mereka yang tegar

Sunday, February 27, 2011

bila ruangan forum UPSI menjadi sekadar tempat berniaga

Dalam duk sibuk mengadap proposal dan persediaan pembentangan proposal hari rabu depan, tiba-tiba tergerak hati saya nak melihat ruangan Forum pelajar di Portal UPSI. Seingat saya, dulu (semasa saya di semester 1 dan 2) ruangan Forum ni menarik. Banyak isu-isu pelajar yang dibincangkan di sini.

entah macam mana, disebabkan ruangan Forum ni dijadikan medan pelajar meluahkan ketidakpuasan hati kepada pihak pentadbiran, pengurusan kolej, pengawal keselamatan dan termasuk medan mengutuk golongan pondan UPSI, ruangan Forum ini dihentikan seketika. Segala post-post yang dilihat boleh mencemarkan nama UPSI, dipadam.

Selepas ruangan Forum dilancarkan semula, tiada lagi isu-isu pelajar yang dibincangkan di sini. Beberapa kali saya masuk portal, ruangan Forum di Portal UPSI menjadi tidak lebih dari sekadar tempat berniaga, mempromosi MLM, iklan produk kurus dan kecantikan, iklan kereta sewa dan promosi tiket bas balik kampung dan bla bla bla...yang saya rasakan langsung tidak bercirikan keintektualan.

Juga, ruangan Forum dijadikan medan mempromosi blog (semestinya untuk menaikkan trafik). Promote blog peribadi, blog download movie dan bla bla bla...

Entah macam mana, disebabkan masa muda adalah masa yang berapi-api (rhoma irama), saya menegur tindakan seorang pelajar yang mempromosi blog download movie beliau di ruangan portal. Mungkin di mata orang lain tidak salah, tapi di fikiran saya, tindakan itu semacam tidak kena pada tempatnya.

Sejak itu, saya pun dah tak pernah jenguk lagi dah ruangan forum pelajar di portal UPSI. Sesekali terlihat post-post Forum yang muncul di Home, semuanya berkisarkan iklan niaga. semata-mata!

dan malam ini, entah bagaimana tergerak hati saya nak menjenguk post-post lama di Forum UPSI ni, dan saya terjumpa satu tajuk Forum yang agak mengejutkan.

pesanan untuk Nurul Ain Fathihah Bt Mohd Roshidan (08 Aug 2009, 08:55 AM, Mohammad Farhan Bin Abu Talib )

Terus teruja nak baca. Bila dah baca, terus tergelak-gelak saya depan laptop. Haha. dalam gambar yang saya print screen, kecil kan, tak nampak tulisannya. ini teguran khas dari Farhan tu untuk saya,

salam...salah ke Hafisudin nk promte blog? atau awk yang jeles x de blog? kalau btl pun awk bdk debat, jgn la asyik nk kondem org je..msk dlu blog hafiszudin 2..macam2 ade bukan stakat nk download movie, ilmiah pun ade...tgk movie pun 1 cara nk release tension kat upsi ni, msg2 de cara tersendiri, jd jgn nk kritik org je..promote blog sendiri x salah pun, upsi x pnh larang pun...jd jgn nk bercakap je..pk dlu sblm cakap k..wasalam..

kih3..saya cuba mencari maklumat empunya nama di portal, search nama beliau, tapi tak jumpa. dah grad agaknya..

update : dah jumpa blog beliau..
dan facebooknya, http://www.facebook.com/DSfarhan

yang paling tak tahan tu, dia cakap saya jeleskan blog download movie orang sebab saya takda blog?

saya suka orang macam ni. haha. selamat berkenalan, farhan.
(n_n)

Thursday, February 24, 2011

satu mesej diterima


5 tahun lepas :


Masa ni baru-baru nak mengorat. Formal. Santun dan berlapik.

Salam. Apa kabar?
Wslm. Kabar baik. Abang?
Sihat juga, alhamdulillah. Dah makan?
Dah, pukul 2 tadi. Abang?
Abang pun dah makan. Macam mana belajar hari ni? Ok?

Bla..Bla..Bla...sampai lenguh jari menaip mesej di HP.

Kemudian :

Oit sayang, duk buat apa tu?

Salam. Apa oit-oit? tak reti bagi salam ka?

Wslm. Muahaha, oit tu panggilan manja tau. selain 'pakcik', 'oit' tu pun manja gak. Haha.

Isk. Ain kan perempuan. tak elok la oit-oit orang. Duk buat apa tu?

Duk bernafas. Abang?

Habis tu selama ni ain tak bernafas ke? Abang duk format laptop kawan ni.

Ooo, format free lagi ke? Apa la, amik la duit sikit. Nak berak pun kena bayaq 2kupang tau la ni.

