Sunday, August 09, 2009

menjaga anak dara seorang bak membela lembu sekandang, apatah lagi 5 orang

Latar Tempat : Masjid Tuan Guru, Tanjong Tokong

Latar Masa : 2.30 petang (Ahad, 8hb 9, 2009)

Latar Masyarakat : Orang kampung tengah pulun makan nasik kenduri, ada yang beratur untuk mengambil makanan yang dihidangkan secara bufet, dua pasang pengantin berpeluh2 berbaju songket melayan tetamu, bentara kenduri sibuk menukar air basuh tangan di meja-meja dan budak-budak berlari sana-sini (cis, picisan)

Watak Utama : Ustaz Roshidan sebagai Baba

.......... Puan Junaidah sebagai Mama

......... Ain Fathihah sebagai Tata

......... Amira Fatin sebagai Kak Uda

......... Adilah Farihah sebagai Kakak (watak tak berdialog)

Watak sampingan : Orang kampung

Watak tempelan : Penunggang motor lalu lintas di hadapan masjid, merempit.


petang tadi saya dengan paksarela mengikut Baba ke kenduri kahwin anak kenalannya di Masjid Tuan Guru, Tanjong Tokong..
Alhamdulillah, dua masjid baru didirikan. Dua pasang pengantin.
Semasa makan, flower girl menghampiri meja makan kami sekeluarga dan meletakkan beg kertas berwarna maroon.
Beg kertas yang comel itu diabaikan sementara. Tumpuan saya cuma kepada makanan. Ditambah dengan percikan hujan yang menderu di luar khemah kenduri. Yum3x!

Selesai makan,

Tata : Meh nak tengok apa ada dalam beg kertas ni..(membelek)

Kak Uda : Apa ada?

Tata : Bunga teloq, sapu tangan kecik, gula-gula, sumi..isk isk iskk

Kak Uda : Nak satu..

Tata : Baba, kos nak kawen mahai tang benda-benda remeh ni la kan..bunga teloq ni kalau beli siap sekuntum (ke selidi ntah) lebih kurang RM2.50..kalau seratus? Seribu?

Kak Uda : Ta, kita kawen nanti balut teloq rebus tu dengan tisu dah la noh. Tak payah cenderahati lawa-lawa ni. Membazir ja.

Tata : Hah, jimat tu. Bagus la. Nanti duit lebih kawen boleh guna pi honeymoon.

Mama : Kalau macam tu punya nak jimat, nanti hangpa kawen tak payah buat kenduri la..nikah aja kat masjid..senang! mama pun tak penat nak uruskan kenduri.

Tata & Kak Uda : (serentak) eh tak boleh. Kenduri kena buat jugak. Kena hebah kat orang bila dah kawen. (gelak teruja)

Tata : nak jimat benda-benda remeh yang tak perlu ni ja. Beg maroon ni mahai tau. Orang tak simpan pun. Buang ja. Rugi ja bagi kat tetamu, kan Baba?

Baba : (senyum, angguk)

Kak Uda : Ba, pelamin nanti nak buat kat bawah blok ke kat dalam rumah?

Mama : baba hangpa bagi bersanding ke? Kalau nak gak, buat (pelamin) kat dalam rumah la. Nanti senang nak bergambar. Orang tak tengok.

Baba : yang haramnya bersanding tu sebab pengantin tak tutup aurat. Haram la jadinya bila aurat duk tayang kat tetamu semua. Kalau pengantin tutup aurat, haa, tak salah pun bersanding.

Kak Uda : (muka teruja) maknanya Baba bagi la bersanding kan?

Tata & Kak Uda : (serentak) yeahh! Boleh bersanding..hahaha..

++++++++++++++++++++++++

Babak ditamatkan
Sebab terdapat unsur-unsur rahsia keluarga yang tak patut didedahkan kepada umum



Persoalan :


1. dua anak gadis itu masih belasan tahun. Teruja sembang pasal kahwin? Tett!

2. bincang pasal kenduri macam la masing-masing dah boleh kahwin bulan depan? Uhh!!


3. ibubapa yang ‘mendekati’ anak-anak dengan berbual mengenai topik sensitif. Rasanya kalau ibubapa orang lain, bila anak cakap pasal kawen, agaknya muka dah menyinga, “awat hang dah gatai nak menikah ka? Spender pun mak yang basuhkan lagi tau! Keja pun takdak! Macam mana hang nak bagi anak orang makan?...bla3...bla3..”

4. jadikan suasana di meja makan (di rumah, di kedai makan, juga di kenduri kahwin) menjadi mesra. Boleh sembang macam-macam topik, daripada aktiviti harian ahli keluarga, perancangan harian, gosip cinta anak-anak, kisah cinta lama ibubapa hinggalah kepada tips mencari jodoh yang baik. Hahaha, kawalan ibubapa sangat penting di sini ya!
Kesimpulan (yang tak kemas simpulannya) : majlis kenduri perkahwinan untuk meraikan pasangan pengantin atau memuaskan hati tetamu atau membuatkan pasangan pengantin baru pening kepala membayar hutang selepas kenduri yang gah dan hebat di mata masyarakat?

