Tuesday, May 19, 2009

aku anak cikgu! (dedikasi hari guru) bhgn 1

Salam'alaik. Selamat hari guru. Selamat hari guru juga kepada bakal-bakal guru.

.

Tajuk entri ini bukan untuk menyohor yang saya anak seorang guru. Ya, saya anak cikgu. Kamu ada masalah? Heh, saya yang agak bermasalah menjadi anak guru. Suatu keuntungan yang kadangkala saya anggap masalah.

(n_n)

Saya Nurul Ain Fathihah Bt Mohd Roshidan. Haa, empunya nama yang ditebalkan itu, seorang guru. Seorang pendidik. Sejak kecil, sejak saya tahu bercakap dan ber'potpet-potpet', acapkali dialog seperti ini berlaku

....

Ayah kerja apa?

Baba saya cikgu.

Ohh, anak cikgu rupanya. Mesti pandai.

....

erkk? Ayat terakhir itu selalunya saya anggap satu beban. Perlukah anak cikgu pandai serba-serbi? Tahu serba-serbi? Sempurna perangai dan tingkah-lakunya.

....

Apa la Ain tu, anak cikgu tapi nakal

....

Heiii kamu, saya pun manusia biasa. Lahir daripada keluarga biasa. Naluri nakal itu memang ada pada semua orang tau.

.

.

Apapun, saya berasa amat beruntung lahir dari benih seorang guru. Satu kebanggaan yang amat sangat apabila memperkenalkan Baba saya, seorang guru. Biarlah apa pandangan masyarakat terhadap profesion perguruan. Kita sendiri tahu bagaimana masyarakat sekarang memandang enteng dan sinis kerjaya guru. Heyy Peguam, tanpa guru kamu bukan sesiapa. Heyy Polis, tanpa guru, kamu bukan sesiapa. Heyy Jurutera, tanpa guru kamu bukan sesiapa. Tanpa guru yang mewakili seribu buku, semua kita bukan sesiapa. Ya, tanpa guru-guru saya, saya bukan sesiapa. Tanpa Baba dan Mama sebagai guru terbaik saya, juga saya bukan sesiapa.

(n_n)

Sejak kecil, saya dah diberi pendidikan awal yang membuatkan saya agak menyerlah dari yang lain. Kata Baba, sejak saya tahu celik mata lagi Baba dah membacakan buku-buku cerita pada saya sebelum tidur. Atau membacakan saya suratkhabar. Kata Baba lagi, semasa kecil saya seringkali mengacaunya membuat kerja. Apabila mahu menaip surat (dulu Baba saya guna mesin taip), saya mencanak-canak lari dan duduk di atas ribanya. Habis, dah ada anak kecil di atas riba, bagaimana bapa itu mahu membuat kerjanya. Ditaipnya huruf A, jemari kecil saya mencelah menekan huruf B. Hehe..

....

Cerita Baba, apabila dia mahu menyemak buku-buku latihan muridnya atau menulis sesuatu, saya mengacaunya dengan menconteng bukunya. Saya ghairah melorek-lorek dan melakarkan apa-apa di atas bukunya. Pernahkah saya dimarahi Baba kerana mengganggu kerjanya? Seingat saya, tidak pernah. Langsung tidak. Selalunya Baba akan memberi saya pensil atau pen, dan sehelai kertas untuk saya membuat 'hasil kerja' saya. Baba juga akan membantu saya melukis apa-apa, memegang tangan saya untuk menulis ejaan nama saya atau bercerita dan menyanyi sambil melukis..

.

Kamu ingat lagu ini? 'bulat kecil, bulat kecil, bulatan besar. Sayang Mama, Sayang Baba, sayang semua. Enam kali enam, tiga puluh enam. Enam lagi, enam lagi, jadi anak beruang'.. ataupun,

'hujan rintik-rintik, air bergelombang. Mama bagi sekupang, baba bagi sekupang, tata ke sekolah. Di sekolah cikgu tanya, tiga tambah tiga berapa, tata jawab enam, cikgu kata betul. tata balik ke rumah dengannnn senang hati' 

.

Habis lagu, imej lakaran yang comel akan terhasil. Sama ada imej anak beruang, ataupun imej muka orang. Hehe..comel comel comel!

.

Seawal usia saya dua tahun atau kurang (kata Baba sebelum saya belum lancar bercakap lagi), Baba dan Mama telah mula mengajar saya membaca Iqra' dan buku Bacalah Sayang. Juga Matematik mudah seperti menambah dan menolak. Heh, mungkin kerana saya anak pertama, maka keterujaan mereka berdua untuk mengajar anak sangat tinggi. Kata mereka, ketika kecil, minat dan keghairahan saya terhadap buku memang tinggi. Sebelum usia empat tahun, saya telah boleh membaca dengan lancar (walaupun agak pelat). Juga boleh membaca Jawi (kaedah Iqra' tu entah bagaimana secara automatik membuatkan saya reti membaca Jawi). Dan juga saya mampu membuat kiraan matematik (tambah dan tolak) secara congak (guna minda) bawah nilai seratus, dan kiraan bentuk lazim sehingga tiga angka. Sa, Puluh dan Ratus.. huhuhu, awalnya.

.

Maaf ya pembaca sekalian, saya bukan mahu memuji diri sendiri. Saya cuma mahu menyatakan kebanggaan saya terhadap ibu bapa saya yang telah menjadikan saya seperti itu. Saya punya ibu bapa terhebat dalam dunia. Kamu bagaimana?

