Sunday, September 25, 2011

5 sebab kenapa saya lama tidak update blog.

lima tahun lepas, di masa saya masih berjinak-jinak untuk menjadi liar mencari buah hati, baba saya pernah berpesan

"Tata, jangan bercinta sebelum kawen"

saya senyum dan diamkan saja. tidak menjawab apapun. tapi dalam hati, saya membalas, 'alamak dah terlanjur jatuh cinta, nak buat macam mana. baba pesan lambat satu bulan'. tapi disebabkan saya takut akan ada suara latar berbunyi 'panggg!!', tetap saya mendiamkan diri sambil tersenyum saja.


lima tahun lepas juga, baba pernah berpesan,

"Tata, nanti kalau dah rasa gatai nak kawen, habaq la kat Baba. kalau takdak duit nanti kita buat kawen cara takdak duit"

saya senyum. dalam hati, wau! terbaekkklah pak aku. best ni. tapi masa tu, saya masih kecik dan mendengar perkataan kawen tu akan diikuti oleh bunyi 'eiwww..!', maka saya masih mendiamkan diri dan tersenyum saja mendengar pesan baba.

lima tahun berlalu. banyak perkara berubah. cabaran dan situasi hidup juga berubah. diri saya dah tentu banyak berubah. juga kematangan (itupun jika matang) dan rasa hati saya.

berbekalkan kata-kata baba dan keyakinan diri, saya menyuarakan hasrat.

"Ba, tata nak kawen".

saya mengharap baba akan angguk dan senyum. tapi sebaliknya.

"uishhh, tata tak keja lagi. baba pun takdak duit la nak kawenkan tata. bla bla bla tolong baba. bla bla bla adik-adik. bla bla bla belum masanya. bla bla bla tak sesuai buat masa sekarang." dan seribu satu bla bla bla lagi dari baba.


dan saya pun, kedebukk! rasanya seakan jatuh dari tingkat 5 setengah (sebab berdiri atas tembok koridor, jadilah setengah tingkat).

sepertimana peraturan dicipta untuk dilanggar dan janji dibuat untuk dimungkiri, saya menerima saja apa adanya. wuuu, sob sob sob.

nasib baik saya baru 21. kalau jadi macam ni masa saya umur 25, sah-sah la saya dah bawak lari anak teruna orang nikah kat siam. kih-kih-kih.

nota tumit : tajuk entri tiada kaitan dengan isi entri sebenarnya. tapi kalau saya letak tajuk entri 'aku nak kawen tapi pak aku tak bagi, so macam mana?', rasanya macam dah over-gatei sangat dah pulak.

Tuesday, September 13, 2011

kau sakit aku tidak.

bila baca berita, hari-hari ada orang sakit. toleh kiri toleh kanan, ada saja orang sakit. buka facebook, ada khabar kawan-kawan yang terlantar tak berdaya.

pernah juga terdetik hati saya,

"syukurlah aku tak sakit. aku tak menyusahkan sapa-sapa nak jaga aku kalau aku sakit"

tapi, sungguhkah orang sihat tak menyusahkan sesiapa? sungguhkah orang sihat tak menyusahkan orang sekeliling dengan tingkah lakunya, dengan tutur katanya?

erm, itu perlu difikirkan semula.

apapun, saya perlu bersyukur dengan nikmat sihat.

nota tumit : sejak umur 21 ni, saya banyak didekati ejen insuran. hehe. tunggu saya dah kerja nanti ya!

Monday, September 12, 2011

saling tegur menegur (eh, tajuk entri skema sebab tak boleh nak fikir catchy title)

fitrahnya sifat manusia, tidak boleh tidak, tidak lari dari membuat kesalahan. mana ada manusia zaman sekarang yang tak buat salah langsung. salah pada diri sendiri. salah dengan Tuhan. salah dengan orang lain. salah dengan alam. salah dengan haiwan.

bezanya antara manusia itu, adalah cara kita menerima teguran. suka saya ingatkan, ada beza antara teguran dan kutukan.


