Friday, July 02, 2010

Hello, mau top up? tulis nombor sini ya

Salam’alaik. Rasanya agak lama tak update Blog Ain Fathihah. Sapa rindu saya, sila tinggalkan komen rindu ya? Hehe.

 

Minggu terakhir kerja ni, saya kerja shif malam. Hari pertama kerja shif malam untuk minggu ni, entah macam mana berlaku sedikit kesilapan teknikal yang sangat menjerut rasa.

 

Salah buat tambah nilai.

 

Sistem tambah nilai kredit telefon di Happy Mart adalah guna auto-reload. Beri nombor telefon, dan staf yang cantik manis (saya la tu) akan picit-picit mesin top up tu, resit keluar, dan kredit akan terus masuk ke telefon.

 

Sepanjang dua bulan kerja ni, rasanya dalam 4-6 kali jugak la saya salah buat top up.

 

Kes 1 : Customer minta top up Digi 30, saya terbuat Digi 10. Walaupun kena marah, tapi Apek garang tu bayar saja RM10 sambil mengomel. Ini berlaku masa masih dalam minggu pertama kerja, minggu training. Masa ni memang masih tak cekap sangat-sangat guna mesin top up tu.

 

Kes 2 : Customer nak top up Digi 10. ‘Okay, Miss. Tulis nombor you kat sini ya’. Sambil menunjuk buku tulis untuk dicatit nombor yang nak tambah nilai. Bila dah siap buat top up tu, alamak, saya salah pandang 010-******* sebagai 016-*******.

 

Amoi canthek, lain kali tulis angka 0 jangan ada jambul ha? Huhu.

 

Kes 3 : Ane India, datang mau top up Digi10. Saya minta dia tulis nombor telefon di buku tulis tu. Tapi tiba-tiba kena marah pula. ‘hey, Happy Mart sudah bayar gaji you kan? Apa pasal saya mau kena tulis sendiri nombor telefon. Saya tak senang. You tulis!’

 

Erk?

 

Saya pun tulis la nombor yang disebut oleh uncle tu. 016-****646. Lepas tu uncle tu tunjukkan telefonnya sekali lalu di depan muka saya, minta saya check betul atau tidak nombor yang disebut. Dalam keadaan sempat tak sempat nak tengok betul-betul nombor di HP Ane India tu, saya tengok sekali lalu, dan terus angguk. Okay betul.

 

Lepas 30minit buat top up tapi kredit belum masuk ke HP Ane tu, dia datang balik kedai. Bila check lagi sekali nombor HP dia, adoi la. Bukan 016-****646, tapi 016-****464. Bengkek je rasa hati ni.

 

Manager cakap, itu salah saya. Sebab saya yang tulis nombor Ane tu. Ane tu pulak bising-bising pada Manager sambil cakap staf Happy Mart (saya la tu) tak kenal nombor. Saya cuma diam tak menjawab. Masa tu juga teringat orang pernah beritahu, Keling cakap memang pusing-pusing, boleh pilih nak percaya atau tidak.

 

Kemudian kena la buat semula top up Digi10 untuk Ane tu.

 

*kes 2 dan kes 3 berlaku dalam hari yang sama, jadi hari tu shortage charge atas saya adalah RM20, potong gaji RM20. Hurm hurm.

 

Kes 4 : Customer minta Maxis20, salah buat Digi20. Jadi, kredit tak masuk la dalam HP customer. Bila salah semacam ini, salah produk. Produk adalah Digi, Maxis, Celcom. Bila salah produk, potongan gaji tak dibuat sebab boleh telefon office top up tu, minta tukarkan nombor. Tak faham?

 

Begini, bila customer nak tambah nilai RM10 pada nombor Diginya, 016-4949737. Tapi saya salah buat top up Maxis pada nombor ni, tentulah kredit takkan masuk. Sebab Maxis 016-4949737 tak wujud pun.

 

Bila salah begini, okay la kan. Boleh senyum lagi. Cuma kena korbankan sikit kredit telefon sendiri untuk telefon office.

 

 

Kes 5 : Customer India berbau kemenyan datang mahu tambah nilai nombor 019-456****. Dia cuma beri saya secebis kertas bertulis nombor telefon, dan RM10. Jadi, faham-faham la kan, dia nak menambah nilai kredit HP.

 

Sebelum buat top up pada lelaki India ni, saya tanyakan dulu, ‘ini nombor Celcom ka?’. Dia mengangguk-ngangguk laju sambil hulurkan not merah RM10.

 

Lepas dua jam, lelaki India ni datang balik bersama seorang lelaki lain. Mereka merungut kredit masih belum masuk. Bila saya check balik telefon lelaki India ni, alamak……ini nombor 019 yang dah ditukar ke Maxis. Patutlah top up tak masuk.

 

Selalunya customer lain, bila datang nak tambah nilai nombor 017 yang dah ditukar ke Digi, 013 yang ditukar ke Maxis, mereka akan beritahu dulu. Ini 017 Digi ya. Ini 013 Maxis ya.

