mereka yang tegar

Thursday, June 30, 2011

rencam nama

Ini kisah nama. Bukan hal nama saya. Bukan juga nama ayah saya. Ini cerita nama pelajar-pelajar saya.

Dulu semasa saya masih berstatus pelajar sekolah, waima pelajar matrikulasi mahupun pelajar matrik, pernah juga beberapa kali saya berkecil hati dengan cikgu-cikgu yang mengajar. Puncanya, mereka salah sebut nama saya, ataupun tidak tahu nama saya.

"huh apa lah cikgu ni. nama aku senang ja pun. Ain ja. tu pun tak boleh ingat"


"sampai hati cikgu taktahu nama aku. padahal dah lama dah dia mengajar aku"

Tapi sekarang, saya dah berada dalam kasut cikgu tu. Bukan pinjam kasut cikgu, tapi saya dah berada di tempat mereka. Sayalah cikgu, sekarang. Mungkin Juga esok dan akan datang, insyaAllah.
Saja tayang tag nama cikgu. Saya dan rakan serumah.


Rupanya cita-cita awal untuk mengingat nama pelajar dalam masa yang singkat adalah proses yang mencabar (bagi seorang guru pelatih yang comel dan kiut miut masih baru).

nama pelajar hampir serupa.

Nur Fatin, Fatin Farhana, Farhana Izzati, Syaza Izzati, Hazwani, Syazwana, Kanageswaran, Kanageswarry. Biasanya saya hentam saja sebut mana-mana nama yang terlintas, tapi lain pula yang berlaku.


"Boleh beri saya satu perbezaan meiosis dan mitosis?"

jeda tiga saat.

"Ya Dania? Kamu nak jawab? silakan"

ujar saya sambil memandang seorang pelajar perempuan. hairannya, satu kelas terpinga-pinga pula.

"Cikgu, saya Nabilah. Dania kelas 4 Sains 2."

"Oh yaka? kamu kembar ke? muka sama. haa tak apalah. apa jawapan kamu?"

heh heh heh. ayat cover line.

"Apa akan berlaku jika bla bla bla?"

jeda lima saat.

"Haa, Syazwan nampak berminat nak jawab. silakan Syazwan"


"haha. cikgu, nama dia bukan Syazwan la cikgu"



"eh bukan ka? maaf. haa Syamil, apa jawapan kamu"



"cikgu, saya Syafiq"


terpaksa cover line lagi.


Dalam pakaian sekolah, kebanyakan pelajar kelihatan sama dan serupa muka mereka. Huhu. Berada di hadapan kelas, saya merasakan pelajar-pelajar saya kelihatan seperti beratus-ratus kambing biri-biri putih yang mengadap saya. muahahaha.

Seakan variasi genetik tidak berlaku pula.

Pelajar Cina dan India juga kelihatan sama rupa dan wajah mereka di mata saya. adehh.


Selain itu, pelajar yang punya nama-nama biasa juga agak sukar untuk diingat. amira, ameerah, asyikin, syahirah, farah, syafiqah, syuhada, hidayah, liyana. Biasanya, bila saya main teka-teka dulu, akan ada nama-nama ini dalam kelas saya, cuma saya taktahu yang nama satu empunya nama.

Nama-nama yang saya mudah ingat, contohnya adalah nama yang kedengaran unik di mata dan telinga saya.

Dilip Kumar
Reuben Benedict
Crystal
Aleena Chitbanchong
Lim Eena
Mawaddah (kes pergi kursus kawen, ustaz penceramah selalu ulang sebut, keluarga mawaddah)
Idora Elina

sebenarnya, rasa rendah diri juga bila masih gagal ingat kesemua nama pelajar. wuuu.

Tuesday, June 28, 2011

alkisah rubi

kes satu

6.50 pagi

Ain : Wei ruby. aku baru nak pakai baju ni. hang pi dulu la. aku pi sendiri.
Ruby : (mode kalut-kalut) Haa okay. aku keluaq dulu naa. (ruby bermata panda pagi ini. stay up semalaman dan tak tidur agaknya, siapkan bahan-bahan nak mengajar, dan study)

saya segera bersiap-siap. Masukkan barang-barang dalam box belakang motor. kemas beg laptop. pakai tudung. pin nama cikgu tak dilupa.

7.10 pagi, saya keluarkan motor dari rumah, nampak ruby dan motornya masuk pagar.