(sengaja guna nama sendiri, menunjukkan entri ini adalah peringatan untuk diri)

teguran :

"Ain, sudah-sudah la merokok. tak elok untuk kesihatan. bazir duit pula tu"


kutukan :

"bodoh ar hang ni Ain. hisap rokok cam lahanat. biaq la hang mampuih cepat. nyaman sikit udara ni"


Namun, bila sudah ditegur cara baik pun, bukan semua daripada kita boleh menerima teguran. biasalah manusia, ada egonya. malah sebab ego dalam diri ini juga yang buat kita rasa dan fikir, kitalah betul. kita saja yang betul. orang lain salah. orang lain yang patut disalahkan. bukan kita. sebab aku betul dan maha betul.


jenis manusia pertama : langsung takmau menerima teguran

bila ada yang menegur,

"Ain, tak patut hang buat macam ni. salah ni. hang kena fikir masak-masak. jangan menyesal kemudian hari. aku tegur sebab aku sayang."

"ADA AKU KISAHHH??! hati aku, suka hati aku la. ada aku kacau duit mak pak hang?"

manusia sebegini, sekali dua orang-orang tersayang di sekelilingnya akan masih mampu menegur. kali keempat dan seterusnya, orang yang menegur tidak lagi akan bertindak untuk menegur, sebaliknya cuma memerhatikan dari jauh dan berpura-pura tidak endah apa saja yang berlaku. lantak hang la. hang rasa hang pandai kan.


jenis manusia kedua : pura-pura menerima teguran

"Ain, tak patut hang buat macam ni. salah ni. hang kena fikir masak-masak. jangan menyesal kemudian hari. aku tegur sebab aku sayang."

kemudian dengan nada pura-pura sayu menjawab

"yalaa, semua salah aku. memang aku yang salah. semuanya yang berlaku adalah salah aku. akulah yang patut disalahkan. mat indera masuk komunis tu pun salah aku jugak. bik mama beli cincin juta-juta tu salah aku. jambatan pulau pinang sesak pun salah aku. semua salah aku. kau memang saja nak salahkan aku kan?!"

aik? sengaja dia buat-buat mengaku semua kesalahan sampaikan yang tak berkaitan langsung pun disebut juga. motifnya, untuk alih isu utama. manusia ini, di mulut saja mengaku salah, padahal dalam hati dia menafikan kesalahan yang dilaku, malah tidak berubah pula. terus melakukan kesalahan yang sama.


jenis manusia ketiga : terasa hati dengan teguran tapi berubah

"Ain, tak patut hang buat macam ni. salah ni. hang kena fikir masak-masak. jangan menyesal kemudian hari. aku tegur sebab aku sayang."

dia tidak menjawab sepatah. malah diam. diam. dan diam.

tapi, lama-kelamaan si penegur boleh nampak dia menerima apa yang ditegur, dan mengubah kelakuan. dalam terasa hati, dia berubah. bagus.


jenis manusia keempat : menerima teguran dengan senang hati

"Ain, tak patut hang buat macam ni. salah ni. hang kena fikir masak-masak. jangan menyesal kemudian hari. aku tegur sebab aku sayang."

jawabnya,

"oh yaka? maaf la aku tak perasan aku buat salah. terima kasih ya sebab tegur."


Bagi saya, saya adalah antara manusia yang bertuah mendapat rakan-rakan di sekeliling saya yang tidak segan silu untuk menegur saya. memanglah kadang-kala rasa berdesing telinga, tapi saya selalu ingatkan diri, dia tegur sebab dia sayang.

orang-orang tersayang tu bagi saya, adalah orang yang kita kenal betul di alam nyata, bukan takat kenalan di alam maya. isi entri saya di blog ain fathihah dan status facebook saya tidak cukup untuk menjadi kayu ukur orang menilai bagaimana saya sebenarnya.

terima kasih pada manusia-manusia yang memerhatikan tingkah laku saya, menilai saya dan menegur apa yang sepatutnya.

kawan yang baik adalah kawan yang menjadi cermin. tempat kita boleh refleks diri.