 

Hurm, lepas itu saya tahu, lelaki India ni sami di kuil berdekatan, dan dia tak tahu berbahasa Melayu. Rasanya sami import dari India kot. Huhu. Lepas-lepas tu, bila sami ni datang nak tambah nilai, dia bawa kertas kecil bertulis nombor telefon, RM10 dan Maxis!

 

Selepas kes 5, agak lama saya takda salah buat top up. Selalunya bila saya atau staf lain ada salah buat top up, saya rasa macam perkara biasa. Yelah kan, dalam satu hari, buat tambah nilai untuk berpuluh nombor telefon yang berlainan. Memang ‘bling-bling’ la mata.

 

Dalam keadaan kalut sebab ramai customer, kadang-kadang tertekan sebab kena marah, juga penat..saya rasa satu kejayaan buat saya sebab tak kerap (boleh dikatakan jarang) salah buat tambah nilai. Hehe. Sebab saya staf baru, maka wajarlah bandingkan diri dengan staf baru juga kan.

 

Ada seorang staf baru yang mula kerja dua minggu selepas saya mula kerja (sekarang dah berhenti), dia agak kerap salah buat topap. Boleh dikatakan tiap-tiap hari mesti ada shortage charge atas nama Siti Farah. Aduhh, kasihan. Penat saja kerja, tapi gaji banyak potong sebab dia selalu salah buat top up. Kalau 1hari dia salah buat top up yang kena potong gaji rm10, 10 hari dah berapa? =P

 

Kes 6 : Setelah hampir dua bulan kerja, dalam minggu terakhir ni, saya ada salah buat top up. Kali ini, sangat sadis. Huhu. Customer nak tambah nilai Digi10, saya salah buat Digi100. Maka dengan bangganya, potongan gaji atas saya adalah RM90.

.

masa nak pilih nilai kredit yang mahu dibuat tu, (bayangkan keypad mesin top up tu sama macam keypad HP), tekan butang 1 untuk RM10, 2 untuk Rm30, 3 untuk RM50 dan 4 untuk RM100. rasanya (takda rasa-rasa pun, dah memang sahih), saya tak perasan saya tertekan 4, bukan 1. huhu. sadis yang amat.

 

Huhu, kerja 1hari gaji baru RM28.Maka, 3hari adalah kerja percuma. Waaa!!

38 komen tak puas hati:

Mas said...

kalo aku la, pas tekan butang 4 tu aku meraung smbil lari2 dlm mart 2..waaa, rm90?? org yg ko topupkan 2 msti bsyukur gle kn??

kapten said...

salam...kenangan sebelum berhenti keje, ok la. Maybe pas nie dah pandai dah. Rugi xp topup kat happy mart..heheh

. said...

fuh.banyak betul kes.
penat juga ye.

Thoha said...

wah..seronok dengar pengalaman dia bekerja..tak pe buat banyak silap pun dapat pengalaman pahit manis alam pekerjaan ni..hehe

Siapa saya? B-) said...

Siannya.. adik manis.. sini mari.. jgn ngs2.. pak guard taman rama2 juga nt ada mari :D

Anonymous said...

Siannya..adik manis.. cni mari.. jgn ngs.. nt pak guard tmn rama2 juga ada mari :D ngee..

~ siapa saya ~

Agoes said...

tidak ade yg percuma hidup ni.
semue adaleh proses perjalanan idup yg ade nilai disisiNye.
Sabar aje, dan sabar gak ade batasnye.
Bukannye sabar dikasih Tuhan.
Percaye aje rizki Allah yg ngatur.

Maap jike tidak suke.

Mr. Asada said...

hahahaha.. kesian giler kena potong sampai rm90 sehari! lain kali kena hati2 la.. adeh!

asada kena bangga ni. sepanjang keje jadi cashier, hanya pernah kena potong 20sen je. lalala~ hebat kan? hahaha..

luth textile said...

kesian kat ain. haritu masa pg kat ain saya tengok ain dok bagi kertas tambahnilai kat pelanggan. hahahha

takpa. lain kali jangan cuai ok.

:D

ain fathihah fhm said...

Mas, tak perasan masa tu jugak pasal salah topap tu. dah dekat 7pagi baru perasan. orang tu mai topap lebih kurang pukul 4pagi macam tu. adoi, lepas tau kata aku buat salah topap tu, memang rasa nak guling golek2 atas lantai tau. haha

ain fathihah fhm said...

Kapten, yap. kenangan pelbagai rasa yang diadun dalam masa cuti semester. hehe. dua bulan kerja, baru nak reti n cekap macam2, tapi dah nak berhenti.

ain fathihah fhm said...

encik nizamsani, haa tu la banyak kes. erm, terima kasih sudi singgah di blog saya. lepas ni kena hati2 kalau saya nak mengumpat UPSI. haha

ain fathihah fhm said...

Thoha, hehe. macam2 hal yg saya alami, memang excited nak kongsi cerita dengan pembaca Blog Ain Fathihah (kalau ada).

ain fathihah fhm said...

