salam rindu, salam doa & salam jihad buat sahabat...alhamdulillah, aku dpt meluangkan lebih byk masa di rumah ( juga di depan komputer) sementelah hampir 3bulan dihambat masa yg mencengkam di Kolej Matrikulasi Pulau Pinang, KMPP ( juga disebut sebagai Kolej Matrikulasi Paling Popular oleh Tuan Pengarah)...dlm masa yg singkat ni, cuma dua minggu sahaja..(ok la nih, drpd xde cuti langsung)..aku berusaha merehatkan diri sepuas2nya..hihi..( sepatutnya kena pulun study!)..juga aku mengambil masa utk mencari artikel2 yg sesuai utk dipostkan di blog ini, tp lebih byk yg aku postkan di column buletin di laman friendster..
syukur ke hadrat Ilahi, aku diberi kesihatan fizikal@mental utk terus menghirup nafas dan bertatih-tatih menghadapi dunia yg kian bertambah umur, kian mencabar rasanya (memang pun)...terkadang rasa letih, letih dgn cabaran dunia nih (padahal ckit je pun) tp buat insan yg baru nak mengenal dunia ( seperti aku ni)...ini sudah dikira mencabar!..hehehe...
pelbagai jenis orang & pelbagai jenis ragam yg aku dpt lihat di KMPP...memandangkan pelajar2nya datang dr pelbagai latar belakang & budaya... menarik! sahabat2 baru yg menyenangkan hati ( ada juga yg memeningkan kepala)...di mana aku sedaya upaya cuba mengikat jalinan persahabatan yg oktet..dlm keadaan sekarang, tidak dpt dinafikan kawan2 amat penting di sisi aku dlm situasi sekarang..
entah di mana lg aku akan jumpa seorang kwn perempuan yg nmpak ganaz, muka brutal, cara berjalan pun ganaz skit..tp rupa2nya masih bermain anak patung (hehehe, kpd sesiapa yg terasa pedas, maaf la noh)...entah bila pulak aku akan terjumpa lg orang yg tiba2 kerusinya senget ketika sedang belajar ( bahasa mudahnya jatuh kerusi) dan kwn2 sekelas lain terpinga2 melihat kejadian itu lalu semuanya seperti sepakat utk tidak ketawa ( sedangkan dlm perut mcm nk pecah tahan gelak)... entah aku akan jumpa lg atau tidak seseorang yg beriya2 mahu memasukkan aku di dlm beg galasnya ( kebetulan hari itu saya mmg keletihan yg amat setelah tamat kuliah)..dgn bersungguh2 dia melutut di hadapan aku sambil menyuakan begnya di kaki aku ( aku dipanggil 'budak kecik' oleh sahabat2 KMPP, memandangkan saiz aku yg mmg agak kecik), utk memasukkan aku ke dlm..aduhai...
err, entah apa la aku merepek..
sebenar cuma nk nyatakan di post ni...
hari ni ulangtahun kelahiran kawan sekelasku, ke-18...dia agak berkecil hati..sbb aku tak ingat hari jadi dia ( sebenarnya aku sangkakan esok )..
so, SELAMAT HARI LAHIR MOHD HANIFF...moga panjang umur & ceria sll!
& dua tiga hari lepas, ulangtahun Nurul Sakinah, 14 ogos... akan datang, Sabri, 22 ogos..
salam sayang..
ceria sll..
(n_n)
ceria sll..
(n_n)
0 komen tak puas hati:
Post a Comment