Ain : aik? awat dengan hang?

Ruby : weiiiii....aku terlupa bawak beg laptop! dah sampai kat pagaq sekolah hang dah (SMK Ibrahim), baru perasan badan rasa ringan. terus aku pecut patah balik la. nak mengajar macam mana kalau laptop takdak.

Ain : Laa, lawak la hang ni. beg laptop sebesar alam boleh tertinggal. tak tidoq kot malam tadi?

Ruby : Haa, tu la. pening. tak cukup tidoq.


kes dua
(hari yang berlainan)

2.30 petang

saya dah balik rumah. letak beg laptop, buka jaket, tanggal tudung, kain baju kurung. terus berbaring di ruang tamu, buka TV3. lebih kurang lima minit saya bergolek-golek di depan TV, saya dengar bunyi motor ruby.

okay, ruby dah balik. ada la member nak sembang-sembang.

tiga minit....

lima minit....

lapan minit....

ruby masuk belum masuk rumah. hairan. dengan kehairanan saya menjengah ke luar rumah melalui tingkap,

"weh ruby. awat hang tak masuk lagi"

"ni haa..box motor aku takleh buka."

saya nampak ruby parking motor dia betul-betul di sebelah motor saya, dan dia sedang masukkan kunci dan pusing-pusing anak kunci box dia di box motor saya.

"weh hang pasaipa godek box aku"

"ain...aku taktau la paseipa aku takleh bukak box aku ni. aku rasa ada someone cuba nak bukak box aku kot. tak boleh ni. isk isk isk"

muka ruby dah pucat. saya nampak dia memang berusaha bersungguh untuk membuka box motor saya.

terus saya buka pintu dan menjengah keluar. nampak teksi dan mira baru balik sekolah.

"Ruby! hang pasaipa godek box motor aku?!"

saya mengulang tanya, dengan suara lebih kuat.

Jeda.

Nampak pergerakkan Ruby terhenti. Saya pandang dia. Dia pandang saya.

"Ya Allah!!! ni box motor hang. patutlah tak boleh bukak"

serentak tawa kami berdua berderai.

"wei aku pening wehhh. malam tadi tak cukup tidoq jugak",
adu Ruby.

hehehehe.

Thursday, June 23, 2011

seliaan pertama

Semalam, pertama kali saya diselia oleh pensyarah pembimbing.. Terima kasih Dr.Syakirah. Subtopik meiosis di kelas 4Sn2.

ini, saja nak share komen dari Dr.Syakirah.

Persediaan

- Objective are explicit
- Content are suitable for the objectives to be achieved
- Suitable strategies planned to achieved the LOs (Learning Outcomes)
- Subtaible skills identified to be implimented
- Suitable teaching aids prepared.

Perkembangan

- The engaging phase is suitable but give examples that is familiar to all
cikgu sungguh yakin menggandingkan diri sendiri dengan Aaron Aziz. haruslah kena booo kan. muahahaha


- Able to conduct teaching as planned, however need some 'pauses'...between on subtopic to another
- Able to create learning environment but need some improvement to control and manage the class
- May need to varies voice intonation. able to create interactions among students but need some improvement
- To give more attention on how to improve and checking the assessment planned
- Shows the understanding of the content but need techniques in explaining and answering questions
- Need to give attentions to the back, those who are sleeping and do not pay attention!

Sahsiah

Overall, shows ability to teach, however need to improve in ;

- controlling class
- explanation + instruction
- assessment technique
- voice intonation
- keep up with interesting teaching aids and activities.

Good Luck,
Dr.Syakirah

22/6/2011

Monday, June 20, 2011

lain mata lain pandang

ada kenalan yang komen, Ain Fathihah ini ada-ada saja. hal membeli ikan boleh dijadikan cerita blog. hal berak pun boleh dijadikan cerita juga. katanya lagi, saya agak kerap boleh mengemaskini blog sebab saya ada macam-macam perkara seronok/tidak seronok/best yang berlaku dalam hidup saya.

terfikir juga saya, adakah kehidupan sang pengomen itu mendatar dan tiada apa-apa yang berlaku?

sebenarnya, ini bukan soal dalam hidup kita berlaku banyak peristiwa atau tidak.
tetapi,

ini soal bagaimana kita memandang kehidupan.

ubah kebiasaan

dalam hidup ni, kita selalu ada perkara-perkara yang dah jadi kebiasaan. macam mana boleh ada perkara yang jadi kebiasaan dalam hidup ni? sebabnya perkara tu kira hari-hari buat, hari-hari ngadap, hari-hari lakukan.

