Cikgu maya saya,
cikgu KL dengan riang-ria Cornflakes tag saya. Disebabkan dia cikgu, saya anak buah, maka saya akan rasa sangat tersipu-sipu jika tak ambil tag ni. Lagipun risau juga kalau markah Kimia saya kena tolak. Haha, eh saya dah habis sekolah lah.
tag ni menarik juga.
perkara tentang diri.
.Susahnya nak jawab. Cikgu, 1 isi penting, 5markah ya?
1. Banyak cakap. Saya rasa saya seorang yang banyak cakap. Saya boleh berbual rancak dengan orang baru dikenali. Tapi tak semua orang saya selesa berbual mesra. Orang tertentu saja, yang perkenan di mata dan hati.
2. Anak cikgu. Baba saya cikgu. Peliknya sampai sekarang, saya seboleh mungkin mengelak untuk mengaku yang saya anak cikgu. Cuma bila ada orang yang dah memang kenal Baba, dan tanya, “ni anak Ustaz Baba kan?”…aduhh, pasrah mengangguk.
3. Anak sulung. Adik beradik 7 orang sahaja. Sahaja? Haha. Dulu masa kecil, saya rasa sangat rimas dan benci dengan adik-adik yang ramai & berderet. Biasalah kan, Mama….. Bila jadi apa-apa pada adik, saya yang kena marah.
4. Sains. Tak pasti saya minat Sains ke tidak. Ceh. Ni cakap cikgu-bio-to-be. Dulu masa Tingkatan 4, saya nak ambil aliran sastera. Nak jadi penulis. Kononnya. Haha. Tapi SMKA (P) AlMashoor cuma dua aliran, Sains Tulen dan Akaun. Keputusan PMR elok, maka cikgu sekolah sumbatkan saya di aliran sains. Apapun, terima kasih pada cikgu-cikgu sekolah yang dah timbulkan minat dalam diri saya.
5. Nama. Orang sekeliling panggil saya Ain. Kawan-kawan sekolah rendah & kenalan Telok Bahang panggil Fatehah. Pertama kali dipanggil Nurul, sejak dah kerja sambilan ni. Akhirnya, baru lengkap nama panggilan saya, ada Nurul-Ain-Fathihah.
6. Membaca. Ini hobi, membaca apa saja. Bila dapat buku, saya akan belek dan baca dari kulit ke kulit. Minat membaca Baba dah timbulkan dari kecil.
7. Memasak. Saya bukan gadis cekap di dapur. Cuma reti masak sikit-sikit, tapi langsung tak layak dikatakan pandai masak. Bila dah belajar masak sesuatu, dengan cepat saya akan lupa caranya. Huhu.
8. Menangguh kerja. Ini salah satu sifat buruk pada saya. Penyesalan sebab selalu menangguh ni selalu wujud, terutama di saat-saat genting. Tapi insafnya sementara saja, lepas tu buat balik. Azam utama setiap bermula semester baru (sejak matrik dah ada azam ni), ‘sem ni aku nak study dari awal. Takmau kalut-kalut dah masa study week’, tapi..hampeh! Huahuahua!
9. Mekap. Saya tak reti mekap. Sejak sebilik dengan Kak Neha, baru saya belajar sikit-sikit. Cara guna mascara, eye shadow, bedak asas, pemerah pipi, celak dan lain-lain. Tapi, belajar saja. tak beli sendiri & guna selalu pun. Saya geli-geli bila calit warna-warni tu kat muka.
10. Bercermin mata. Saya tak suka bercermin mata. Tapi, ini keperluan kan. Tak bercermin mata, tak nampak pulak. Mujurlah rabun saya tak teruk. Selain bukan untuk belajar, saya masih boleh mengabaikan cermin mata saya. Kesian dia kurang kasih sayang masa cuti semester ni.
11. April. Saya lahir bulan April. Mengikut hasil kajian Dr.Fazilah Kamsah, ini ciri gadis comel yang lahir bulan April ini,
a) Sangat aktif dan dinamik.
b) Cepat bertindak membuat keputusan tetapi cepat menyesal.
c) Sangat menarik dan pandai menjaga diri.
d) Punya daya mental yang sangat kuat.
e) Suka diberi perhatian.
f) Sangat diplomatik (pandai memujuk ).
g) Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang.
h) Sangat berani dan tiada perasaan takut.
i) Suka perkara yang mencabar, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah.
j) Emosi cepat terusik.
k) Cuba kawal perasaan.
l) Kecenderungan bersifat pendendam.
m) Agresif dan kelam kabut dalam membuat keputusan.
n) Kuat daya ingatan.
o) Gerak hati yang sangat kuat.
p) Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain.
q) Berpenyakit disekitar kepala dan dada.
r) Sangat cemburu dan terlalu cemburu
12. Sekolah. Sekolah Kebangsaan Telok Bahang, kemudian ke SMKA (P) AlMashoor. Pra-U di Kolej Matrikulasi Pulau Pinang. Ijazah pertama di Universiti Pendidikan Sultan Idris (doakan ada ijazah kedua dan ketiga, hehe). Rasanya bila ada rezeki mengajar nanti, lagi berderet senarai sekolah.
