Sunday, December 27, 2009

permulaan yang awal, Bismillah

1.       Saya selamat sampai jam 5 pagi tadi di stesen KTM Tanjung Malim. Ramainyaaa pelajar UPSI berdedai-dedai turun dari keretapi, bersekali dengan saya. Hampir kosong agaknya keretapi tadi setelah pelajar UPSI (dan mungkin ada sekali pelajar Politeknik Behrang) tiba di destinasi.

2.       Dari Butterworth, tren lewat hampir 1jam. Tak hairan, lewat macam biasa. Keretapi Tanah Melayu Berhad, KTMB, sila tingkatkan kecekapan perkhidmatan kamu. Termasuk juga dengan staf KTMB yang bertugas di kaunter beli tiket etc. Mungkin perlu hantar staf pergi BTN, kursus komputer, atau apa-apa yang patut. Saya simpati dengan seorang Encik KTMB yang terkial-kial menaip (key-in) borang permohonon Kad Pelajar saya baru-baru ini. Guna satu jari telunjuk, merawang-rawang mencari huruf di keyboard.

3.       Apapun, terima kasih KTMB sebab sudi mengangkut saya dan orang lain selama ini. Untuk perhatian, harga tiket kelas ekonomi, lebih murah dari bas. Itu salah satu sebab keretapi masih menjadi pengangkutan pilihan ramai, kan? hehe.

4.       Pagi-pagi dah pergi sarapan roti canai dengan Noraini Ahmad (bukan mantan Ketua Puteri UMNO tu ya) di kedai mamak. Satu hal, di tempat selain Penang, susah sikit nak tengok gadis-gadis di kedai mamak. Penuh kedai didominasi oleh lelaki. Jadi, bila ada gadis pergi lepak-lepak makan di kedai mamak, maka ada mata-mata yang memerhati. Hey, apa tengok-tengok? Tahu lah Ain dan Aini ni comel.

5.       Teman serumah, sudah ada yang selesai mengemas apa yang patut. Terima kasih pada teman yang telah sudi merajinkan tulang belakang mop satu rumah, tingkat atas dan bawah. Terima kasih Aina dan Angah.

6.       Saya masih keseorangan di bilik, belum ada teman bilik baru. Puan Nuriha Ismail, teman bilik semester lepas akan pergi berpraktikal semester ini di Slim River. Bilik saya juga telah dikosongkan dari barang-barang Kak Neha yang sekontena itu. Woahaa, lapangnya bilikku! Tapi sedihnyaa sebab dah takda mulut bising becok pot-pet Kak Neha berlawan cakap dengan saya. Tiada sudah mak andam Neha yang rajin ajar saya, Angah dan Kak Shikin belajar guna alat-alat mekap.

7.       Baru 9jam di Tanjung Malim, saya sudah rindu adik-adik. Terutama si Kakak dan Adnin. Juga yang lain, Amirah, Adeebah dan Atiqah (tak sebut kang merajuk pulak nanti, hehe).

Sampai sini saja, sekian dulu. Terima kasih.

Thursday, December 24, 2009

result sem 3 adalah...

alhamdulillah.. naik sangat pun tak, turun sangat pun tak..

kata orang, maintain cun. Itupun kalau boleh dikatakan begitu.. (padahal dalam hati, mengeluh kenapa tak naik, asyik tang tuuu ja)

 

sem 1 – 3.63

sem 2 – 3.65

sem 3 – 3.62

 

usaha sama, kemalasan masih tahap sama, maka hasilnya pun sama.

 

Hey Ain, hey! Cepat la cepat sedar.. bila pulak nak merasa 3.8 macam orang lain!

Thursday, December 17, 2009

takwim akademik UPSI semester 2 sesi 09/10

salam'alaik. termasuk sebentar tadi, sudah dua kali saya menaip mesej di telefon 'besaq gabak' ni untuk memaklumkan takwim akademik semester hadapan.. pertama, untuk Umi Nora, kedua, untuk Kak Eni Ahmad yang gebu...

.

alang-alang menyelongkar tin biskut, saya lampirkan sekali takwimnya di sini..

.

moga bermanfaat..

.

Semester 2 Sesi 2009/2010

 

Kuliah 7 Minggu 28.12.2009 - 12.02.2010

Cuti Pertengahan Semester 1 Minggu 13.02.2010 - 21.02.2010

Kuliah 7 Minggu 22.02.2010 - 09.04.2010

Minggu Ulangkaji 1 Minggu 10.04.2010 - 18.04.2010

Peperiksaan 3 Minggu 19.04.2010 - 08.05.2010

Cuti Semester 8 Minggu 09.05.2010 - 04.07.2010

 

Sungguh, apa manfaat meneliti takwim akademik lebih awal?

Iskk..macam yang banyak dah tulis kat dinding sekolah zaman hingusan dulu,

“gagal merancang bermakna merancang untuk gagal”

 

1.       1. Boleh buat siap-siap jadual peribadi..jadual belajar, hantar tugasan dan ulangkaji (ehehe, buat ke?). rasanya ramai yang gunakan takwim akademik ni untuk jadual beli-tiket-balik-kampung saja. Tambah-tambah pelajar dari Borneo kan? sangat penting tahu lebih awal bila cuti untuk booking tiket yang beratus-ratus RM tu.

 

2.     2. Rancang percutian, dan ngedate. Ngeh ngeh ngehh! Ketawa sinis.

 

3.     3. Belanjawan sepanjang semester. Almaklum bila dapat saja duit PTPTpu eh bukan PTPTN (cepat-cepat betulkan takut diaju AUKU), maka perlu pandai-pandai guna supaya cukup sampai akhir semester.


Monday, December 14, 2009

aktiviti cuti


bercuti di rumah, memang takda aktiviti nak dibuat...

maka, aktiviti rutin saya (dan Kak Uda) adalah,

menyakat adik-adik sampai menangis

selagi tak menangis, tak boleh nak berhenti dari menyakat budak kecik ni..hehe

apa guna mengusik adik kalau tak menangis..

.

jangan tanya,

mangsanya dah tentu lah Kakak dan Adnin.

tapi yang kerapnya, Kakak lah.

seronok tengok dia marah...kih kih kih...

Thursday, December 10, 2009

entri untuk Abg Din

Tahniah pada semua pendebat UPSI.. Kak Bibah (rank 3rd), Abg Johan (rank 9th), Abg Bae (rank 15th), Abg Din... pasukan muda Aini, Fawez, Suhaimi, Zack.... adik-beradik baru, Nora, Amir, Bihah dan Madi...

.

Royale Debate InterVarsiti 2009, Universiti Malaya dalam kenangan..


Pada Abg Din, Kamaruddin Ismail yang sekarang mungkin dah berlepas dengan kapal terbang untuk pulang ke Sabah, selamat maju jaya..dan terima kasih untuk segalanya...

.

My Catalyst, terima kasih untuk semua ilmu yang diajar dan dikongsi bersama, pengalaman yang dilalui, juga...kasih sayang..

Semua adik-adik debat pasti sayang pada kamu, abang terbaik.. walaupun kadang-kadang macam ayah mithali yang menjaga anak-anaknya yang ramai dan nakal-nakal.

.

InsyaAllah ada umur, jumpa lagi.. jangan lupa adik-adik famili debat bila dah posting nanti..

Selamat Berpraktikum..