mereka yang tegar

Friday, May 27, 2011

11minit 23saat

Sabtu lepas, saya dah hadir ceramah Kurikulum Pendidikan Pemandu yang bosan + mengantuk untuk gadis-gadis yang tak begitu berminat nak ambil tahu pasal jalan raya ni. Tapi saya gagah-gagahkan diri dan mata untuk mendengar betul-betul apa yang diceramahkan. phewww..

Dasar cikgu, saya ambil tempat duduk paling depan dan paling tengah. Betul-betul mengadap penceramah haa..

Khamis seterusnya, saya pergi ambil ujian komputer. Betul-betul lepas balik sekolah. Kak Ida ejen dah menunggu di pagar rumah sewa jam 2.30. Masa saya sampai ke rumah sewa dari sekolah, tengok kereta Kak Ida dah ada. Saya cuma sempat masuk rumah letak fail, buku-buku, kertas exam yang perlu ditanda dan helmet. Terus mencicit lari masuk kereta.

Masuk ofis Rilek.com tu, letak IC, scan ibu jari, dan masuk ke bilik menjawab. Ada lebih kurang 10 PC di bilik tu. Masa saya masuk, ada seorang remaja lelaki sedang menjawab ujian komputer ni.

Sekilas saya memandang budak lelaki tu, sempat mendesis dalam hati,

'herm...budak. hanyir lagi ni. tak payah usha. cepat jawab test'

muahahaha.

Duduk di PC 9, saya key in nombor IC, dan mula menjawab. sebelas minit dua puluh tiga saat kemudian, saya dah bangun untuk keluar dari bilik tu. taktau kenapa saya jawab cepat-cepat, tak semak pun. masa tu fikir nak balik rumah sebab perut lapar.

Sebelum melangkah, saya ditahan lelaki tu,

"eh cikgu. cikgu. ni jawapan dia apa? tolong sat"

"haa? eh paseipa panggei saya cikgu"

"tu haa pakai macam cikgu. siap ada nametag lagi. confirm la cikgu. ni jawapan apa?"

"saya taktau la. kamu jawab sendiri lah"

"aii dah cikgu. takkan taktau kot?"

"yalaa saya taktau"

"cikgu mesti la kena tau semua. mana boleh cikgu taktau"

"memang lah. saya ni cikgu sains, bukan cikgu sekolah memandu."

acuh tak acuh saja saya menjawab. terus keluar dan jumpa Cik Jaga Kaunter, cetak slip keputusan. Sempat bangga sat saya dapat 46/50. Haha. Kalau tak lulus kena bayar lebih pulak, duit tuuuu.

dan saya pun balik makan.

Wednesday, May 25, 2011

Ain Fathihah di Sg.Petani

salam sayang. saya makin jarang online. empat lima hari sekali baru saya terasa nak tengok laptop. kasihan blog ni kurang kasih sayang. apa cerita terbaru saya ya?

1. saya dapat 12 waktu mengajar seminggu. tiga kelas Biologi tingkatan empat. setakat ni, mereka okay. P&P belum bermula sebab bila saya masuk sekolah, dah musim peperiksaan pertengahan tahun. habis exam, dah cuti pula. hehe.

2. saya baru terhegeh-hegeh nak ambil lesen. lesen motor okay. lesen kereta nanti dulu la jawabnyaa...huu. segan juga la duk baca buku JPJ tu dalam bilik guru masa takda kelas. hehe. sabtu lepas dah hadir kursus KPP enam jam. insyaAllah esok test komputer dan sabtu ni hadir ceramah teori motor pula.

sampai tertidur-tidur 'study' buku JPJ tu dalam bilik guru. tak pasal-pasal kena kejut dengan Guru Kanan Matapelajaran. Malu i. rasa nak sorok muka dalam handbag.