Hagakure-kure..apa suruh teka2 ni. hehe. nanti ain nak pow rm90 kat pak guard taman rama2. ngee

ain fathihah fhm said...

Agoes Aminoto, ya terima kasih atas ingatan. ku hargai pesanan indah ni. kerja Tuhan, tak siapa tahu.

Munsyi said...

adat resam bekerja. akan jumpe ramai orang, lain2 ragamnye. pengalaman sume ni. :)

ain fathihah fhm said...

Asada, yer sangat kagum dengan kamu. rasa nak dush3 kamu ja. kerek ya! hehe. kerja di Happy Mart, sikit2 kena potong gaji lor. sob3. risiko tinggi betul.

ain fathihah fhm said...

Luth, hehe. ain pun sangat bersimpati dengan diri sendiri. huwaa..tp sekarang dh rasa pasrah. 'kini aku pasrah dengan segalanyaaa.....'

ain fathihah fhm said...

munsyi sama, sekarang baru terasa, dunia sebenar memang sangat tak sama dengan alam indah belajar. hehe. dulu cuma tahu, sekarang dapat rasa.

Guru said...

*geleng kepala* je ain...
tula...
mesti asyik berangankan ....' kenangan tangan yang pegun' tu

NiZaM Limited said...

Erkkk..bahaye btol la kerja cmtu..careless sikit je rugi banyak. tak pasal2 buat kerja amal smpai 3 hari..cian cik ain..patut la si Siti Farah tu kluar awal2..memang patut pon. psl mmg ada org kat dunia ni memanjang je careless bab2 nombor ni..termasuk sy la tu. hehe..

papepon minggu kerja cik ain dah berakhir..tiba lah sem baru kat upsi tu..gud luck utk study nnti.. :)

Unknown said...

xpe..manusia mmg xlari dari kesilapan...

lepasni tekan je my number...dapat topup free..hehe

♥ Cik Puan Pinky ♥ said...

hahahaha~
sian ang.
mmg xleh jd pnjual topup mcm aku.
hahaha~ =p

broSKL said...

saya sebagai egen topup pun selalu juga ada pengalaman tersalah masuk no topup org ni.. tapi yg best nya kalau mmg customer yang salah aku lah yang untung..hehe

umi kalsom said...

ain,kesian..=P
masih ingin bekerja dgn nilai2 top up?
nak bayang, cena hang re-act utk kes yang last tu...90 tu,huhu...duit makan bpe hari kalau duk kat kolej ni.

ain fathihah fhm said...

cikgu KL, masa tu pkul 4pagi. saya dah gelong2 ting-tong agaknya. huhu. kesadisan yang teramat pedih. haha

ain fathihah fhm said...

nizam, yeah! tengah mengumpul semangat baru untuk semester baru ni. keja dengan duit, memang berisiko.

ain fathihah fhm said...

edy, hehe. ramainya minta saya salah topapkan nombor masing2. ada udang di sebalik batu ni.

ain fathihah fhm said...

BroSKL, kalau customer yg salah topap, company yang untung! hehe. saya macam ni jugak. potong gaji tetap potong! waaa

ain fathihah fhm said...

kalsom, cuti akan datang, kalau ada peluang memang nak kerja lagi. pengalaman macam ni kena kutip selagi mampu

etomyam said...

aduhai banyak peel customer ni ya huhuhu...jenuh nak melayan

suri said...

huhu..dah salah tu kenlah bljar bt lagi dan lagi sampi paham..lama2 oklah..

klu dah tk blh nak terus kje lagi..tertekan dgn mistake bik bhti jer jari mengabiskan duit gaji sndri..huhu

Ann said...

ciannyerr rm10 pun byk tu...ni kn rm100

dulu penah keje cashier, xnah kene potong..hehe

tp xnh topupkan utk org...ssh eh kerja ni..

hafizmd said...

huuuu..yg kes last tu mmg sadis super sadis..tiga hari keje sukerelawan ni..

takpelah..bleh amik jadik iktibarkan?pasni mesti lebih hati2 dalam ape jua..

suke citer2 camni..lain dari kebiasaan diri..thanks ain :D

ain fathihah fhm said...

etomyam, memang mcm2 peel customer. dulu perit, sekarang jadi kenangan manis. hehe

suri, betul tu. belajar dr kesilapan, tp bila melibatkan kesilapan berulang, melibat duit pulak tu...rasa tak daya la nak teruskan agaknya.

ain fathihah fhm said...

Ann, susah tak susah pun, kalau dah sehari mengadap 100 nombor yang berlainan, ditambah pressure lain lagi, orang yg dah keja 10tahun pun boleh buat silap, agaknya. hehe

ain fathihah fhm said...

hafizmd, sama2 kasih. ini gunanya berblog, boleh kongsi cerita n perkara di luar lingkungan hidup seharian kita, kan

Unknown said...

jika tersalah no telepon share kredit macamna tu