yuks! kotornya muka kita jadinya kalau tak dibersihkan. Bagi yang melampau banyak bintik hitam di hidungnya, pelekat akan kelihatan seperti ini selepas ditanggalkan.
Muahaha. Jangan tengok lama-lama. Saya geli tengok gambar di atas ni lama-lama. Semua gambar adalah ehsan google ya.

Selepas blackheads dinyahkan dari bertapa di hidung, liang roma di kulit muka akan kelihatan kecil. Kulit nampak licin. Nak berbedak pun cantik, tak bertampuk jadinya. Hehe.
Tapi produk sedia ada di pasaran tak semestinya rasi dengan semua orang kan. Ada juga kawan saya yang nampaknya tidak sesuai dengan Biore strips ini. Bila pelekat yang ditempek di hidung ditanggalkan, cuma ada beberapa batang blackheads saja yang nampaknya melekat di pelekat tu. Saya juga tak begitu puas hati bila guna Biore ni. CEO Biore sila ambil perhatian

Cara lain, pakai strip removal ni beberapa kali sehingga semua blackheads di hidung diyakini dapat dikeluarkan. Tapi (ceh, mesti ada tapi) sebagai pelajar sengkek peminjam PTPTpuN yang kena berjimat duit untuk kos makan, buku, print assignments dan simpanan kahwin ni, saya berasakan harga rm11.50 untuk 10keping pelekat Biore adalah mahal. Diingatkan, mahal itu relatif ya, dan bergantung pada jisim habuk yang ada di poket masing-masing.

Dua tiga hari lepas, semasa membelek kecomelan muka di cermin, saya dapati blackheads dan whiteheads muncul kembali. Pelekat Biore saya pula dah habis digunakan. Kemudian baru teringat petua senior debat, Kak Aini pasal masker telur.

Caranya, ambil putih telur saja. Takmau yang kuning. Pecahkah sedikit saja bahagian atas (?) telur (sila teka mana atas mana bawah pada telur) dan tuang putih telur dalam bekas. Ambil kapas muka, ceraikan satu kapas muka tu pada tiga lapisan nipis.

Ambil satu lapisan tisu tu, celup dalam telur dan goreng dengan api perlahan dan tempek pada bahagian hidung. Alang-alang, buang masker terus untuk semua bahagian muka. Dahi, pipi, hidung dan dagu. Kat lubang hidung, mata dan mulut tak payah tampal. Kat bulu kening pun jangan tampal!

Bila dah siap, biarkan masker tu kering. Sementara nak kering tu, duduk diam-diam. Tak payah bersembang, jangan tengok movie Kak Limah/Ngangkung/Raja Lawak mahupun makan gula-gula getah.

Bila masker dah mula kering, muka akan terasa keras. Mak Datin pakai botox rasa macam ni kot. Nak senyum pun tak mampu. Tarik masker perlahan-lahan. Nak rentap sekaligus kuat-kuat pun boleh. Dua-dua pun sakit. haha.

Hasilnya sangat memuaskan hati!

Selamat mencuba.

26 komen tak puas hati:

amirah said...

geli r pic tuh

nak try gak ah masker teloq

musya said...

best gila kalau pakai pelekat kat hidung 2, pastu keluaq belambak mcm dalam gmbq 2. tp aku guna x kuaq cam2 pon. ketegaq btoi. -syakila

cikmunchan said...

yezzz, masker tlur putih mmg terbaek dan murahh!!

HEROICzero said...

setakat neh pakai yg biore tu, dah puas hati. heheh~ =)

*rembat adik punya sekeping dua. keh3x!

faINa989 said...

nak try...............................

ain fathihah fhm said...

mira n aina, nanti hgpa dua try sama2 la. hehe. aku tukang tengok.

ain fathihah fhm said...

syak, cuba try masker teloq plak. sblm tu, basuh muka dgn air suam utk bukak liang roma tu..senang skit kot blackheads ni nak kuar.

ain fathihah fhm said...

cikmunchan, murah sgt! sebiji telor pun cukup. kapas berapa sen sangat kan.

ain fathihah fhm said...

Hero, haa..itu memang paling jimat. rembat orang punya. haha

♥ Cik Puan Pinky ♥ said...

hahaha.
aku pakai biore tu, tak penah ada pape yg keluar.
yg dapat cuma sakit bila nak tarik die kuar.
grrrrrrr

moon said...

yosh...i like3 dis post..hee... :)


p/s : kali ke 6 dah ni aku cuba nak komen...huuuuuuu... :(

NAZ said...

bergoyang badan i tgk haha geli kot

ain fathihah fhm said...

ziela, hidung hang xdak blackheads kot? sebab tu takda apa yg keluar. hehe.

ain fathihah fhm said...

munirah, kenapakah? susah ke nak komen kat blog aku? atau line internet hg bermasalah. hehe. apapun, thanks sudi singgah!

ain fathihah fhm said...

naz, siyes aku pun geli gak. haha.

ghost said...

kelihatan kayak kulit pokok sagu rupanya...

1st time jugak kat sini.mekasih atas lawatan kamu ain..

Balqish said...

salam ziarah.
kes minyak degil ni mmg selalu ada di hidung saya.
bencinya!

. said...

kalau muka berbulu, mesti sangat sakit pakai masker itu.

eszol raar said...

mana nak beli ni?

Sca Ndx said...

pakai telur putih jadi masker, tak hanyir ke. euww. hhaha

Ziro said...

malas nak pakai. haha

Nik Thoha said...

salam. wah tip yang menarik..walaupun saya rasa sedikit geli dengan gambar2 itu..hehe

Unknown said...

Ooooooo...

Unknown said...

Ooo👍👍👍👍

Unknown said...

Nak test jga la . Mana tau terus jadi cantik hahaha

Unknown said...

Cnt moveon your ayat hahahahaha sengih2 i baca 😂 btw thnkyouu fr share this info kak😍