Friday, September 09, 2011

imbas lagi ; Sungai Petani

Empat bulan dari mukasurat diari hidup saya bertapak di Sungai Petani. Empat bulan cuma. Tapi beri seribu kenangan yang bermakna. Cerita manis sewaktu berpraktikum, usahlah saya sebut-sebut lagi, itu sudah pasti memori terindah.

Hijrah sementara dari Tanjung Malim ke Sungai Petani beri pelbagai cerita.

1. Tesco depan mata. sekentut saja dari rumah sewa. Mau beli apa? Gula sepaket? Vroomm motor pergi tesco. Susu cair setin? Vroommm motor pergi tesco. Nak makan kfc? Vroomm motor pergi tesco, ada kfc di situ. Pergi pukul 4.00 petang membeli dan membelahkan diri, pukul 4.20 petang dah boleh balik rumah semula.

2. Rasanya kerap juga saya tengok wayang semasa di Sungai Petani. Mall dekatlah katakan. Juga, Village Mall dan CS yang sekentut saja dari rumah. Balik mengajar dari sekolah, boleh terus ke VM. tengok wayang semata-mata bersama housemates, dan cepat-cepat balik rumah sebab perut dah lapar. Pernah juga petang hari saya dan Robiah tertonton The Making of...Sekali Lagi, terus decide nak pergi tengok, 20minit bersiap dan terus bermotoran pergi VM.

3. jika Sungai Petani boleh saya katakan sebagai syurga makanan, maka peti ais rumah sewa saya adalah taman bunga di syurga makanan. haha. manakan tidak, tinggal empat orang, peti ais sendat dan sesak macam diisi stok makanan 20orang buruh binaan yang buat kerja berat. dapat pula housemates suka main masak-masak, memang syiok la. awal praktikum, berat saya tak cecah pun 40kg, tiga bulan praktikum berat saya lebih 45kg. tapi bulan puasa dah buat berat badan saya turun balik. sob sob. rubi n dida, mai la duduk rumah aku sem depan masa kat Tanjung Malim nanti.

kedai makan? berlambak keliling taman rumah sewa. tapi jarang pula kami makan di luar. tak sedap, kata kami. (sebenarnya nak cakap kami masak lagi sedap dan berkhasiat, tapi malas la nak kecoh. nanti bakal mak mertua baca, terus dia paksa anak teruna dia mai bawa dulang ke rumah saya, muahaha)

buat tuan rumah sewa, maafkanlah kami sebab serai depan rumah dah hampir gondol dikerjakan kami. mujur pokok limau purut tak botak daunnya.

4. perkara ke empat ini khas untuk housemates saya, robiah dan amirah. mira macam biasa, maintain sejuk cool dengan caranya. ruby pula, ini pertama kali saya kenal rapat dengannya. sebelum ni kenal setakat kenal gigi saya. ruby ni memang seteru saya nombor satu. ada saja nak digadohkan. soal gula berapa sudu dalam teh pun, boleh jadi bahan bertengkar.

5. perkara ke lima dan terakhir khas untuk roommate aka mak tiri angkat saya, syadida zakaria. saya tak pasti sama ada dida sedang praktis jadi mak-mak, atau sikap saya yang membuatkan dia rajin berleter. muahaha. kadang-kadang tu saja saya menyakat dia,

"wei dida hang ni asyik marah aku ja. hang tak sayang kat aku ka?", soal saya sambil kalut mengutip barang-barang yang saya sepahkan.

"hurm, sayang la. ni pasai sayang la yang saya duk tegoq ni. ain ni, tak habaq tak buat".

kerapkali juga,

"wei didaaaa!!! mana kunci moto aku?? carik tak jumpa ni"

"ada kat belakang pintu"

"aik macam mana hang tau? ni mesti hang yang sorokkan kunci aku kan?"