13. Makan. Saya suka makan. Tapi saya tak pasti apa yang saya suka makan. Bila jumpa makanan baru, selalunya saya akan cuba rasa. Kawan-kawan yang kenal, akan cakap saya kuat makan sebab saya selalu merungut lapar walaupun baru lepas 3jam makan.
14. Kalut. Saya selalu kalut. Cemerkap. Kelam-kabut bila buat sesuatu.
15. Ketinggian. Rasanya tak berapa nak tinggi. Saya selalu rasa saya ketot. Ketot yang comel (harus sebut juga perkataan comel ni). Pagi semalam, seorang Pakcik datang beli rokok Camel Small SoftPack.
Macam biasa sebab rokok Camel & Salem di rak atas, saya naik atas kotak untuk ambil rokok tu. Lepas tu pakcik tu mengusik, “laa, ingatkan rokok saja yang kecik. Orang pun kecik jugak”
16. Berat badan. Pun tak berapa nak berat. Saya kecil molek saja orangnya, maka berat pun kurang. Sampaikan pernah terfikir nak minum Weight Gain untuk tambah berat badan.
17. Cita-cita. Dulu banyaklah cita-cita. Dari kecil nak jadi Doktor. Tapi sebab otak kurang cerdik, saya tak begitu mampu menyerlah di Tingkatan 4. Lepas tu rasa nak jadi Pengalisis Politik. Haha, apakah? Sebabnya masa di Tingkatan 4, saya banyak baca buku-buku politik. Antara cita-cita lain yang pernah terfikir, Pensyarah, Penulis, Peguam Syariah, dan Surirumah berjaya!
Apapun, biarlah banyak cita-cita daripada langsung tak terfikir, ‘siapa saya nak jadi?’. Bak kata Arai (Laskar Pelangi-Andrea Hirata), ‘tanpa mimpi dan cita-cita, orang seperti kita akan mati’,
18. Shopping. Saya sangat benci bila ikut kawan-kawan pi beli barang. Hujung-hujung nanti, beg plastik di tangan saya penuh kiri kanan. Saya beli barang lebih banyak dari kawan yang mengajak. Ceh!
19. Majalah. Sejak umur 7 tahun saya dah baca Mastika. Sampailah sekarang. Banyak juga majalah lain yang saya baca. Masa di Matrikulasi, saya selalu pergi lepak di ruang bacaan Library untuk baca Al-Islam (walaupun masa tu orang larang saya baca Al-Islam sebab isu Astorajabat). Sejak berdebat, dah ketagih dengan Milenia Muslim pula.
20. Warna. Warna-warni, boleh? Bila tengok baju-baju kurung saya, banyak warna hijau. Masa di Matrik, Cik Amal selalu ejek, ‘weh ain. Bila jumpa hang ja, mesti baju warna hijau. Takdak baju lain ka nak pakai?’
Saya ketawa dan menjawab, ‘biaq pi lah. Aku suka warna hijau lah’.
Dalam hati saya mengomel, ‘memang aku takdak baju lain pun’
Sebenarnya saya tak banyak punya baju kurung untuk dipakai ke kelas. Baju kurung saya masa tu kurang dari 10pasang. kebetulan warna hijau pula yang selesa dipakai. Maka yang hijau-hijau itulah yang diulang pakai.
21. Kasut. Bila beli kasut, saya akan pakai sampai hancur dulu baru beli kasut lain. Saya takda kasut kuliah yang berderet-deret sampaikan boleh match dengan baju kuliah yang dipakai. Ulang pi mai pi mai, kasut itulah yang disarung hari-hari.
22. Senyum. Saya ada lesung pipit. Di pipi kiri, lesung pipit mudah kelihatan bila saya senyum. Tapi yang kanan, tak berapa nampak. Lesung pipit ni salah satu kecacatan yang cantik, betul tak? Haha.
23. Tahi lalat. Saya ada tiga tahi lalat kesayangan di tangan kanan. Satu di jari kelingking, dua di buku tangan. Saya selalu anggap tahi lalat di tangan ni, tahi lalat ‘ong’.
24. Parut. Saya ada parut yang menyebabkan kening kanan saya nampak terbelah. Untuk menyedapkan hati, saya anggap parut di kening ni, pemanis muka. Haha.
25. Ehh? Dah terlebih. Cikgu Normah nak 23 saja. cikgu, bagi markah lebih ya? Hehe.