Tuesday, April 27, 2010

Sejauh mana roommate beri kesan pada kamu?

Teman sebilik maksudnya sesiapa saja yang berkongsi bilik dengan kamu. Iyalah, bagi pelajar U yang menetap di kolej, pihak kolej kediaman takkan beri kamu duduk bilik seorang diri, melainkan bilik tu memang kapasitinya untuk seorang.

bilik kapasiti 2 orang (bukan bilik sebenar)

Semasa di matrikulasi, bilik agak luas dan 1bilik duduk 4orang. Makanya saya ada 3orang teman sebilik yang baru kenal (lain gaya lain ragam lain dialek) dan perlu ambil masa secepat mungkin untuk sesuaikan diri masing-masing. Bangun tidur, ngadap roommate. Masa makan, tengok roommate. Nak tidur pun, pasti nampak roommate dulu.

 

Jadi, sebagai pelajar, sejauh mana roommate beri kesan pada kamu?

 

1.Roommate ku, sahabatku.

 

Kamu dan roommate sangat sekepala. Kalau kamu gedik, dia juga gedik. Kalau kamu skema, dia juga skema. Kamu suka pakai tudung polka dot hitam dot putih, dia suka pakai tudung polka dot putih dot hitam.

 

Kamu berdua selalu ada pemikiran yang sama. Bonus, sekelas. Maka kamu dan roommate akan jadi seperti belangkas. Tidur berdua. Lab partner. Makan bersama. Assignment bersama. Sampaikan kamu tak sedar dunia kamu cuma ada dia, dan dunia dia ada kamu.

 

Kenalan lain? Ahh persetankan. Roommate ku dah memenuhi segala macam keperluan.

 

2.Roommate silih berganti.

 

Kamu tidak kisah teman sebilik yang bertukar ganti tiap semester. Siapa pun dia, kamu terima dia seadanya. Layan elok. Kamu menghargai roommate kamu, sepertimana kamu menghargai kawan-kawan rapat. Kamu sebolehnya mengenal rapat roommate dalam masa singkat 1semester.

 

Tambah kenalan, tambah kawan. Tak rugi kan?

 

3.Roommate aku sapa ek?

 

Kamu tak cuba kenal roommate kamu. Bilik yang dikongsi bersama bak bilik hotel. Balik bilik untuk tukar baju, mandi dan tidur. Nama roommate? Cuma tahu nama ringkas (itupun keliru). No telefon? Eh nak buat apa ambil no telefon dia.

 

Kalau roommate kamu hilang (tak balik bilik) selama seminggu, hari ke-5 baru kamu perasan yang roommate kamu tiada. Nak hubungi? Tak tahu bagaimana.

 

Ah, lantak. Aku tak masuk campur hal orang.

 

Kamu?

Monday, April 19, 2010

Selamat Menghadapi Peperiksaan


Salam'alaik. Salam anak kandung suluh budiman.

Pejam celik pejam celik, dah tiba harinya. Debar akhir semester empat telah bermula. Agak terlewat kalau saya nak kongsi tips persediaan menghadapi peperiksaan. Maka, saya kongsikan tips menghadapi hari peperiksaan.

Moga bermanfaat, untuk saya dan kamu.

Persediaan Pada Hari Peperiksaan

-Buat Ulangkaji Sepintas Lalu, Sentuh Semua Tajuk.

-Tumpukan Perhatian Pada Proses Ulangkaji

-Jangan Fikir Lagi Perkara Lain Yang Anda Tidak Faham.

-Tidur Dengan Cukup

Menjelang Hari Peperiksaan

-Pastikan Jadual Peperiksaan Ada Dan Lihat Jadual Dengan Betul.

-Bentuk Kumpulan Untuk Buat Ulangkaji Secara Berkesan.