Bila tak buat perkara kebiasaan dalam kehidupan harian kita ni, rasa macam hidup ni serba tak kena. ada yang tak lengkap. kebiasaan dalam hidup, tak semestinya benda-benda luar biasa. mesti lah perkara-perkara biasa, dah nama pun kebiasaan.

ada orang mesti kena minum nescafe susu masa sarapan

ada orang mesti nak picit jerawat sambil ngadap laptop

ada orang mesti nak jungkit kerusi empat kaki jadi dua kaki bila duduk

ada orang mesti nak basuh dan lap kereta hari-hari

ada orang mesti nak minum milo O panas sebelum tidur


macam-macam kan, lain orang lain ragam.


sebelum saya masuk UPSI, boleh dikatakan amat terlalu jarang sekali (tu diaa tatabahasa. marah cikgu BM) saya menggunakan jamban duduk. memang tak reti guna pun. kalau ada pergi tempat orang yang berjamban duduk, jamban duduk tu saya akan modify serta merta jadi jamban cangkung. apa lagi, naik mencangkung atas jamban duduk tu la... salah guna kan.

tapi itu dulu, masa badan masih cikonet, boleh la nak naik mencelapak atas jamban duduk kan.

sejak masuk UPSI, menetap di asrama Kolej Ungku Omar, mula-mula tu seksa jugak la nak guna jamban duduk tu. serius tak selesa. awal-awal dulu, sanggup tahan berak sebab takmau guna jamban duduk. huhu. kalau tengah sakit perut sangat-sangat tu, bila meluru masuk tandas, tengok aja jamban duduk, terus rasa tahi tu tersedut naik balik. muahaha, jijik pulak. terus rasa tak jadi nak berak.

sebulan di UPSI, saya terbiasa guna jamban duduk. malah, rasa lagi suka guna jamban duduk sebab tak lenguh kaki mencangkung. satu tahun di asrama, dua tahun di rumah sewa di sekitar UPSI, memang saya berjamban duduk bila mahu menunaikan hajat.

masalahnya, bila saya sesekali balik rumah atau pergi mana-mana tempat yang guna jamban cangkung, serius saya rasa sangat seksa mau berak. sanggup tahan berak sebab nak cari jamban duduk jugak. lihat, betapa mudahnya manusia berubah bila wujud kebiasaan yang awalnya dipaksakan.

sekarang ni, bila duduk rumah sewa, perkara yang sama berulang. awalnya saya bermasalah nak berak di jamban cangkung. huuu, lenguh rasanya. dan tak selesa. macam biasa, bila dah lama-lama, rasa dah biasa.

manusia. ma-nu-sia (apa yang kamu lupa). sengaja saya gunakan contoh berak sebab semua orang pun hari-hari mau berak. rasa lebih dekat di hati bila guna contoh begini.

macam tu lah kita, banyak perkara yang kita rasa payah nak terima, kita tolak mentah-mentah, tidak boleh tidak kita takmau benda tu.......tapi bila dah terpaksa, lama-lama kita akan biasa dan terbiasa. lalu menjadi kebiasaan.

kenapa?

sebab hidup ini dinamik. sentiasa berubah tapi masih stabil.

nota tumit : seperti biasa, entri saya perlu dibaca serentak dengan memikirkan perkara-perkara tersirat di sebalik penceritaan langsung.

takut terkena bayi

nota awal : ini bukan entri melucah. saya cuma nak ambil mood jadi cikgu Bio ni.


Sebentar tadi, saya merayau-rayau di alam maya untuk baca berita. hmetro, bharian, UtusanOnline, Harakahdaily, kosmo, tukartiub dan lain-lain web yang difikirkan wajar.

