5 biji cili merah (lebih berkilat cili, lebih liat dan sukar untuk ditumbuk)
5 biji cili padi hijau
Sepotong belacan sebaiknya yang sudah dibakar
Sedikit gula dan garam
Sebiji limau nipis diperah jusnya
CARA MEMBUATNYA
Cili dipatah-patah kecil dan buang bijinya jika mahu mengurangkan kepedasan. Tumbuk di dalam lesung hingga elok lumatnya. Masukkan potongan belacan, gula dan garam itu tadi dan sambung menumbuk. Kemudian masukkan perahan limau nipis dan gaul hingga mesra. kalau nak tahu dah mesra ke tidak, cuba dengar-dengarkan rengekan dan tawa mesra dari bahan-bahan yang sedang digaul tu.
Biar pun mesin pengisar (blender) sudah ada (ika punya blender), rasa sambal yang ditumbuk di dalam lesung batu berbanding yang dikisar amat tidak sama. Sedaya upaya, tumbuk sambal secara manual sambil baca Lab Manual Kimia (supaya tak dileteri pensyarah sebab tak bersedia untuk experimen), disimpan di dalam bekas kecil di dalam peti ais dan dimakan dari semasa ke semasa.
Boleh makan dengan ulam petai, boleh juga dengan daun tenggek burung. Cicah dengan timun pun best. ulam-ulaman sila petik keliling rumah. eh? ingat rumah kampung ada ulam bagai keliling rumah. petik di pasar ya.
.
.
p/s : disebabkan semester ini saya ambil subjek Chemistry Laboratory Management Technique, maka saya sertakan sekali tip/kaedah menumbuk sambal belacan supaya mata sentiasa selamat dari percikan yang buat anak dara meraung.
.
ni haa, sila pakai google. ahaks!
16 komen tak puas hati:
SEDAPNYA
tp gogel tersebut x dpt menghalang buret drpd sumbing....
sygg skli...
stu lagi...gogel amat mnykitkn mata daku tatkala memakai nya...
ini mbuktikn mataku amat normal shga x dpt nk mnerima bndasing......
yg ikhls...si empunya buku warna
haha...lau xdak goggle spek mata pon boley kan..
agak2 glove kena pakai x?takut tgn i pedih tumbuk cabai ..auww...hak3
motip entry bukan sal care nak wat sambal belacan.. motipnyer.. nak tayang gambo hang pakai guggle kaaan.. hahahah..
weii.. hang pakai gugle pakai jugak ka kontak lens? nampk jelas ke ngan x pkai spek tu?
aku xpenah pakai contact lense la pawez..sj mls pakai spec sbb spec baru tak berapa nk menyelesakan..huhu...
mira, lps ni kita beli apron n pakai msa masak2 ye!
anon, siapa kamu, gerangan si empunya buku warna?
bangga aku dan wan menyumbingkn buret smlm..hehe..
kak, sedap? haa, meh menumbuk meh
ala, pawez ni mcm tau2 ja isi hati ku.. malulah i gini..ahaks!
favourite ceq..sambal belacan..lama x wat..sedap2..
Teknik ke 2:
4 Bijik Cabai Besaq
6-7 Bijik Cabai Kecik
Belacan - Sila pastikan belacan Pulau Pinang! Belacan lain memang tak sama (penggemar belacan semenjak dari sekolah rendah)
- Tidak perlu menggunakan limau, untuk kurang pedas? Lupakan!
Teknik menumbuk adalah satu kelebihan yang tak semua orang dapat, menumbuk tanpa memedihkan mata dan tanpa menggunakan gogel.
Itu adalah senjata rahsia, carilah sendiri kemahirannya. Bergurulah. Hahaha.
nota: Saya blajar buat sambal belacan dulu baru blajar masak sardin.
ehem.. ehem..
:D
mira, lepas ni kita cilok glove dr lab guna msa memasak. haha bg tgn x pijar. adehhh, mak mertua reject klu nmpak ni..hik3
yeahh petua kedua dr hadi yg sgt memberangsangkan... ehehe, housemate i ada yg x makan belacan. nanti naik jerawat, katanya
peh, dia ingat sambal blacan tu kacang ka apa.? Ekekeke, kalau takat gatal idung tu biasa la..resdung..
besaq toi goggle tuh!
Post a Comment