-Pastikan Anda Tiba Awal

-Elakkan Dari Berbual Kosong

-Pastikan Semua Keperluan Cukup

Persediaan Emosi

-Elakkan Perselisihan Faham Dengan Rakan (rakan sekelas, rakan sebilik mahupun rakan serumah, opss! hehe)

-Menjaga Hati Ibu Bapa (Mama, Baba..restu Tata ya. mohon ampun salah silap)

-Tidak Bercinta (erkk...sebenarnya, jangan putus cinta di musim peperiksaan)

-Terlalu Yakin

-Prasangka Negatif Kepada Orang Lain

Persediaan Fizikal

-Mengutamakan Kesihatan Badan

– Tidak Tidur Larut Malam

– Menjaga Keselamatan Diri

– Makan Makanan Secukupnya

– Riadah Yang Ringan,Sekitar 20minit Sehari

Persediaan Mental

-Jangan Menyerah Kalah,Cepat Berputus Asa

-Tiada Gambaran Yang Negatif, Jangan Fikirkan Yang Bukan-Bukan

-Berfikiran Positif, Tidak Bimbang Keterlaluan -sumber-

.

Baiki hubungan dengan Allah

-Tunaikan solat dhuha

-Jaga solat

-Memohon ampun daripada Allah ( istighfar )

-Jangan lupa beribadah kepada Allah

-Peliharalah solat fardhu lima waktu

-Memperbanyakkan doa

Agar doa makbul

-Hindarkan perut dimasuki barang haram

-Harus khusyuk dan serius untuk beribadah

-Mengetahui waktu-waktu doa dikabulkan atau dimustajabkan

Kalau kamu rasa tidak bersemangat, cubalah minta nasihat & motivasi dari kenalan. insyaAllah, kata-kata nasihat sebegitu memang membantu menaikkan semangat.

Quote Dr.Zainul "Peperiksaan bukan medan persaingan dengan kawan-kawan, sebaliknya peperiksaan adalah medan persaingan dengan diri sendiri"

Saturday, April 17, 2010

Jadual Peperiksaan Ain Fathihah

AT16 Pendidikan Sains (Biologi)

Semester 4

20/4/10

EDU3034 Pengurusan Pembelajaran

Dewan Rahman Talib, 2.30 PM

22/4/10

TKU1043 Basic Chemistry 2

Dewan Peperiksaan, 2.30PM

24/4/10

TBE3013 Ecology

Taman U 38, 9.00AM

26/4/10

TBF3033 Animal Physiology

Taman U 10, 2.30PM

Kursus yang tiada peperiksaan akhir

Bahasa Jerman Komunikasi 1

Chemistry Laboratory Management Techniquies

Kembara Alam

Wednesday, April 14, 2010

rindu kalian

kasih sayang itu, bukan setakat sayang mak ayah, sayang adik-beradik, sayang cikgu, sayang pakwe/makwe.

kasih sayang itu universal. berkasih sayang sesama makhluk. tiba-tiba sangat rindu dengan makhluk-makhluk unik ciptaanNYA yang saya dah bermesra-mesra dengan mereka di semester 4 ini.


(sindrom study week)

siput apa? siput babi. siput siapa? siput Azi.

comel kan siput-siput ni. walaupun tekstur mereka agak lembik, sejuk dan berlendir,  saya gagahkan  hati jugak cuba cuit-cuit mesra mereka ini. wow, bila lagi nak amik peluang pegang siput babi kan?

saya dah membuktikan kepalsuan cerita dongeng putera katak.

tengok? dah kena cium, katak tu tak bertukar jadi putera raja yang kacak pun.

ops, tapi mungkin saya tak cukup cantik untuk jadi puteri katak.


sekalian rakyat jelata di Bukit Malawati, Hulu Selangor. salah seorang dari mereka cuba menodai kawan sekelas saya, Chaah. mujurlah dia tak apa-apa. sang penoda cuma mahukan makanan.


ini tiada apa-apa. cuma lukisan tikus di kelas BSMM semester 2. macam-macam rupa gaya tikus. patutlah kami di jurusan Pendidikan Sains, bukan Pendidikan Seni.

Thursday, April 08, 2010

Sayangku F.

Kata orang, jodoh pertemuan ajal maut bukan di tangan kita, tapi di tangan DIA. Semolek mungkin, saya cuba merancang. Apapun matlamat tetap tidak menghalalkan cara. Ada yang tak kena dengan caranya, mungkin.

 

Perjumpaan/meeting/dating Kali terakhir saya berjumpa dia, pada **/**/****. Kami duduk makan waffle di McD. Saya makan waffle coklat+butter comot, dia gelakkan. Saya tergolek jatuh kerusi, tambah sakan dia gelakkan. Saya buat ayam terpelanting dari pinggan, pun dia gelakkan. Beginilah saya, gadis cemerkap. Dia tak kisah. Seadanya dia menerima saya di hatinya.