Semasa menjengah di hmetro, setelah baca berita global, tempatan, rap, bisnes lalu saya pun baca ruangan-ruangan lain. suka baca kolum bimbingan bersama Dang Setia dan soal jawab agama. Tak lupa, slot bersama pakar, pakar sakit puan/tuan, pakar jantung, dan pakar kanak-kanak.
(perasan tak saya tak baca ruangan sukan? hehe. memang tak pernah baca pun)


Semasa menjejak di ruangan Dr.Ismail Tamby, pakar seksualogi malaysia, saya sempat tergelak-gelak bila membaca satu soalan yang berbunyi begini;

Risau seks ketika hamil.
ISTERI kini hamil anak pertama kami dan usia kandungan mencecah tujuh bulan. Masalahnya isteri mahukan hubungan seks tetapi saya bimbang akan menjejaskan kandungan kerana takut terkena bayi di dalamnya.

oh.. hahaha. takut terkena bayi? terkena bagaimana? tercucuk bayi? adoi.

gelak, gelak juga. mari kita belajar sama-sama. maafkan saya sebab tergelak. huhu. orang yang tak gelak bermaksud mungkin orang tu belum tahu.

Sebelum saya pergi lebih lanjut, mari kita lihat secara pandang telus organ dalaman wanita, bahagian peranakan saja.

nampak tak bayi lidi tu? terketar-ketar lukis guna tetikus tau. haha. semasa akviti seksual, penis cuma boleh masuk setakat ruang vagina (corong faraj) saja. Bila ada fetus (fetus adalah bayi semasa dalam kandungan, bila dah keluar dari perut mak, baru panggil bayi, ok) hasil persenyawaan, fetus akan melepak di bahagian uterus (rahim).

antara uterus dan vagina, ada cervix (pintu rahim). baca ; pintu. pintu rahim.

Ni rajah fetus berusia 34 minggu. Dia lepak secara kuang balik. Placenta adalah uri. Umbilical cord tu tali pusat.

berbalik kepada soalan, secara logiknya, jika aktiviti seksual dilakukan semasa isteri hamil, penis tidak akan terkena fetus. sebab?

1. penis mungkin tidak cukup panjang pun untuk sampai ke pintu rahim.
2. kan ada pintu rahim, jadi penis takkan mengapa-apakan fetus kalian.

Air mani juga tidak akan menghampiri fetus, sebab makhluk manusia yang dijadikan Allah ni sangat kompleks dan menakjubkan sistemnya. Bila isteri dah hamil, akan ada selaput khas yang menutupi pintu rahim, yang akan menghalang kemasukan sperma ke bahagian rahim.

Jadi lelucon mengenai perbualan dua beradik kembar dalam rahim (pasal siapa yang sembur depa dengan air) itu adalah tidak tepat. haha. dah sah-sah la khayalan pereka cerita saja.

semasa di matrikulasi, saya baru dapat tahu saiz rahim ketika anak dara / tidak mengandung adalah sebesar telur ayam. wah, sangat kagum sebab rahim yang sebesar telur ayam tu sangat elastik sampai boleh memuatkan seorang fetus 3 kilo dan kuat menggeliat pulak tu.

sebelum ni tak tahu, sekarang dah tahu kan?

ngee tak sabar nak rasa ada benda hidup bernama Ain Junior dalam badanku.

Wednesday, June 15, 2011

lontaran vokal guru

Masalah biasa guru-guru baru adalah berkenaan dengan lontaran suara. Sayalah yang bermasalah tu. Masa dalam kelas, saya rasa macam saya dah habis kuat dah bercakap. Sampai rasa senak kat perut sebab berusaha nak kuatkan suara, tapi

pelajar-pelajar terutamanya yang kat belakang kelas komen suara saya tak jelas didengar.

huhu. kecewa di hati ku. rupanya suara saya tak cukup kuat dan lantang. masa presentation di UPSI dulu, saya rasa suara saya antara yang lantang. Tapi, ye lah kan, suasananya lain. Ini sekolah.

Dulu masa di UPSI, sesama kawan-kawan ni, semasa kawan duk membentang, yang lain diam dan mendengar. Dewan kuliah dan kelas juga dalam tempat tertutup. Gelombang suara tu tak pi ke mana.

Sekarang ni dalam suasana sekolah, ada sejenis hingar bingar yang payah dikenalpasti apa yang hingaqnya (hingaq = bising). Saya dalam kelas, perlu berlawan suara dengan kelas-kelas lain yang bising, dengan suara cikgu-cikgu lain di kelas lain dan suara pelajar saya sendiri yang nak rampas takhta cikgu sebab depa pun sibuk nak bercakap.


biasanya lepas habis satu kelas (kelas Bio dua masa, 40minit), memang tekak saya rasa perit. rasa nak terkeluar tali perut (bahasa apa ni tak ilmiah langsung tali perut), dan rasa nak terkeluar anak tekak.