Huh, apa berak-berak. Tak sopan. Sekarang ni duk promote servis abang dulu. Nak bagi orang tau abang boleh tolong format laptop. Nanti baru nak bisnes betul-betul. Strategi ni tau. Orang perempuan mana tau. Haa, ain apa habaq (khabar) hari ni?

Kabaq baik. Tapi ain tak habaq kat sapa-sapa pun. Habaq kat abang ja. Haha.

Isk, budak kecik ni loyar buruk noh!


Kemudian lagi :


Salam Pakcik!

Wslm budak kecik.

Abang apa kabaq? Busy?

Abang kabaq baik, tapi jangan habaq kat orang tau.

Haha, yela. Tiruuuu! Sihat ka?

Sihat, alhamdulillah. Selain bernafas & mesej abang, ain duk buat apa ni?

Duk golek-golek atas katil. Rehat. Penat la kelas hari ni. Huhu.


Akhir-akhir ini :

Salam. Abang apa kabaq hari ni?. Ain busy sikit hari ni. Penatnyaa.

Wslm. Sihat ja. Abang pun busy jugak. Takdan nak tegur ain.

.
.
.
.
(dah tertidur)

Semalam :

Salam. 'Selamat Pagi' untuk pagi tadi. 'Jom makan' untuk lunch & dinner tadi. 'Selamat malam' untuk sekarang sebab ain dah nak tidur. Wslm.
.
.
.
(sebelum dapat mesej balasan, saya dah berjaya tidur dengan cepatnya)


p/s ; Kepada Pakcik Padil, kamu sebahagian impian masa depan saya. Moga kita sama-sama berjaya menempuh tahun akhir pengajian dengan jayanya. Kamu juga dinasihatkan cepat-cepat dapat kerja, kumpul duit dan masuk meminang saya. Muahaha

Wednesday, February 23, 2011

refleksi kursus kawen (ahaha, pasal kursus kawen lagi)

saya kurang mood untuk berkongsi cerita mengenai ilmu yang saya dapat semasa kursus pra perkahwinan islam baru-baru ini. sungguh, tiada mood. kebanyakan info terasa terkena batang hidung, penyek hidungku dibambu sindiran bertubi-tubi, walaupun saya tak terlibat secara langsung dengan apa yang berlaku. eh secara langsung ke tak langsung ke, saya terlibat. watak saya ada dalam plot.

rasa nak teriak (nangis) bila para penceramah berkongsi pengalaman mereka sebagai konsultan di pejabat agama.

'facebook punca perceraian utama pasangan suami isteri hari ini.'
'apa kejadahnya seorang suami/isteri berfacebook selepas jam 12tengah malam'

ustaz, sudah lah tuuu ustaz! jerit hati saya. saya panas telinga mendengar. saya panas bontot duduk mendengar sindiran ustaz depan muka saya (kes duduk barisan depan sekali).

tanggungjawab dan hak suami/isteri.

(diam-diam mengeluh) sayangnya realiti tak serupa teori.

di slot terakhir kursus, ada ujian ringkas 40soalan objektif yang perlu dijawab. antara soalan yang buat saya rasa nak koyak kertas jawapan (sebab saya jawab salah) adalah ;

apakah yang perlu dilakukan oleh seorang isteri yang dikhianati suami?
A. melarikan diri daripada suami
B. menceritakan keburukan suami kepada masyarakat untuk mendapatkan simpati orang lain
C. menasihati suami, bersabar dan tetap menjalankan kewajiban sebagai seorang isteri
D. melakukan kecurangan yang sama supaya sama-sama fair & square


jawapannya C. huh. takmau bagitau saya jawab apa. yang pasti salah. apa nak buat, ilmu dibina daripada prior knowledge (pengalaman sedia ada).

kesimpulannya, saya dah dapat banyak ilmu di kursus kahwin selama dua hari (19 dan 20 Feb) yang lepas.. Alhamdulillah.

next, ujian saringan Thalasemia. ngeh3x!

Tuesday, February 22, 2011

muka fotokopi

Dua orang adik manis saya ini, bila disakat mereka punya muka fotokopi, masing-masing akan tarik muka masam. Takmau dikatakan sama.

Bila kami membelek album gambar lama, Adilah (Kakak) beriya-iya mengatakan gambar Amirah (Kak Uda) semasa kecil adalah dia. Bila dibandingkan gambar Kak Uda sekitar usia 3-6tahun, mereka memang sangat sama. Saya pun pernah menyangkakan gambar Kakak merupakan gambar Kak Uda.

Pernah dulu, semasa zaman anak-anak, saya pernah berfikir semasa Tuhan nak buat reka bentuk muka Kakak, Tuhan tekap muka Kak Uda kat mesin photostat untuk dapatkan salinan muka Kakak yang serupa. Hampir serupa. Err, mungkin juga sangat serupa.