*******************

Tata! Awat tak tidoq lagi? P masuk tidoq lekaih. Dok ralit main laptop tak habeh-habeh. Tren esok pukul 7 pagi kan.

17 komen tak puas hati:

faINa989 said...

ain...hang x sabar nk kawenka??
ni mst sbb duk tgk baby akim slalu..haha..

ninim said...

Sebenarnya kalau nak tau ain..inilah topik hangat time aku f6...hari2 kami sembang pasal kenduri dalam kelas..bukan per...perncangan

nururu said...

kelakar la ain nih.tp entri ni kreatif:)

Azym Azizi said...

Knp perempuan suka cpt kawen ek? Huhu..

neem said...

hhahaah...

cumil je family neh ^_^

FdausAmad said...

Gua nak ajak lu datang blog gua..pekena kenduri kat sana.Folo baca doa pun takpa.Kalau suka link

ain fathihah fhm said...

farah aina - alamak, sblm tgk akim lg aku dah terlebih teruja nak kawen..haha..ops! baba aku tak bagi lah menikah muda2 sgt...


aini - kita wanita normal, sbb tu bercakap psl kawen masa umur2 macam ni..perancangan...impian masa depan...hehe

ain fathihah fhm said...

kak laila @ nururu - terima kasih. kreatif demi penulisan. jgn kreatif tak bertempat. hehe



aini - kita wanita normal bila bercakap soal perkahwinan. sapa taknak kawen? haha

ain fathihah fhm said...

TQ nim! ain pun comel, kan?

ain fathihah fhm said...

azym..knpa pmpuan suka cpt kawen? sbb naluri ingin berkahwin dan berpasangan tu fitrah. Allah ilhamkan pada kami kaum Hawa utk berkeinginan pada Adamnya.

eh eh..skema betul jawapan aku..haha~

Alzasha Illiyyin Zainal Alam said...

Corak pnulisan yg smakin berkembang. Ada bakat untuk menulis.Ada juga sikit macam unsur komik. Tumpang baca sekali-sekala utuk ringan2kan kepala =)

ismiaisha said...

hahaha~
ain mmg dah gatai nk kwen nih..
xpa,
apa2 pun nnti aku kwen dlu dari ang..
hak3..
(gelak malu)
=D

Nurul Amal said...

rs mcm x complete ja title nh
meh la ak tlg completekan
"mnjga ank dara seorg bak mmbela lembu sekandang,apatah lg 5 org ank dara,bak mmbela lembu 5 kandang.."
amacam
ok x?
hehhe

MaMa MoDeN said...

salam jauh hati...
hahaha macam betul jer pnyambungan tajuk tu tapi kalau mama ada lembu 5 kandang wah.... kayo den..

tapi kan mama tak anggap pun anak2 dara mama tu lembu.

rasanya jaga anak2 dara lagi susah dari menjaga lembu.

mama pernah tlg pak sdara jaga lembu dulu, 2,3 ekor. rasanya senang jer. bla tak mau dgr ckp pukul bontot dia dgn kayu...

tapi blh ker mama pukul bontot anak2 dara mama ni dgn kayu mcm lembu tu.. tambahan lani.

bagi makan rumput ngan dedak jer lembu tu..

anak2 dara mama?
wah segala nasi ayam, pizza, lontong, laksa, ayam masak ungkep, nasi ambang, soto, nasi daging, nasi tomato, sgala macam kuih muih yg paling suka donat&karipap, koktel, ermmm apalgi yer yg slalu mama buat?
ermmm semua depa bedal...

so sng jaga lembu lagikan!
lembu bila dah branak pinak mama lagi kayo...

anak2 dara mama?
bila dah kahwin nanti dapat kat laki depa terus. kalau jadi macam mama plak nak balik 2 thn sx ke kg mama pun susah. nak ziarah mak abah kna ada sbab & alasan, kna tunggu depa sakit teruk baru blh balik....wlu pun balik kg laki tak pyh tunggu sebab&alasan, tiap2 minggu boleh balik.

kalau laki depa pun nanti macam tu, camna??? mloponglah mama....

hah! hangpa pk ler balik no....

Nurul Amal said...

haha
btl la tuh mama
cmana ek feeling parents nk lps ank pmpn kat laki?ummp

ank dara 5 org ek
btmbah2 ssh la nk jaga tmbh2 ain la yg plg ssh skali kan kan

=b

ain fathihah fhm said...

eh eh cik amal ni

nak kena hang ni noh...

aku la yang paling senang nak jaga tau!
hahaha

anak baekkkk

Unknown said...

ehem-ehem....jgn lupa jemput naaa bila mau kawin nnti~haha

TERBARU: Bayyinat-penjelasan