
Bersyukur pada Allah kerana mengadakan orang yang tidak mengendahkan kamu kerana dialah orang yang memupuk sifat berdikari kamu.

PBL tu apa? Okey, aku beritahu dulu apa itu PBL. PBL ni, Problem Based-Learning. Soalan-soalan PBL ni akan tanya mengenai situasi tertentu, dan suruh kita selesaikan. Mula-mula masuk UPSI, aku dan kawan-kawan agak terpinga-pinga dan memang tak faham pun, macam mana nak selesaikan PBL ni.
Masuk semester dua, semakin banyak PBL yang diberikan. Banyak PBL maka banyaklah pembentangan yang perlu dibuat. Jawapan-jawapan PBL, pandai-pandailah cari sendiri. Ahaa, kami semua memang pandai pun. Dah la Cikgu-cikgu Bio ni dah terbukti comel dan kiut. hihi..
Jom nak kongsi antara contoh-contoh PBL.
Biology Development.
"it is not birth, marriage or death, but gastrulation, which is truly most important time in your life. For all animals, gastrulation terms is one of embryonic development can be described as a series of events or stages. Gastrulation involves changes in cell motility, cell shape and cell adhesion, which are referred the type of cell movement. Although the details of gastrulation differ between various groups of animals, the cellular mechanisms involved in gastrulation are common to all animals"
Histology (diterjemahkan dengan gaya bebas oleh Ain Fathihah)
AHK (bukan nama sebenar) sudah lama meminati NA (bukan nama sebenar) dalam diam. Sudah jodoh mereka, akhirnya berkahwin. Setelah 4tahun berkahwin, mereka masih tidak mempunyai anak sebagai penyeri hidup. Dengan nasihat dan campurtangan keluarga masing-masing, AHK dan NA pergi perjumpa gaenacologist (pakar perbidanan kot). Sampel sperma dan ovum diambil daripada mereka berdua. Setelah kajian makmal selesai, didapati sperma AHK mempunyai masalah dari segi morfologi dan ovary NA didapati bermasalah. Apakah sebenarnya yang mungkin dihadapi oleh mereka?
Haha, camtu la lebih kurang bunyinya soalan PBL tu. Macam mana nak selesaikan?

Abu, aku nak beritahu kau ni...
Ala, macam mana nak cakap ni ekk..
malu plak
iskk!
Abu, nak cakap ni.....
ehemm3x!
followers aku dah 50!
hehe
tu saja mau cakap
sekian
salam'alaik.. Ada soalan saya mahu tanya.. Boleh? Alaa, boleh laa..nak tanya jugak.
Mengapa anda berblog?
Saja ikut-ikut orang yang ada blog ke
Mengapa anda mahu berblog?
nak ikut perkembangan semasa ke
Mengapa anda suka menulis berblog?
nak tunjuk hebat pada orang lain yang anda tahu menulis ke
Mengapa anda menyibuk-nyibuk nak ada blog?
owhh....setiap kita ada sebab tersendiri kan.
Blog, memang dah jadi satu trend. Kan? Budak kecik pun ada blog. Makcik-makcik ada blog. Peniaga pun ada blog. Cikgu-cikgu ada blog. Rakyat marhaen........ada blog. Pemimpin politik pun ada blog. Nak berniaga klip video panas yang ehemm3 pun, melalui blog juga.
Mengapa anda berblog?
Seorang kenalan di YM sering bertanyakan entri terbaru saya jika saya lama tidak mengemaskini blog. Seronok katanya membaca tulisan saya (huhu, maaf, ini bukan pernyataan masuk bakul angkat sendiri, tapi pernyataan masuk lif tekan sendiri ya! hehe) Ada pula kenalan saya yang bertanya bagaimana cara menulis supaya seronok dibaca. Tulisan yang dekat di hati pembaca.
Uhh? Menulis pun ada cara ke? Saya tak tahu bagaimana nak jawab soalan ni. Saya cuma menulis dengan hati. Luahkan apa yang difikirkan di minda ke dalam bentuk tulisan. Cuma tekan-tekan saja papan kekunci di laptop, maka terhasillah perenggan-perenggan cerita saya.
Sedikit mahu berkongsi tips menulis. Cuma tiga S. Selesa, Seronok, Selektif.
1. Selesa
Dari segi susunan ayat, teratur. Tulisan besar dan gelap (dengan background cerah). Tulisan selalu berperenggan. Kalau satu perenggan masih panjang2, maknanya saya mesti buang perkataan yang dirasakan membazir, dan mengganggu emosi. Saya cuba untuk kurangkan pengulangan perkataan yang melewah, dan datangkan 'perasaan' dalam tulisan.
2. Seronok
Pembaca rasa seronok, gembira, tertawa dengan cerita berbau positif. Kalau bernada negatif, pastikan benar-benar sedih, menginsafkan, dan menyentuh. Kalau kisah seram, pastikan pembaca pulang dengan berselimut tebal dan menggigil-gigil. Entahlah saya tak tahu bagaimana caranya. Cuma sebelum menulis, saya biasanya set di kepala, apakah perasaan pembaca yang saya sasarkan. Itu cuma target. Tercapai atau tak, belakang kira.
3. Selektif.
Kalau cerita yang kita sampaikan, sama dengan blog lain, maka pembaca akan bosan. Sebab saya sendiri pernah rasa macam tu. Saya sendiri bosan dengan RS, kalau aku kebetulan terjumpa blog lain yang tulis cerita yang agak sama. Akhirnya, adalah nanti aku edit mana-mana, tokok tambah di RS. Tapi, kebanyakan cerita saya di RS berkenaan cerita ceriti hidup saya. Tak tahu la pula kalau ada cerita orang lain yang sebijik-sejibik sama dengan saya. Ehemm3!
Perlu diingatkan, sebelum anda membaca isi kandungan blog saya yang merapu meraban dan merepek, sila belek dulu deskripsi blog saya...yang mana? ni haaa..payah betul la!
Kisah ini mungkin kisah saya. Kisah penuh peribadi. Boleh jadi tidak akan ada sesiapa mengerti. Juga tidak akan ada sesiapa peduli. Masing-masing dalam hidup punya cerita, mengapa mahu membaca cerita orang lain? Tidak mengapa, saya cuma akan bercerita kepada yang mahu tahu. Barangkali ada pengajaran, barangkali terdapat sesuatu.
Jadi, jangan kecoh-kecoh kalau anda mendapati blog saya tidak ada isi. Jika 'isi' yang anda mahu tidak terdapat di blog saya, tidak mengapa. Silakan beredar dengan segera ke blog lain. Shuhh..shuhh..shuhh!
Saya bercerita kisah saya. Pengisian hidup saya, mungkin tidak bermakna bagi kamu, dia, beliau atau mereka. Ada saya kisah? ahh, lantak lah. Hehe..