Saya jujurnya cemburu dan ja-la-sa / yajlisu / jeles dengan cikgu senior di sekolah ini. ada yang sekecik-kecik badan saya ni, tapi suaranya jelas didengar dari hujung ke hujung court dan padang. Juga cemburu pada cikgu di bangunan sebelah yang suara dia mengajar dapat saya dengar dari bangunan bersebelahan. awwww! jeles.

Semalam semasa saya makan di kantin, sempat saya berbual dengan seorang cikgu sejarah ni. cikgu perempuan senior dan vouge pastinya.


"cikgu, macam mana nak bagi suara kuat taktau? students saya tak dengar suara saya la. tak jelaih depa kata"


"haha. biasa la tu cikgu baru. tu memang masalah guru-guru praktikum. pasai suara"


"habih tu saya nak buat macam mana ni? suara saya tak cukup kuat"


"nanti lama-lama suara Nurul automatik kuat. haha. tambah-tambah bila dah ada anak dua nanti, confirm suara jadi kuat. pasai duk jerit kat anak-anak yang duk berkelahi. haha. akak ni macam tu lah"


ngee, hehe.

nota tumit : Baba, tata nak dua anak! sekarang!

Monday, June 13, 2011

picit ikan

ini cerita mengenai tiga gadis pergi pasar. identiti sebenar gadis-gadis ini dirahsiakan. rasionalnya, risau bakal-bakal mak mertua terbaca entri ini. makcik-makcik zaman la ni boleh tahan juga bab-bab internet ni, kalah kita yang muda.

berbalik pada cerita,

pergi pasar, beli sayur-sayur, beli ayam. kemudian nak beli ikan. toleh sana toleh sini, banyaknya ikan. yang besar yang kecik yang panjang yang pendek yang nampak gigi yang macam ular macam-macam lah.

Gadis 1 : haa ikan ni weh. amik la sekati.
Gadis 2 : sekati ka sekilo?
Gadis 1 : tak sama ka? arr, setengah kilo dah la.
Gadis 2 : ok. hang amik la. nah bakul. pilih la weh.
Gadis 1 : aku jugak yang kena. (kata Gadis 1 sambil tangan menekan-nekan seekor ikan dan membalik-balikkan badan ikan tu sebelum dimasukkan dalam bakul)
Gadis 2 : weh hang duk picit-picit apa tu? ajaq la aku weh. aku tak reti pilih ikan.
Gadis 1 : hehehe. sebenaqnya aku pun taktau. aku buat-buat picit ja ni. aku tengok makcik depan tu duk buat macam ni. aku pun ikut la.
Gadis 2 : ....................... (tak terkata apa)


Gadis 3 tengah beli sayur.

sekian.

Wednesday, June 08, 2011

terima seadanya

Lima tahun lepas, saat masih mau berkenal-kenal dengan Fadzil, saya sempat tanyakan pada dia, kenapa awak dekati saya. Katanya, dia tertarik dengan kata-kata di ruangan profil Friendster saya,

'terima aku seadanya'.

dan kemudian kami saling mengikat kata, mari kita saling terima diri masing-masing seadanya kita.

Lima tahun berlalu, kami masih begini. status masih sama, saya masih cik ain. apa nak buat, encik Baba belum bagi permit saya mau menikah. haha. opss. dalam tempoh lima tahun ini, saya berubah. Fadzil juga berubah. Hidup sentiasa dinamik, bukan. apapun, pengikat kata 'terima seadanya' antara kami juga masih berjalan seperti biasa.

alam perkenalan antara saya dan dia sentiasa indah. alahai, mesti la indah, orang tengah dilamun sayang kan. kesempatan berjumpa sesekali baru ada. bersua mata cuma beberapa jam dalam satu pertemuan. petik jari, mudah saja berlakon dalam tempoh yang tak lama ini.

masa ini, saya lah intan, dia lah baiduri. kau lah yang terbaik untukku. hey jangan nak tipu, kita semua begitu.

katakan, saya ada rezeki berjodoh dengan fadzil dalam masa dua tahun akan datang. selepas perkahwinan juga, kata orang, masa inilah belang sebenar terdedah. selepas berkahwin baru tahu oh rupanya kau ni suka korek hidung calit merata. oh rupanya kau ni tidur pakai stokin sebelah. oh rupanya kau ni jenis seluar dalam bersepah. oh rupanya kau ni begini, kau ni begitu.