 

Tapi, langit tak seharian akan cerah menerangi. Pelangi tak muncul sepanjang hari. Bulan bintang tak bersinar terang sepanjang tahun. (ayat klise tapi saya tetap nak tulis).

 

Sungguh, salah saya. Masa tu, lepas habis makan waffle, saya bangun menuju ke sinki untuk basuh tangan. Handbag saya tinggalkan bersama dia. Dan masa itu juga, HP saya berbunyi. Dia membuka beg saya untuk ambil HP.

 

Dan entah macam mana dia tertengok dompet saya yang terbuka dalam beg itu. Dompet yang sangat rahsia. Tidak saya dedahkan pada sesiapa. Gambar seseorang. Seorang pemilik senyuman manis bergula. Lepas saya kembali ke meja itu, dia bertanya sinis…

 

“tadi HP ain bunyi. Abang ambilkan”

 

“oh, yeka. TQ”

 

“….dan abang ternampak gambar lelaki dalam dompet ain.”

 

“hah? Kenapa abang pandai-pandai buka dompet ain?”

 

Tanpa mengendahkan omelan saya, dia terus bertanya. Serius. Suasana yang mula tegang.

“siapa tu?”

 

“siapa?” saya tertanya kembali. Dengan muka tidak bersalah.

 

“gambar siapa yang ain simpan dalam dompet?”

 

“oh, itu abang angkat ain”

 

“logik ke simpan gambar abang angkat dalam dompet?”

 

“logik”

(masih dengan muka tiada perasaan)

 

“ain jangan nak tipu abang! Orang tak letak gambar abang angkat dalam dompet saja-saja. Gambar abang takda pun, kenapa kena ada gambar abang angkat ain tu?”

(dia bercakap dengan suara kian meninggi. Muka tegang. Suara bergetar menahan amarah)

 

“apa ni cakap nak marah-marah ain ni! Cemburu?”

 

“mesti lah!”

 

Saya cuba menerangkan,

 

“ain letak gambar dia saja-saja. Ain tak letak gambar abang sebab abang sentiasa di hati ain. Tak perlu letak gambar dalam dompet”

 

“ahh, alasan!”

 

Dan, dua-dua diam membisu. Tiada kata. Jiwa yang menjauh. Lalu berkumandanglah lagu Yang daripada Wali Band

 

Yang.. Coba kau jujur padaku

Yang.. Foto siapa di dompetmu

Yang… Kok kamu diam begitu

Sayang jawab atau aku pergi sayang

 

#

Aku tak mau bicara

Sebelum kau cerita semua

Apa maumu, siapa dirinya

Tak betah bila ada yang lain

Jangan hubungi ku lagi

Ini bisa jadi yang terakhir

Aku ngerti kamu

Kau tak ngerti aku

Sekarang atau tak selamanya

 

Yang.. Jangan kira ku tak tahu

Yang.. Tak mudah kau bodohi ku

Yang… Tolong dengarkanlah aku

Tapi sayang

Masih pantaskah kau kupanggil sayang

 

Back to #

 

Salahmu mau bicara

Dan ku akan cerita semua

Apa mauku, siapa dirinya

Karna memang tak ada yang lain

Terus hubungiku lagi

Jangan bilang ini yang terakhir

Aku ngerti kamu

Kamu ngerti aku

Aku sayang kamu selamanya

 

Tadaaa! Agaknya inilah situasinya yang dihadapi oleh penulis lirik lagu ni. Haha. Cerita ain-abang di atas adalah rekaan semata-mata sebab saya agak tertarik dengan lagu Yang ni.

 

Short, simple & sweet.

 

Motif entri adalah untuk menjawab tag Fawez.

 

Jom!

 

Siapakah diri anda di rumah?

*Anak manja

*Kakak yang suka buli

*Tukang makan

 

Siapakah diri anda di samping rakan?

I’m nobody

nobody

nobody

 

5 benda yang anda idamkan tapi masih belum tercapai :

*kamera digital

*anak patung itik

*printer Laser-shot

*novel Salina

*Milenia Muslim & Mastika percuma selama masih belajar

 

Siapakah nama pasangan anda?