3. Saya serumah dengan Dida, Mira dan Ruby. setakat ni seronok di rumah sewa serba seadanya ini, walaupun hari-hari saya bergaduh dengan Ruby. hal cawan pun nak bertekak. saja masing-masing suka menyakat. Setakat ni, rumah sewa saya boleh dikatakan cukup keperluan asas.

ada peti ais (dida bawa), dapur (dida juga bawa), TV (mira bawa). nasib baik mesin basuh takda. hehe. peti ais hampir penuh sebab kami berempat rajin mengalirkan duit membeli stok makanan. muahaha. setakat dua minggu ni dah masak

nasi ayam (jenuh google nak tau cara-caranya)
tomyam (serai dan daun limau purut petik depan rumah)
sambal udang (edited : ruby bising kenapa saya tak kredit nama dia. okay, SAMBAL UDANG ROBIAH. sedap. mak bf ruby, dah boleh masuk meminang sekarang)
telur masak sos (muahaha yang ni tak perlu bagitau pun)
ikan jaket masak kicap. (sebenarnya hari tu saya nak beli ikan tongkol nak buat masak singgang tapi kes tak kenal ikan, masa beli pula berlagak pandai.)
agar-agar koktel
trifle (tak berapa jadi. ruby cakap tak best trifle saya. takpa, nanti cuba lagi)

4. sakit badan tidur atas tilam toto. ada sapa-sapa nak derma tilam pada saya tak? hehe

Tuesday, May 10, 2011

penyakit yeke

hal 1

tengah buat apa tu?

duk makan.

yeke...


hal 2

bila balik penang?

lusa. pukul 4.

yeke....


hal 3

macam mana nak buat benda ni?

macam ni, begini begitu bla bla bla.......(3minit)

yeke.....


hal 4

best sekolah?

alhamdulillah ok. pi sekolah primer daerah. student bagus belaka.

yeke.....


saya agak hangin dengan penyakit yeke.... ni. apa maksud sebenarnya ya? apa yang saya fahamkan, 'yeke...' ni diucap bila si penutur ragu-ragu atau mudah cakapnya, tak percaya dengan apa yang saya beritahu. adoi. kalau rasa-rasa nak ragu, tak payah la tanya, ok. rimas betul dengan yeke yeke ni. putaq pala, mau?

Monday, May 09, 2011

kenai dak anak saya?

hari pertama praktikum, hari ahad. almaklum sekolah kat kedah, minggu bermula dengan hari ahad. huuu tak dapat tengok dragon balls.

sampai sekolah, pergi pejabat untuk lapor diri. huii, pejabat sekolah serupa lobi hotel. cun. sementara menunggu arahan seterusnya, saya duduk dahulu di sofa yang ada di ruang pejabat. melihat cikgu-cikgu mulai masuk dan menulis nama di buku kehadiran guru. opss, takda punch kad ya. tradisional ni, tulis dalam buku kulit tebal.

tercangak-cangak la juga saya ni. dah la tak kenai sapa-sapa pun. bajet comel seorang diri di situ. tiba-tiba disergah seorang guru lelaki, sekitar usia 40an,

'Hah ni sapa ni?'

'salam cikgu. saya guru praktikum dari UPSI'

'awat kamu mai sini? pi balik, pi!'

erk, kecut perut tiba-tiba kena sergah macam tu. saya pula lancang menjawab,

'tak mau. saya nak mai sekolah ni jugak'

kemudian ada cikgu lain mencuit saya,

'takpa, takpa. dia ni memang macam ni'

huhu. kuss semangat. lebih kurang dalam 20 minit juga, saya memerhatikan cikgu lelaki tadi menyakat dan mengusik cikgu-cikgu lain yang keluar masuk pejabat. senak perut juga dengan gelagat dia. sambil itu, saya berbual basa-basi dengan cikgu lelaki ini.

menyebut soal umur, katanya saya sebaya anaknya. dua puluh satu. katanya lagi, anaknya di bidang pendidikan juga, tapi TESL.

oh, desis hati saya. cikgu ni duk promote anak dia pulak. kalau hensem mai adjust kat aku mai. tapi dalam hati cuma. muahaha.

sembang lagi pelbagai topik lain, tiba-tiba cikgu lelaki ni tanya,

'kenai dak anak saya?'

'anak cikgu kat UPSI ka?'

'dak aih. nama anak saya anwar hadi'

erm, jeda dua saat saya berfikir. anwar hadi. anwar hadi. ohh!!! ANWAR HADI.

kebetulan pula saya memang pernah terbaca sedikit sebanyak mengenai latar belakang anwar hadi dari blogger lain.