mungkin ini yang berlaku selepas tiga tahun perkahwinan,


suami : Ain, kenapa biar kain baju tak berlipat? pi la lipat sekarang, semak mata abang tengok.

isteri : eh abang ni kenapa hah? suruh-suruh saya pulak. saya tak suka la lipat kain. dari zaman anak dara lagi saya memang tak lipat kain.

suami : tu dulu, zaman anak dara. sekarang ain isteri orang, dah jadi ibu dah pun.

isteri : abang ni teruk tau! abang mungkir janji! dulu abang kata nak terima saya seadanya! sekarang ni abang nak paksa-paksa saya berubah ikut kehendak abang pulak! hantar saya balik rumah mak saya sekarang jugak! (sambil mengongoi-ngongoi menangis)

suami : pulakk dahh....

mungkin juga ini yang berlaku

suami : ain, ain masak apa hari ni. laparnya perut abang. tadi kat opis tak sempat nak makan la, sayang.

isteri : saya tak masak la hari ni.

suami : kenapa tak masak? abang lapar ni. pi la masak untuk abang ye.

isteri : abang ni kenapa? dah saya memang tak reti masak. masa mak abang meminang saya dulu, bapak saya dah bagitau kan saya ni memang tak reti masak. tapi mak abang cakap takpa takpa asalkan keja.

suami : yelah, tu tiga tahun dulu. takkan dah tiga tahun kawen pun, tak reti masak lagi kot.

isteri : saya takmau masak. saya tak suka duduk kat dapur! abang pegi makan luar je lah. kedai mamak kan banyak.

suami : nak masak kat suami pun berkira ke...

isteri : abang ni melampau! abang dah lupa ke janji abang dulu? abang kata nak terima saya seadanya kan! kenapa sekarang ni sibuk-sibuk suruh saya berubah? saya tak suka lah macam ni. ceraikan saya! ceraikan saya!

suami : pulak dahh....

(senyum).

ya mungkin ada pembaca yang senyum sinis baca entri ini. maaf ya, saya bayangkan pihak yang teruk dalam dialog bayangan saya adalah pihak perempuan. untuk ingatkan diri saya. apahal pulak sibuk-sibuk nak cari orang lelaki salah tang mana kan. hehe.


terima seadanya.

begitukah? adakah bila pasangan dah berjanji setia kononnya untuk menerima saya seadanya, bermakna saya boleh berbuat ikut suka hati saya, atas tiket pasangan saya katanya sudah bersedia menerima saya seadanya?

tak kejamnya saya pada diri sendiri, pada pasangan dan pada bakal anak-anak jika saya berkeras takmahu berubah atas alasan suami saya patut menerima saya seadanya saya?

kalau suami paksa saya berubah atas perkara-perkara yang diluar kawalan, logik juga lah saya mau membantah. kalau hidung pesek ini dipaksa dimancungkan, kalau rambut hitam ini dipaksa diwarnakan karat jingga, kalau kaki dua dipaksa jadi kaki tiga..

tapi, untuk perkara-perkara asas, seperti tanggungjawab dan amanah asas seorang isteri dan ibu, tegakah saya menafikan hak suami dan anak-anak, atas alasan,

terima saya seadanya.

hurm, terkadang madah cinta sering juga disalah guna, ya.

Monday, June 06, 2011

lengkuas adalah bapak tiri kepada halia

jam sebelas pagi hari ni, saya seorang diri tercangak di dapur. mula-mula tengok apa yang ada dalam peti ais. okay, ada ikan. keluarkan ikan, biarkan ikan yang sejuk beku tu mencair. sementara tunggu ikan cair, mari berfacebook.

hampir jam dua belas tengah hari, saya buat keputusan nak masak singgang (ada yang panggil masak pindang) saja ikan tu. hehe. biasalah gadis tak reti cekap memasak, kena la masak yang mudah-mudah saja.

setelah selesai mayang setengah labu bawang putih, maka saya selongkar peti ais cari lengkuas. jumpa dua item yang disyaki sebagai lengkuas. satu tu rupa halia. satu lagi tu saya syak sebagai lengkuas. hampir serupa (sebenarnya kelihatan hampir serupa cuma di mata orang yang jarang belek bahan-bahan untuk masakan. hehe)

lima minit jugak lah saya termenung di depan peti ais tu. jenuh fikir, belek-belek dan bau, isk yang mana satu lengkuas ni. dengan yakin hati, setelah jenuh tenyeh dua item tu di hidung, saya buat keputusan, yang ada ira-ira merah sikit-sikit tu, itu lah lengkuas.