*pasangan makmal – Wan Nur Sakinah

*Pasangan sebilik – masih tiada (tunggu sem depan)

 

 

Ceritakan 5 perkara yg paling anda suka tentang pasangan anda :

 

Wan Nur Sakinah :

1.suka senyum.

2.buat kerja cepat.

3.selalu gesa saya siapkan report cepat-cepat. Alhamdulillah tiada lab report yang tertangguh.

4.tak kisah dengan sikap merapu saya

5.dengan selamba akan cakap “woi ain, semaknya bilik. Cepat kemas” bila dia datang bilik saya untuk buat kerja.

 

Bilakah tarikh anda berpasangan?

*Awal semester 4

 

Apakah kenangan pahit anda bersama pasangan anda?

*Kami pecahkan burrete makmal. Tapi rasa bangga pun ada sebab bukan selalu boleh pecahkan alat radas makmal

 

Lagu tema cinta anda :

*Kerjalah la la la

 

Apa perubahan yg ingin anda lihat dari pasangan anda?

*moga bertukar dari status Cik kepada Puan secepatnya.

 

8 perkara mengenai saya (yang orang cakap)

Pelik, sombong, poyo, gedik, pendiam, mulut bising, suka buli Afieda, berani, outspoken & jalan laju!

(hah, amik 10. Ada yang kontra sebab lain orang lain komennya)

Monday, April 05, 2010

Selamat Pendek Umur!

Kalau saya ditentukanNYA bernyawa hingga usia 45tahun, maka tinggal 25tahun untuk saya. Kalau saya ditentukan bernafas hingga usia masih pucuk, 23tahun, maka tinggal 3tahun untuk saya di dunia. Dalam masa duk rai ulangtahun kelahiran, saya sentiasa ingatkan diri yang saya semakin dekat dengan mati.

 

Terima kasih pada semua yang meninggalkan ucap selamat di Mukabuku. Terima kasih pada yang menghantar SMS mengucap selamat pada saya. Juga pada yang menjabat tangan saya, terima kasih banyak-banyak sebab masih ingatkan saya tentang usia kematian yang makin hampir.

 

3 April tahun ini, saya agak sibuk seharian, sebagai AJK Pelaksana Simposium Biologi Prasiswazah. Habis simposium hari pertama, Dr.Haniza dan Dr.Husni bawa saya keluar makan, belanja birthday girl, kata mereka. Alhamdulillah. Rezeki murah. Moga Allah memudahkan rezeki kalian berdua. Erti memberi pada yang menerima.

 

Maaf juga pada Kak Eni (Noraini Ahmad) kesayangan, yang sejak 2 April asyik mesej saya. Tanya itu, tanya ini. Dan maaf juga malam 3 April tu saya dah sangat penat. Terus tidur lepas balik rumah. Tak dapat nak keluar jumpa kakak.

 

4 April, tamat simposium pada sebelah petang. Maka malamnya saya tiada apa-apa program. Terus terfikir perkara pertama yang saya nak buat adalah jumpa Aini. Rasa bersalah sebab dah dua hari tertangguh. Fikir saya, Aini tu seorang yang sibuk, kalau takda hal penting takkan saja-saja dia nak jumpa saya.

 

Malam 4 April, famili debat buat surprise birthday party untuk saya. Takmau cerita detail, malu. Hehe. Sayang kalian. Terima kasih sebab tak pecahkan rekod saya yang tak pernah miss kek birthday sejak darjah 5.

kek yang sedap. sapa sponsor ni?

yeaaa! saya tetap dapat kek hari lahir masa usia 20tahun. mungkin tanda masih tak matang. haha.

ada cerita minyak angin botal hijau tu.

Kak Faz, bukti saya sayang kamu!

konco-konco Aini dan Fawez.

Saya dengan Fawez. Pengarah program malam 4 April. betul ke...

Lokasi : Rumah Piagam 21

Pembentangan oh pembentangan (Refleksi)

Sifat manusia yang rendah diri adalah yang sentiasa muhasabah diri, mencari di mana salah silap yang dilakukan secara sengaja ataupun tidak. Mengenai pembentangan (gaya pembelajaran UPSI memang banyak pembentangan, cikgu-to-be kan), sepanjang empat semester saya di UPSI, agak banyak juga ragam gaya pembentangan (sebelum, semasa dan selepas) yang saya dapat perhatikan.