"dah ain letak rata-rata. saya amik sangkut la"

banyak kali juga, bila saya ke hulu ke hilir menggaru-garu kepala, masuk bilik depan, pergi dapur, masuk bilik tengah, pergi ruang tamu dan u-turn, syadida akan bertanya,

"cari apa ain?"

"suaq jean. mana ntah"

"ada kat bilik tengah"

"aik macam mana hang tau? hang pakai suaq jean aku ka? isk hang ni tak elok la pakai ketat-ketat"

"takdak keja nak pakai suaq ain. ni lain kali jangan londeh suaq merata. "

erks. haha.


sebenarnya banyak lagi yang saya nak tulis..tapi, sampai sini saja dulu la. hingga bertemu lagi, salam.

Saturday, August 27, 2011

Nur Fariza Alia bt Hamzah

Entri ini sebenarnya sudah lama saya mau tulis. tapi ditangguh-tangguh atas sebab musabab tertentu.

Dalam perjalanan hidup, biasanya perkara / pengalaman pertama wujud nilai sentimentalnya pada orang yang jiwa-jiwa macam saya ni. Cinta pertama. Hari pertama. Anak pertama. Masakan pertama yang menjadi. Haid pertama. Malam pertama. Rumah pertama. Dan apa saja yang pertama kali berlaku, perkara itu mungkin boleh menjadi perkara maha istimewa.

Hari pertama saya mengajar, itu adalah hari super penting dalam sejarah hidup saya sebagai cikgu kecil-kecilan. Betapa hari itu, ahad 12 jun 2011, lebih 100pasang mata memerhati (malah mungkin mengejek) saya yang terkial-kial berada di hadapan kelas.

Gagapnya. ('nya' itu merujuk kepada saya)
Gugupnya.
Gementarnya.
Takutnya.
Resahnya.


dan pelbagai rencah seribu satu rasa dalam hati dan diri. bangun pagi-pagi rasa macam nak buat-buat demam dan pergi ambil cuti sakit sebab terlalu takutnya saya nak mula mengajar di sekolah. tepatnya, SMK Ibrahim, 4SN4, 4SN1 dan 4SN2 tahun dua ribu sebelas.

seperti dijangka, memang PnP pertama saya bersama tiga kelas itu teruk seteruk-teruknya. seperti rancangan awal, saya cekalkan hati meminta semua pelajar menulis surat maklum balas, kritikan, komen dan cadangan penambahbaikkan.

Buruk : Ya Allah, sentap hati kak, dik. jujurnya kalian memberi komen. rasa macam nak lari terjun katil dua tingkat bila baca surat-surat komen tu. Sentap hingga menusuk ke tangkai jantung. tepatnya, tusuk ke aorta.

Baik : Berdasarkan surat-surat maklum balas yang maha jujur itulah saya membuat penambahbaikkan pada diri saya dan juga pada persediaan bahan PnP.


Alhamdulillah. Pada PnP kedua minggu yang sama, sebaik habis PnP, seorang pelajar datang ke depan dan berkata pada saya,


"Cikgu, terima kasih, cikgu.."

"Ya, sama-sama. tapi kenapa?"
hairan. sambil bertanya, saya sempat menjeling pada tag nama pelajar berkenaan. Fariza.

"saya faham kelas hari ni cikgu"
jawab gadis itu sambil tersenyum pada saya.

Duhai Tuhan, sungguh! Itu adalah ayat paling indah yang pernah saya dengar dalam hidup. Lebih indah dari lafaz cinta sang jejaka. Lebih indah dari puja cinta alam remaja. Sungguh!

Ucapan terima kasih pertama daripada pelajar saya.

Saat itu, saya rasakan ada hawa dingin yang menyerap masuk dalam diri saya. Indah.