'err, ni ayah anwar hadi yang nama pakman tu ka?'

'haa, saya la tu. nama saya noor azman'

Friday, May 06, 2011

almari kain berzip

bulan lepas, dalam perbualan telefon dengan pakcik Padil, saya ada timbulkan soal nak kena beli almari zip untuk gantung baju-baju di rumah sewa nanti. kebetulan, si pakcik dengan baiknya mengaku dia ada almari jenis tu, dan dah tak digunapakai. maka mestilah dengan tak malunya saya minta pinjam almari tu untuk saya guna sepanjang praktikum.

4 Mei, pakcik padil berikan almari tu pada saya, diiringi dengan pesanan begini,

padil : guna elok-elok. jangan bagi rosak. jangan bagi koyak. jangan conteng!
saya : haha, yelah, tau lah. ingat ain ni budak-budak ke?
padil : memang pun.

Malamnya, bersama Kak Teh, saya cuba pasang almari tu. Ada batang-batang besi untuk disambung-sambungkan menjadi rangka almari. Jenuh saya dan Kak Teh membelek-belek dah cuba sambung sini sana, tapi masih takda rupa almari.

Dekat sejam, saya dah boring. Bebal dah. Malas nak buat. Tadi sebelum pasang, dengan berlagaknya halau Baba pi jauh-jauh sebab kononnya nak pasang sendiri. Ngee.

Saya boring, maka saya tinggalkan begitu saja komponen-komponen almari tu. 15 minit kemudian, tengok-tengok Baba dan Ibu dah hampir siap pasang dah almari tu. Ada rupa almari. Haha. Terima kasih, kalian berdua.

Sebelum buka balik almari tu untuk disimpan dalam kotak (pasang balik di Sungai Petani nanti), Baba suruh saya label setiap batang besi tu, untuk memudahkan pemasangan semula nanti. Tampal dengan tape.

lagu untuk tata

semalam atau dua hari lepas, adik bongsu saya, si kecil Adnin (5 tahun) dengan semangatnya mendapatkan saya. katanya mau nyanyi. spontan saya menyakat,

saya : eh, jangan nyanyi, nanti hujan!
adik : nak nyanyi jugak. cikgu ajar. ni lagu untuk tata tau.
saya : eh ada ka lagu untuk kakak belajar kat sekolah?
adik : ada. nak nyanyi ni.
saya : haa nyanyilah. (sambil buat-buat menutup telinga)
adik : dengar la, dengar laa.. (bergelut menarik tangan saya yang sedang menekup telinga)

adik : negayaku.. anah tumpahnya dayahku.. rakyat hidup, bercatu dan maju, rahmat bagia, tuhan kurniyakan, raja kitaaa, celamat berTATA.

saya : wah bestnya lagu cikgu ajar! (gelak guling-guling selepas bertepuk tangan)

nota tumit : adik saya ada sedikit masalah pertuturan. masih pelat walaupun dah 5 tahun.

Thursday, May 05, 2011

gaya

Makcik 1 : Sekolah tingkatan berapa ceq?
saya : tingkatan 3. (muka yakin)
Makcik 1 : Lah, keciknya. Tingkatan 3 dah. Ingatkan darjah enam.
saya : (senyum-senyum)

Makcik 2 : Kerja kat mana ni, dik?
saya : mengajar di Sungai Petani.
Makcik 2 : oh, cikgu rupanya.

Kakak 3 : Adik darjah berapa ni?
saya : ar..darjah enam. (sengih)
Kakak 3 : uihh, UPSR la tahun ni noh.
saya : ya, nak peksa.

Pakcik 4 : Assalamualaikum, cikgu, Mau kuih apa?
saya : nak campur-campur boleh noh?
Pakcik 4 : boleh, boleh. pilih mana mau.
saya : karipap satu, donut satu, lepat pisang satu. eh, kenapa panggil saya cikgu?
Pakcik 4 : gaya serupa cikgu.

nota tumit : semua dialog di atas berlaku dalam masa satu hari. hari ini. senyum. dan, rasa nak tergelak. hehe

konsonan R untuk saya

ada siapa-siapa rindu saya tak?
muahaha

(n_n)
.
.