 

Gaya 1 :

 

Kumpulan 4 orang. Dua orang dikehendaki mewakili kumpulan untuk membentangkan hasil kerja. Dua orang menawarkan diri, dan dua yang lain setuju. Saling membantu untuk persediaan pembentangan. Semasa pembentangan, dua orang yang tidak membentang akan ke depan menjawab soalan semasa sesi soal-jawab jika si pembentang tidak dapat menjawab dengan baik.

 

Gaya 2 :

 

Kumpulan 4 orang. Dua orang dikehendaki mewakili kumpulan untuk membentangkan hasil kerja. Dua orang yang tidak mahu membentang mencadangkan dua yang lain. Setuju. Juga saling membantu untuk persediaan si pembentang membuat pembentangan. Semasa pembentangan, dua orang yang tidak membentang akan ke depan menjawab soalan semasa sesi soal-jawab jika si pembentang tidak dapat menjawab dengan baik.

 

Gaya 3 :

Kumpulan 4 orang. Dua orang dikehendaki mewakili kumpulan untuk membentangkan hasil kerja. Namun, semua menolak untuk menjadi pembentang. Hang suruh aku, aku suruh hang, hang suruh aku balik. Penyelesaian, cabut undi. Kertas dicarik kecil dan ditulis X dan O. Yang cabut carikkan bergulung X akan menjadi pembentang. Persetujuan dicapai, maka dua orang yang menjadi pembentang bertungkus lumus menyiapkan slide dan persediaan secara berdua (berdua lebih baik?).

 

Dua orang yang tidak membentang beranggapan, “Jika yang membentang hanya dua orang, mengapa perlu bekerja secara berempat? Dua cukup. Apa nak jadi kat pembentang semasa pembentangan, lantak kat hang. Aku tak mahu ambil tahu”

 

Gaya 4 :

 

Kumpulan 4 orang. Dua orang dikehendaki mewakili kumpulan untuk membentangkan hasil kerja. Namun, semua menolak untuk menjadi pembentang. Mu suruh aku, aku suruh mu, mu suruh aku balik. Penyelesaian, cabut undi juga. Kertas dicarik lebih kecil dan ditulis X dan O. Yang cabut carikkan bergulung X akan menjadi pembentang. Malangnya, yang tercabut (ter?) kertas X beriya-iya menolak untuk membentang. Alasan :

 

1.Tak yakin nak bentang

2.Tak pandai cakap

3.Takut.ketaq (terketar) pusat, perut dan telur (yg ada)

4.Markah kumpulan (konon tak mahu jejaskan markah kumpulan)

5.bukan aku,bukan aku. Kau bentang lebih baik.

6.Aku jarang bentang, kau dah selalu. Maka, kau la bentang. Aku taknak, taknak.

 

Kes ini lagi….apakah? apa guna cabut undi kalau macam tu? Boleh jadi sampai bergaduh-gaduh sesama ahli kumpulan.

 

 

Ada banyak lagi. Tapi cukup empat ini yang sempat ditulis.

 

Kenapa ya? Dah empat semester di sini (UPSI), masih tak yakin dan takut untuk ke hadapan? Perlukah ditanya, apa yang kamu buat selama empat semester?

 

Sibuk kejar 4rata tanpa usaha perbaiki nilai tambah diri? Apa yang pensyarah kamu buat? Perlukah disalahkan sistem pembelajaran di UPSI jika guru-guru keluaran UPSI dikatakan tak reti mengajar?

 

Kenapa ya? Bila bergelak ketawa bersama rakan-rakan, suara kamu boleh didengar dari hujung ke hujung dewan, tapi bila di depan ketika dalam kelas, suara kamu bak itik tercekik tulang? Tak keluar pun suara yang tadinya galak bergelak ketawa.

 

Jom. Sama-sama usaha ubah diri. Takkan 8 semester di UPSI, masih mahu di takuk lama.

 

Muhasabah diri, refleksi diri dan peringatan untuk diri. Moga saya dan kamu saling memberi ingatan. Semua kita inginkan yang terbaik dalam kehidupan. InsyaAllah.