.

Ermm, lagi nak tambah. Disebabkan Baba rajin membacakan saya buku cerita sebelum tidur kepada saya dan Afnan semasa kecil (masa itu baru kami dua beradik, belum masuk yang ketiga, Amira) saya menjadi seorang anak kecil yang petah bercakap. Bak kata Mak Long Bashah, sepupu Baba..mulut saya macam mulut murai. Macam-macam cerita keluar dari mulut saya. Suatu hal yang saya masih ingat, apabila balik ke kampung Baba dulu, di Pendang, Kedah..makcik-makcik begitu berminat dengan saya. Disuruhnya saya bercerita.

.

Kisah yang sering saya ceritakan, adalah kisah seorang anak derhaka pada zaman Rasulullah, Alqamah. Saya akan naik di atas meja, atau berdiri atas kerusi...lalu bercerita kepada makcik-makcik tu. Haha, kecil-kecil dah reti mencapup (mencari publisiti). Makcik-makcik tu pulak, tanpa jemu disuruhnya saya mengulang-ulang cerita saya. Kerap juga mereka sedekah duit. Tanda penghargaan mungkin. ngee~ seronok la anak kecil dapat banyak duit kan?

.............................................

Alam Tadika Saya.

Huh? Saya tiada kenangan manis waktu tadika. Sebab? Saya amat tidak suka ke tadika. Baba hantar saya ke Tadika Kemas semasa umur lima tahun. Tapi saya menangis-nangis tidak mahu. Sebab? Pertama, saya menangis sebab tak mahu ditinggalkan di tempat asing. Kedua, saya bosan dengan isi pelajaran di tadika. Cikgu baru mula ajar pegang pensil. Cikgu baru mula ajar Satu, Dua, Tiga...ajar A, B, C. Arghh, memang tekanan jiwa. Bosan bosan bosan. Saya sudah membaca akhbar sendiri diajar A B C. Saya sudah tahu membuat kira-kira tiga angka diajar 1 2 3. Heh, bukan meninggi diri. Bukan mengangkat diri. Cuma saya memang tidak suka zaman tadika. Paling membuatkan saya tidak mahu lagi ke tadika, apabila saya dimarahi cikgu tadika itu disebabkan saya menyiapkan satu buku tulis. Alaa, buku yang kena tulis huruf A satu mukasurat. Lepas tu huruf B satu mukasurat.

....

Cikgu cakap "baik murid-murid, balik rumah tulis huruf A sampai habis mukasurat ni ya"

Saya pula balik ke rumah siapkan satu buku habis. A sampai Z. Keesokkan harinya bila pergi ke tadika, saya dengan bangga tunjukkan hasil tugasan saya (yang dibuat sambil merungut-rungut tak puas hati kenapa saya kena tulis huruf-huruf macam ni) Tapi apa yang jadi? Saya kena marah dengan cikgu sebab tak ikut arahan. Lepas tu saya dipaksa padam semula huruf B sampai Z. Huhuhu! Esoknya saya berkeras tak mahu pergi tadika lagi. Taknak taknak taknak!!

Apapun, terima kasih pada Cikgu tadika saya sebab dah ajar saya macam-macam lagu. Ahaks!

....................................

erm..sampai sini dulu. Zaman anak-anak, masih anak kecil. Zamam sebelum persekolahan sebenar. Nanti saya sambung zaman sekolah rendah pulak..hee!

6 komen tak puas hati:

Da Ahmad said...

hehe.

memang dari kecil rupanya pandai.

Aku pun anak cikgu.
Ang bertuah sebab ibu kat rumah.
both parents aku adalah cikgu.
percayalah, cikgu selalu lebihkan anak murid di luar dari anak sendiri. Tambah pula kalau ayah sendiri ketua warden asrama. Mana nak jaga anak dirumah lagi. Anak-anak orang yang beratus-ratus tu lagi.
Dan paling tak best, kalau cuti sekolah pun bukan boleh cuti sangat.
Kursus la, tugas la.
huh.

Tapi diorang sangat best dan aku respect diorang sebab kitorang diajar untuk berdikari.
=)

Charles said...

ngahaha.. ak pon anak cikgu.. tp x pndai+jahat+kurg pndai+x baik=anip
but i do hate some teachers.. cekgu2 yg patot dibenci a.. ahaks no offense.. so be a gud teacher someday eh budak kecik..

ain fathihah fhm said...

hehe..
tiap2 anak cikgu ada kisah tersendiri kan

Ezairy said...

Sy pun anak guru.ayah guru sek men,emak guru sek rendah..dan sy gak anak sulung mcm ain..sy rs sy memahami apa yg d lalui ain tu.tp sy ni xdala mcm ain yg fasih bckp.sy ni pdiam ckit.hehe.sy xsbr nk bc post ain yg strusny

ain fathihah fhm said...

hehe

memang ramai yang berpengalaman macam saya ni..

kisah yang nak ditulis memang dah ada dalam kepala, cuma tak sempat nak ambil masa nak tulis lagi.

tengah sibuk (konon) belajar cara2 format laptop...hehe

insan marhaen said...

Aku pulak suami pada cikgu. Tapi cikgu tadika la...

Jadi suami pada cikgu tadika ni kekadang satu masalah gak. Hari-hari kena dengar pot pet isteri pasal itu ini yang dia tak puas hati di tadika.

Aku cuma boleh dengar & nasihat jer la...