setelah hampir dua tahun berkenalan dengan tasneem sayorwan yang manis, akhirnya dapat jua saya bertemunya hari ini. Hari yang amat bermakna. Hari yang amat meninggalkan kenangan persahabatan saya, tasneem dan azlan. Azlan? heh, terima kasih pada Lan yang dah bersungguh2 mengaturkan pertemuan saya dan neem setelah dua kali pertemuan yang sama dirancang tapi dibatalkan pada saat-saat akhir.
Hari ini..26 November 2008
Lan mengatur supaya kami bertemu di KLCC. Ada plan untuk kami berdua katanya. Plan? Hermm, ntah apa la Lan tu.
Malangnya disebabkan keletihan saya mencari bahan2 untuk membantu pasukan debat UPSI pd debat diraja nt, setiap hari saya cuma tidur pada selepas subuh. Cuba juga untuk melelapkan mata pada 4pg. huh!
Saya dan tasneem terlewat tiba di KLCC hampir 5jam. 5jam lewat!! hahaha.. Kasihan Lan terpaksa menunggu lama. Itupun setelah Lan berkali2 memberitahu saya supaya cepat tiba di KLCC. maaf la ye Lan..tg.malim-KL ni jauh agaknya.. Perak-KL kn? hihihi.. Padahal perjalanan dalam bas cuma lebih kurang 1jam saja.Lan ada supprise untuk kami berdua. Apa? hahaha
sangat mengejutkan!!
sangat mengejutkan!!
Lan bawa kami berdua lawatan sambil belajar ke Skybridge Twin Tower Petronas.
Haha, comel sungguh pertemuan kami dapat dirakamkan berlatar belakangkan pemandangan kotaraya Kuala Lumpur..
Ohh Lan..Terima Kasih!!
Lan memang seorang kawan saya yang skema. Unik. Mungkin juga pelik!
sementara menunggu masa lawatan ke skybridge tu, Lan mengeluarkan Rubic Games dari beg galasnya. Kemudian dengan muka bersungguh2, cuba menyelesaikan permainan susun atur itu. hahaha.. ketawa saya dan tasneem.
Kemudian kami perlu makan di Burger King, jenuh pelawa Lan berkongsi makanan dengan saya dan neem. Lan tetap menolak. dan dia mengeluarkan botol air dr beg galasnya utk melepaskn dahaga. waah!! sungguh comel. bawa bekal air. hihihi.. Saya cuba untuk snap gambar bekas air biru Lan itu, tapi x berjaya. huhu. ntah apa lagi yang ada dalam beg galas Lan tu.
Tasneem pula, memang seorang teman yang amat manis. Semanis madu. Selama mengenali Neem di laman FS dan YM, saya sangkakan Neem agak berisi orangnya...Ataupun lebih tinggi dan besar dari saya. Tapi..hehe..Neem cuma sebesar saya! Maknanya sama-sama kecik lah..
Saya amat suka memerhatikan tahi lalat comel di pipi gadis Thailand itu. Comel! hehe. Gaya selambanya memang sekepala dengan saya. Pening kepala Lan mahu melayan dua gadis alias kanak-kanak Ribena yang bersamanya.. Boleh pula saya dan Neem berlari-larian bermain buaian. dan juga keletah kami yang gemar amat menyakat Lan..
Akhir kata, terima kasih yang tidak terhingga pada Tasneem dan Azlan yang telah meninggalkan kenangan manis dan memori indah dalam diari persahabatan saya dengan kalian.
Moga ukhwah yang terjalin berpanjangan..