Ahh, seorang saja, kan?

ada saya kisah? kalaupun cuma seorang daripada seribu seratus sebelas pelajar yang datang ucap terima kasih pun, saya dah cukup bahagia. Itu sudah sangat-sangat bermakna untuk seorang cikgu kecil-kecilan macam saya ni.

terima kasih, fariza.

hari terakhir praktikum, fariza datang berjumpa saya dan memberi satu kotak cenderahati dan sebuah buku tulis.

dalam buku tulis itu, ada jurnal tulisan tangan fariza, berkisahkan tentang saya. sejak hari pertama dia kenal saya, sehinggalah hari terakhir saya berpraktikum.

jurnal ini lengkap dengan tarikh, hari dan masa. apa saja peristiwa yang berlaku antara saya dan dia, apa dialog dan perkataan yang terpacul dari mulut saya yang menarik perhatian dia, apa perbuatan dan tingkah laku saya yang diperhatikan dia, ada ditulis dalam buku tulis ini. penuh satu buku tulis. buku tulis panjang pulak tu.

fariza, saya sangat terharu!

balik rumah sewa, saya baca jurnal ni dalam sebak. diselang-seli dengan tangis dan tawa lucu. seribu satu rasa bercampur-baur dalam hati saya saat membaca jurnal ini.

jurnal ni dibahagikan pada tiga bahagian.

bahagian 1 : kronologi peristiwa yang dialami fariza bersama saya dalam PnP kelas. ada tarikh.

bahagian 2 : edisi khas. peristiwa yang berlaku di luar PnP dalam kelas. antara tajuk edisi khas : relay. kem pengawas. hari kokurikulum. date. berbuka puasa. jam tangan. puding caramel cikgu ain.

bahagian 3 : sekilas. himpunan dialog-dialog ringkas daripada saya dalam kelas dan luar kelas. sebab segmen ni ringkas, saya tuliskan sedikit di sini.


"ok, hari ni kamu ada bawa buku note tak?"
" tak...."
"pasal apa kamu tak bawa?"
".........."
"Ambil kertas saya ni. Kalau selalu macam ni, tauke balak pun boleh bankrup! dah la praktikal tak dapat gaji"


"eh, kamu salin la dalam kertas yang saya bagi tu"
"depan ke belakang, cikgu?"
"buat center." (masa ni kena lukis diagram)
tiba-tiba,
"cikgu, kertas saya tak cukup!"
"macam mana boleh tak cukup?"
"saya buat besar!"
"lukis kecil dah la. tauke balak pun boleh bankrup macam ni"


"Cikgu, cikgu! nak kena lukis vertical ke horizontal?"
"Buat vertical"
pelajar lain pula menyampuk,
"tapi kami dah buat horizontal!"
"hmmm...tak apalah..."
cikgu sambung tulis di depan. cikgu tiba-tiba berhenti tulis dan tengok kami.
"kamu ni, tanya nak buat macam mana, bila saya cakap macam ni, kamu cakap kamu dah buat macam tu. Baik takyah tanya!"


"Kamu semua ada hutang saya sesuatu. jangan duk buat-buat lupa"
satu kelas "takdaaakkk"
"Pass up note kamu semua sekarang!"
"cikgu, buku note habis!"
"tulis kat mana-mana. lepas tu staple dekat buku nota. jangan tulis kat dahi sudah!"


status fb cikgu
'dah la tak mai sekolah, online FB pulak tu. (sapa terasa sila like)'


"hari ni bawa note tak?"
satu kelas "taakkkk!"
"kertas saya dah nak habis ni. pokai la saya semua kelas buat macam ni."
"........."
"kamu carilah kertas kamu sendiri. tulis kat mana-mana"
"kertas cikgu?"
"oh! mana boleh. kalau bapak saya tauke balak pun boleh bankrup"
"bapak cikgu tauke balak ka?"
"tak laaa! kamu ni kan. saya buat perumpamaan ja"
"cikgu, awat tauke balak? tauke getah takmau?"
"Isk, tak kisah laaa..! saya ada banyak tauke."
satu kelas "wooowwww"


ada banyak lagi cerita pasal saya yang ditulis fariza. apa yang menarik, cerita yang ditulis mengenai saya ini adalah dari kacamata seorang pelajar. jurnal ini ditulis mengenai seorang cikgu. nak cakap lagi sekali, saya terharuuuu!

cikgu bio yang gigih

State the phase of the diagram above.