masuk air, masuk ikan, asam keping, bawang putih yang dah dimayang, lengkuas yang dihiris, sedikit gula dan garam secukup rasa. bukak api (saya tulis jugak buka api ni sebab dah lima minit bahan-bahan ni ada dalam periuk, baru saya perasan saya tak nyalakan api dapur, muahaha). tutup periuk tu, dan tunggu sehingga siap dimasak.

sementara ikan masak pindang saya masak, saya goreng sayur, telur dadar. serba ringkas. opss, lupa tanak nasi. siap tanak, lauk pun siap.

Baba balik kerja untuk makan tengah hari, adik-adik pun ada. makan sama-sama. sapa-sapa pun tak komen masakan saya. hehe okay lah tu kan. lega..

Petang hari, baru ibu balik kerja. disebabkan lauk lunch dah habis, saya masak untuk makan malam pula. Siap masak, sementara nak tunggu magrib dan adik-adik (termasuk Baba) pi mandi, saya sempat sembang dengan Ibu.

saya : ibu, ibu tau tak tadi tata termenung lama depan peti ais, sebab duk bezakan lengkuas dengan halia. nampak serupa ja. pening tata nak kenal yang mana satu.

ibu : lengkuas? ada lengkuas ka dalam peti ais?

saya : ada lah. tadi tata guna buat masak pindang.

ibu : yaka? (sambil kerut-kerut dahi buat muka keliru)

saya : sat nak pi amik. (terus saya pergi dapur, ambil dua item yang disyaki tadi). haa ibu, tengok ni. betul la kan yang ni lengkuas kan. yang ni halia kan?

ibu : bukan la tata. dua-dua halia. satu ni halia tua. yang ni halia muda.

saya : laaaa yakaa!! patut la bau macam sama. tapi rupa tak berapa sama.

ibu : hehe. tu la ibu pelik. ibu tak pernah beli lengkuas pun, macam mana pulak lengkuas boleh ada dalam peti ais.

baba : hahahahaha.
ni lengkuas. pasti. ehsan google.

ni halia yang saya salah sangka sebagai lengkuas. awww, malunyaaa kat sudip.


biasanya saya guna halia yang rupa macam ni. taktau pulak ada halia pesyen lain.


nota tumit : shhhh..sapa-sapa yang baca ni, janji ya jangan bagitau bakal mak mertua saya? janji ya? hehe

Friday, June 03, 2011

angaukan seth tan

Sekarang ni drama Nora Elena tengah panas. Panas untuk peminat-peminat drama Melayu lah kan. Saya tertengok dan dah terlekat dengan drama ni. Baca ; ada imbuhan ter dua kali. Maksudnya tak sengaja ya.
Ter pertama sebab cik ruby seteru gaduh saya di rumah sewa yang kecoh pasal drama ni. Katanya cikgu-cikgu sekolah dia duk promote drama ni. Dia yang mula tengok, dan saya ni menumpang aja.

Ter kedua sebab Nora Elena ditayangkan dalam slot akasia tv3, jam 7.00, waktu sedang berehat-rehat sambil main masak-masak sambil tengok tv. waktu solat juga tu..

Saya baru selesai menonton episod 16 Nora Elena di TiubKamu. dan sejak tiga empat episod kebelakangan ni, habis je Nora Elena, akan naik status FB kawan-kawan saya yang berbunyi lebih kurang begini ;

Nak suami macam seth tan jugakkk!!

Harap2 pakwe aku jadi suami macam seth. love u, seth.

Biasalah, perempuan. Mudah teruja. Tambah-tambah yang gedik-gedik ni. Muahaha. Macam saya dan ruby (payah kalau tak sebut contoh, nanti ada yang terasa saya cakap depa gedik, nanti mula la nak emo-emo) Hehe.

Pernah sekali kami menonton berdua, sambil tolong Dida masak tomyam sayur + ayam.

"Ain, pi amik serai sat"

"ok, ok. sat lagi masa iklan noh."

masa iklan tu la terkocoh-kocoh depan rumah sewa mencocok serai untuk tomyam dida.

