Bak kata orang, tak lengkap diri seorang wanita kalau tak tahu memasak.
Tapi, kadang-kadang saya rasa ada lelaki yang sangat ‘high demand’.
Ciri-ciri isteri idaman ku (lelaki itu) adalah:
-Cantik, muka cun body mantap
-Berpelajaran tinggi (yelah diri sendiri tak lulus SPM maka mahu secerdik-cerdik isteri untuk mendidik anak-anak)
-Pandai masak (mesti pula rasa masakan harus sama hebat dengan mak sendiri)
-Berkerjaya (berkerja dan bergaji besar. Baru lah boleh menumpang gaji isteri kan)
-Tahu agama (solat & puasa cukup. Boleh ajar anak-anak mengaji Al-Quran sendiri di rumah)
Huhu. Punyalah banyak criteria yang dimestikan A+.
Sebagai seorang gadis yang tak berapa mahir di dapur, saya memang takkan menafikan kepentingan suri untuk memasak dan menyediakan makanan untuk keluarga (terutamanya suami).
Saya pernah baca, cara seorang isteri menjaga suami, adalah dengan menjaga perut dan bawah pusatnya. Maksudnya, isteri tu perlu menjaga makan-minum suami, dan juga keperluan seksnya.
Erm erm, abaikan dulu yang pasal bawah pusat tu. Ahaha, entri ni nak cakap pasal jaga perut suami.
Orang dulu-dulu, kalau tak pandai memasak, takkan boleh kawen. Yelah, memandangkan wanita dulu yang sangat berperanan dalam menjaga hal ehwal rumahtangga.
Tapi, zaman sekarang, apabila ayah si bakal pengantin perempuan beritahu bakal besannya,
“ni anak kami ni tak reti memasak”
Jawabnya,
“tak apa, tak apa. Yang penting bekerja”
Hoho, zaman no money no talk. Cari isteri pun, mau cari yang bekerja dan ada pendapatan sendiri. Sekurang-kurangnya, kurang sedikit beban suami menanggung kos hidup. Itupun kalau isterinya mahu berkongsi gaji.
Kalau si isteri berprinsip ‘duit kau, duit aku. Duit aku, duit aku. Jangan minta-minta’…. Haa, botak cepatlah si suami.
Tak Reti Masak, Tak Boleh Kawen Kah?
Mama saya selalu membebel bila melihat keculasan saya masuk dapur.
“isk, nak masak pun tak reti, dah gatai nak menikah”
“Tata, cuba-cuba lah belajar masak. Nanti dah kawen kena berletiaq dengan mak mertua baru tau”
“kalau sanggup tahan telinga kena marah dengan mak mertua, haa tak payah lah belajar masak”
Hehe, intipati bebelan adalah :
Kalau tak reti masak, akan ada kesusahan selepas berkahwin nanti.
Selalunya saya akan menjawab nakal,
“takpa, nanti dah kawen mesti boleh masak”
“ala, Tata nak belajar masak dengan mak mertua lahh”
my dad my hero
Err, boleh tak saya nak cari suami yang pandai memasak?
Haha, belajar masak dengan suami sendiri, mesti lagi romantik kan?