a. Metrophase
b. Mitophase
c. Metaphase
d. Makrophase

Thursday, August 25, 2011

cikgu, mai saya lah jadi ganti pakwe cikgu

kelas terakhir saya dengan 4SN1 hari selasa jam 10.50 am - 12.10 pm. subjek tentulah biologi. sementara menunggu makmal bio 2 penuh, saya berbual-bual dengan pelajar-pelajar yang masuk awal. ada yang menggodek-godek laptop saya, minta itu ini. contohnya, movie.

tiba-tiba seorang pelajar lelaki tinggi lampai yang pernah saya ceritakan di entri ini masuk dan meluru pada saya.

"cikgu, baik cikgu putuih sekarang (break up) dengan boyfriend cikgu! cikgu habaq la kat dia, cikgu takmau kat dia dah"

dia bermuka serius. lain dari biasa.

"eh pasaipa pulak?". sentap juga la saya. tiba-tiba suruh saya buat perkara macam ni. dalam hati tertanya-tanya juga apa alasan dia.

"cikgu, cikgu tau dak. boyfriend cikgu merokok. jangan kawen dengan lelaki perokok cikgu!"

mukanya bersungguh-sungguh. tiada riak mau melawak.

"isk kamu ni. pandai-pandai ja. saya tau la dia tak merokok. dia tak merokok aih. saya dah kenai dia lima tahun dah", saya membangkang.

muka pelajar lelaki itu makin bersungguh. dalam hati saya terdetik juga, eh budak ni reti serius rupanya. haha. selalu main-main sangat masa kelas.

"cikgu, saya dah tengok dah fb dia! kat tangan dia ada pegang rokok, kan cikgu kan. cikgu mintak putus la dengan dia. takpayah bercinta dengan dia dah. dia hisap rokok cikgu tau!"

tu diaa..bersemangat. macam YB berkempen.

dalam hati saya bersuara juga, habis tu kalau saya tak kawen dengan boyfriend saya, sapa pulak nak gantikan dia? tapi tak terkeluar dari mulut. haha.

rupanya gambar ini yang menimbulkan isu. gambar profile pakcik padil

dua orang lelaki sedang tonggek bergambar. seorang dari mereka memegang sesuatu seakan rokok. ataupun memang rokok? takpun curut (eh curut ke cerut ?)

Wahai Amir Ezzat, pakcik padil adalah yang disebelah kanan. bukan yang kiri tu.
ini gambar semasa saya dan cikgu omar berbuka puasa dengan 4SN1 di medan selera tesco, hari sabtu 20 hari bulan. sepatutnya amir jauh lagi tinggi dari saya, tapi masa bergambar tu, saya paksa dia berdiri di tempat rendah, dan saya berdiri di tempat yang lagi tinggi. muahaha. saya kan cikgu. mana boleh melawan. amir pun pasrah je la nampak pendek di sebelah saya. ataupun saya yang nampak tinggi? nampak tak ada seseorang belakang amir tu. saya tak pasti siapa. dilip kumar rasanya.
ada dalam gambar ; dilip kumar, dhireen, cikgu omar, sukdesh, ganesh


saya dan dalilah. okay takperlu persoalkan soal ketinggian. huh.

fatin dan mimi.
shhhh, saya nak bagitau ni. mimi nanges masa kelas terakhir saya. terima kasih mimi. kamu buat saya rasa dihargai.

saya bersama kacak boy 4SN1, sukddesh. ni banyak cakap sukddesh ni. selalu buat saya rasa senak perut tahan gelak. apa nak buat, muka serius harus dipertahankan.
saya dan dharshinii. ketua tingkatan 4SN1. gadis cantik. bila tengok dharshinii, mesti saya teringat aktress hindi yang cun melecun tu.

alhamdullillah. kenangan yang manis bersama kalian sepanjang empat bulan ini.

terima kasih 4SN1.

nota tumit ; pada yang tiada nama mahupun gambar dalam entri ini, usah terasa ya. kalian ada di hati.