Erk, beriya-iya saya membayangkan Kak Uda yang ditonyoh mukanya atas mesin photostat. Maka, hasilnya adalah serupa ini.
Mujur juga bila dah sekolah pandai sikit (perasan betul nih), saya dapat belajar genetik. dapat belajar trait (ciri-ciri) genetik yang diwarisi oleh anak-anak daripada induk.

Hehe. Sebenarnya, saya tengah rindu adik-adik. Saja godek-godek folder Youcam dalam laptop. Dan jumpa himpunan gambar adik-adik saya tengah bajet muka comey depan laptop, sambil snap gambar sendiri.

Saturday, February 19, 2011

Rukun nikah + 1

Rukun nikah dibahagikan kepada 5 iaitu,

1. Pengantin lelaki
Pangantin lelaki mestilah seorang Islam, baligh, berakal, tidak berada dalam ihram atau umrah, tidak dipaksa kahwin, tidak beristeri lebih dari 4 orang, lelaki yang tertentu dan perempuan yang ingin dikahwininya itu bukanlah mahramnya.

2. Pengantin perempuan
Pengantin perempuan mestilah seorang Islam, tidak berada dalam ihram haji atau umrah, bukan isteri kepada seseorang, tidak berada dalam iddah dan perempuan yang tertentu.

3. Akad (Ijab & Qabul)
Di antara syarat-syarat akad ialah lafaz yang digunakan mestilah lafaz khas yang membawa maksud nikah atau kahwin serta tidak diselangi dengan perkataan yang lain dari maksud nikah atau kahwin di antara ijab dan qabul. Tidak boleh diselangi dengan diam yang lama antara lafaz ijab dan qabul. Hendaklah bersamaan maksud antara lafaz ijab dan qabul. Lafaz ijab dan qabul tidak dikaitkan dengan sesuatu perkara serta tidak dibenarkan had atau tempoh masa bagi perkahwinan itu.

4. Wali
Syarat bagi wali ialah mestilah seorang Islam, baligh, berakal, merdeka bukan seorang hamba, seorang lelaki yang adil, tidak dipaksa, tidak berada dalam ihram haji atau umrah dan bukan seorang lelaki yang fasik.

5. Dua orang saksi
Syarat-syarat bagi saksi ialah mestilah beragama Islam, baligh, berakal, merdeka bukan seorang hamba, dapat mendengar dan melihat dengan baik, tidak pelupa atau nyanyuk, memahami bahasa yang digunakan semasa lafaz ijab dan qabul dan tidak terkena atasnya menjadi wali.

5rukun ini yang saya belajar semasa Pend.Syariah Islamiah tu..tapi di Malaysia, kita ada satu lagi tambahan iaitu

sijil kursus nikah kahwin

yeah, saya sedang mendapatkannya.. bila dah ada sijil nanti, cukuplah saya dah lepas syarat 2, 4 dan +1 itu. setakat ini saja yang termampu. hehe

Wednesday, February 16, 2011

LM

Saya mendaftar di UPSI pada bulan Julai 2008. Ikut perancangan, jika tiada tertangguh sem, terkandas, ulang subjek, saya akan habis belajar pada Mei 2012. Disebabkan saya dan rakan-rakan lain adalah generasi tikus putih, kami akan pergi Latihan Mengajar pada semester 7. Berbeza dari kebiasaan senior-senior terdahulu, LM pada semester akhir, iaitu sem8.

Hujung tahun 2010, ada diwar-warkan perubahan kalender akademik seluruh IPT oleh KPT. Ini bermakna, semester baru yang bermula pada bulan 7 dianjak pada bulan 9, dan semester yang bermula bulan 1, dianjak pada bulan 2. Bagi pelajar junior, saya senior tau, bajet bagus (semester 5 ke bawah), mereka akan habis exam sem ni bulan 5, dan akan kembali ke kampus pada bulan 9. hoho, 4bulan cuti sem! sempat kawen, ahaks!

dan bagi kami sem 6 yang akan pergi LM pula, wujud pertikaian 'takkan nak pi LM bulan 7. nanti mengajar kejab, dah dekat exam'.

jadi, pihak-pihak tertentu di UPSI telah mengarahkan kami pergi LM bulan 5. habis LM terus masuk sem8 pada bulan 9. jadinya kami dah jimat setengah tahun pengajian. Feb2012 dah habis belajar.

Masalahnya, ikutkan takwim, tarikh akhir exam semester ini adalah 30 April. dan, 2 Mei dah mula ROS dan kemudiannya LM. Hoho, kalut la saya dan kawan-kawan mengangkut khazanah pusaka dan sekalian bagai keperluan ke tempat LM.

untungnya dibuat begini adalah ;

1) Praktikal bulan Mei 2011 = posting pada bulan JUN 2012.