Masa iklan juga, barulah kami berdua menjenguk hidung di dapur. Tolong itu ini. Potong sayur, tanak nasi, goreng telor bla bla bla yang patut patut. Habis iklan ja, dua-dua lesap. Mencangak dengan tv, tinggal dida sorang-sorang kat dapur.

"tu diaaa hangpa dua ni",

usik dida. (taktau perli ka, usik ka. ambil yang positif la kan)

Bila ada adegan-adegan yang terasa comel dan sweet, serta merta saya kalih pandang ruby, ruby kalih pandang saya, dan serentak akan sebut,

"weiiii....suwitttnyaa!! nak kawen, nak kawen!"

intermission...ceh ceh.

Sedar tak sedar, drama-drama sebegini memang banyak mempengaruhi pandangan dan impian kita (terutamanya gadis-gadis. taktau lah pula kalau makcik-makcik pun teruja habis tengok aaron aziz) terhadap pasangan impian.

drama-drama romantik, juga novel cinta yang berlambak di pasaran seakan-akan mengikut silibus yang sama,

hero mesti kacak, sasa, lengan berotot, bahu lebar nak tumpang nangis baru best, ceo syarikat sendiri, kaya, romen-tik, sabar melayan kerenah isteri, hormat orang tua, ada unsur humor dan lain-lain ciri yang buat jantung gadis terdegup laju dan perlahan dalam masa yang sama.

maka gadis-gadis pun menyimpan impian dan harapan,

'ohh alangkah bahagianya hidup bila kawen nanti dapat suami sebegini'

bila ada drama lain pulak yang seakan sama temanya, dalam hati gadis akan tersemat lagi harapan macam di atas tadi,

'ohh alangkah bahagianya hidup aku bila kawen nanti dapat suami sebegini. akulah wanita paling bertuah'

dan angan indah ini disimpan bertahun-tahun sebelum melangkah ke alam rumahtangga. yelah kan kalau saya merengek nak kawen sekarang ni, kerat jari ayam la Baba saya tak bagi. huhu.

sayangnya, bila dah kawen, suami/isteri yang kita dapat, tak seperti yang kita bayangkan. kita nak suami kacak dan sasa dan wangi macam seth tan, dah yakin dah pakwe sendiri dah memenuhi spesifikasi, tapi bila dah kawen, rupanya bekas pakwe yang dah jadi suami tu jenis yang suka sepah-sepahkan seluar dalam yang dah dipakai. kat mana bukak, kat situ dia biar berlonggok.

kita nak isteri comel cun melecun macam siti saleha, betis pun putih mulus ja tapi rupanya bila dah kawen, bekas awek yang dah jadi isteri tu ketiak tengik rupanya, tambah-tambah bila baru bangun tidur. atau jenis suka kentot kuat-kuat dan sengih bangga dengan desible kentut sendiri.

ya, saya sedang ingatkan diri. saya punya mimpi-mimpi. tapi, itu mimpi. sky is the limit. setelah terjaga dari mimpi, saya harus selaraskan impian dan angan supaya tak terlalu menyimpang jauh dari realiti.

saya sedang ingatkan diri supaya bersedia untuk menerima, seadanya.

Thursday, June 02, 2011

rasa macam ada jadam dalam mulut

kata orang, kemaafan itu dendam terindah. kata orang juga, tak kiralah macam mana teruk pun orang sakitkan hati kita, aniaya kita, permainkan kita...cubalah maafkan. hidup dalam dendam dan sakit hati cuma akan buat jiwa kita makin derita.

tapi, itulah. itu cuma kata orang. sebelum alami, saya juga beranggapan demikian. kemaafan itu dendam terindah. orang buat salah kat kita, kita sakit hati, kemudian kita maafkan, lalu kita akan berasa lega.

semudah bercakap. dan semudah menulis.

saya dah cuba. setiap malam sebelum tidur, saya cuba maafkan mereka-mereka di sekeliling. ada kes-kes terasa hati yang kecil, yang picisan, memang mudah untuk dimaafi. sungguh, diri terasa tenang.

tapi, hal-hal yang terjadi di sekeliling saya yang mengubah definisi hidup saya 180 darjah, hal yang membuat saya mengubah hampir 70 peratus pandangan mengenai hidup... cukup susah nak maafkan mereka-mereka yang terlibat itu.

ikhlas, redha, sabar, tabah, terima seadanya.

setiap hari saya cuba hadamkan erti kata perkataan-perkataan ini.

gulp.

rasa macam ada jadam dalam mulut.