Tuesday, April 07, 2009

kejutan hari lahir yang manis


salam'alaik. Bagi sesetengah orang, hari lahir bukanlah satu hari yang penting pun untuk dirai. Bagi sesetengah yang lain pula, merasakan perlunya ada sambutan hari lahir untuknya. Saya dalam kategori mana? Anda tentukan.

Sejak saya tahu apa itu kek dan apa itu hari lahir, ketibaan 3 April memang saya tunggu-tunggu. Begitu juga dengan hari lahir Baba (23 Julai), Mama (13 Mei), Angah (12 Dis), Kak Uda (25 Okt), Kak Teh (16 Jan), Kak Chik (29 Nov), Kakak (21 Nov) dan Dik Nin (28 Sep).. Bukan apa, saya memang tertunggu-tunggu semua tarikh ini. Nak beri ucapan je pun. Hadiah? Ahaha, jarang nak ada. Yang penting doa dan ingatan dari orang tersayang kan kan?

Dulu

Biasanya, keluarga saya meraikan hari lahir kami dengan kek. Nyanyi-nyanyi sikit, dan potong kek. Makan beramai-ramai. Cukup sekadar meraikan sesiapa yang menyambut hari lahir. Kalau ada bajet lebih sikit, kami akan makan-makan di luar. Tapi saya lebih suka kami bergotong-royong buat piza,  dan minuman koktel. Makan sama-sama. Bukan keenakan piza buatan sendiri yang saya rindu, tapi keriangan dan keseronokan semasa menyediakan makanan itu yang saya rindu. Kak Uda, Kak Teh dan Kak Chik dengan keriangan mereka hias piza mereka, saya dengan keriangan menyediakan bahan-bahan untuk diletak atas piza, Baba dan Dik Nin dengan keriangan  membantu apa yang patut (pastinya Dik Nin lebih banyak mengacau kakak-kakaknya) dan Mama cuma memantau tugas-tugas kami. Sesekali mulut Mama becok juga mengomel bila kami lebih banyak bermain dari tolong dia di dapur. Ngeh ngehh ngeh!

Kek? sudah pasti ada. Kadang-kadang untuk jimat bajet, sesiapa yang berdekatan hari lahirnya, akan berkongsi kek. Ahh, tak kisah la kan. Janji ada.

Semua ini kenangan. Terima kasih Baba dan Mama sebab tak pernah lupa membuatkan hati kami, anak-anak mereka berdua riang. Mujur adik-adik saya (dan saya tentunya), tak pernah pula menuntut hadiah yang mahal-mahal dan di luar kemampuan ibu bapa kami. Dapat ucapan di pagi hari lahir itupun sudah cukup membuat hati berbunga-bunga riang.

Kini

Jadi, bila berjauhan dengan keluarga, saya jadi sebak. Huhuhu. Ahh, tak seronoknya menanti ketibaan ulangtahun kelahiran berseorangan. Tahu-tahu la kawan-kawan kan, tak semua yang ingat. Rasanya memang tak tahu pun. Lagipun, mana nak sama keluarga dan kawan-kawan kan? Hari 3 April tu, mujur saya agak sibuk. Dapat buat panggilan percuma ke nombor-nombor maxis, saya telefon kawan-kawan terdekat. Siap cakap,

"wei, cepat wish birthday aku sekarang!"

Tak malu kan? Ahahaha, lantak laaa..Janji buat ucap selamat jugak untuk saya. 

Hari sabtu, saya ada ujian kawad kaki BSMM di kampus. Aduhh letihnya malam tu. Balik dari kampus, keletihan dan melonglai-longlai melepakkan diri di ruang tamu rumah. Sekitar jam 10 malam, dapat mesej dari Baba

"tengok kat belakang rumah, ada orang hantar kek tak?"

Huh? Apa la Baba merepek ni. Sapa pula nak hantar kek. Isk, pelik! dalam percaya dan tak percaya itu, saya menjengah juga ke balkoni rumah. 

"Argghhhhh!!!! Mama!! Awat mai sini? " (isk, boleh pula saya jerit macam ni, hahaha)

rupanya keluarga saya datang Tg.Malim. Mai dari Penang nuuu!!!! Jauh tau saya kira.

Adik-adik pegang kotak kek. Arghh, terharu. Rasa nak nanges pun ada, tapi lebih rasa gembira dan terharu. Dah la lama tak jumpa keluarga. Huhuhu....best3x! Terima kasih semua.

Kami pergi tidur di rumah Mak Jang saya di Ulu Yam. Sembang-sembang malam tu. Esok Ahadnya, lepas habis temuduga kenaikan pangkat BSMM (saya berulang-alik dari Ulu Yam ke Tg. Malim), kami buat majlis kecil-kecilan. Mak Jang masak-masak sikit. Kak Hanim beli sate Kajang Haji Samuri, beli di Rawang jaa. Abang sepupu saya, Abg Imy siap beli belon. Hah, belon ni budak-budak kecik yang main ya! Bukan saya. Tapi saya seronok juga tengok belon, hihihi..

Nyanyi-nyanyi sikit...Tahu siapa paling bersemangat nyanyi lagu hari jadi? Mak Jang tau! Hehe, cayalah Mak Jang. Seronok sangat! terharu...! huhuhu...

Terima kasih semuaaaa!! (warna merah berbuai cinta)

muahhhh

2 komen tak puas hati:

world of my own said...

seronoknya ain. owh, sy homesick. kalaula family tiba2 ada depan umah, konfem pengsan ;)
bestnya ain ;) jealous-ness explodes ni ;p happy birthday btw. semoga panjang umo n betambah rezki. amin ')

Ain said...

huhuhuh...nama saya pun ain jugak...my birthday 4 March..terbalik ngan your's...huhuhuh...saya plak ngah pening nak pikirkan macam na nak buat kejutan untuk kawan saya...tengah memikirkan masalah ini...