2) Praktikal bulan Julai 2011 = posting pada bulan JANUARI 2013


tapi ramai juga tak setuju dengan tarikh LM Mei ini, atas sebab2 yang difikirkan logik oleh kami. Bagi pelajar-pelajar Sains yang Projek Tahun Akhir mereka berkaitan penyelidikan sains bla bla bla yang memerlukan pertapaan di makmal, wujud persoalan bila masa nak buat semua-semua keja tu sebab kami takda senggang masa langsung antara semester.


kedua, masa kami berpraktikal nanti, loan PTPTN akan masuk ke tidak? duit tak ada, tapi aku mahu kawenn (Sweet September), macam mana dengan belanja? nak makan apa? kos LM?.


hehe, apapun, selamat menyiapkan proposal (proposal saya dah jadi pro-pasal) kepada semua rakan seBIO dan semua pelajar sem6..juga selamat berpraktikal.


p/s : saya kesibukan disamping perlu buat-buat sibuk setelah melihat semua orang sekeliling sibuk, jadi kurang kesempatan waktu untuk kerap update. rindu-rinduan ya! hehe

Wednesday, February 09, 2011

menghilangkan kepala hitam.

Tak semua orang dianugerahkan tuhan kulis yang halus mulus lagi muluk. Sesetengah orang saja yang dapat kulit muka licin gebu tanpa perlu buat apa-apa. Saya pula, setakat ini alhamdulillah, muka saya bukan jenis yang ada jerawat batu mahupun resdung yang merimaskan itu.

Cuma, kulit muka saya jenis cepat berminyak. Ini membuatkan saya berasa kurang keyakinan diri dan paras kecomelan terasa menurun...dumm! huhu. Kulit berminyak membuatkan muka saya nampak berkilatan dek sebum yang berlebihan itu. Kalau kilau emas mahupun duit, seronok la juga kan. Ini kilau muka, bling bling! kilau kepala botak Dr.Arba'at pula melambangkan keintektualan beliau.

Keadaan kulit muka berminyak mengundang masalah lain pula. Blackheads. Kepala hitam jika diterjemahkan secara literal.

Apa itu Blackheads?

Blackheads atau komedo adalah bintik hitam atau kekuningan yang muncul di sekitar hidung, telinga, dagu bahkan punggung. Erk, bontot pun boleh ada blackheads rupanya. Lepas google baru saya tahu. Blackheads terdiri dari keratin (sel kulit) dan sebum yang dihasilkan oleh kelenjar minyak. Biasanya blackheads tak ketara kelihatan di kulit wajah. Pandang dekat-dekat baru nampak. Walaupun dah dibersihkan, blackheads akan muncul kembali dalam masa satu hingga dua minggu.
Kesetiaan blackheads untuk muncul dan muncul lagi di muka menyebabkan saya ada hubungan cinta-benci (love-hate relationship) dengan blackheads ini.

Kenapa blackheads ni degil macam saya? Kulit kita terdiri dari ratusan pori-pori kecil. Blackheads muncul di pori-pori yang tersumbat. Ketika sebum, sel kulit mati, dan bakteria wujud di permukaan kulit, pigmennya akan berubah warna kerana teroksida. Tadaa! Maka blackheads pun terhasil.

How To Remove Blackheads?

Langkah mudah, beli saja strip removal di farmasi berhampiran. Kedai biasa pun ada. Biasanya orang guna Biore Cleansing Strips Pore Pack. Ponds pun ada produk macam ni.
Ini rupa pelekat tu bila dah ditempek pada hidung. Biarkan dalam 10minit, kemudian cabut.
Hasilnya akan kelihatan seperti ini.
Kotoran yang tersumbat di liang roma muka, akan ditarik keluar oleh pelekat tu.
Yuks! kotornya muka kita jadinya kalau tak dibersihkan. Bagi yang melampau banyak bintik hitam di hidungnya, pelekat akan kelihatan seperti ini selepas ditanggalkan.
Muahaha. Jangan tengok lama-lama. Saya geli tengok gambar di atas ni lama-lama. Semua gambar adalah ehsan google ya.

Selepas blackheads dinyahkan dari bertapa di hidung, liang roma di kulit muka akan kelihatan kecil. Kulit nampak licin. Nak berbedak pun cantik, tak bertampuk jadinya. Hehe.
Tapi produk sedia ada di pasaran tak semestinya rasi dengan semua orang kan. Ada juga kawan saya yang nampaknya tidak sesuai dengan Biore strips ini. Bila pelekat yang ditempek di hidung ditanggalkan, cuma ada beberapa batang blackheads saja yang nampaknya melekat di pelekat tu. Saya juga tak begitu puas hati bila guna Biore ni. CEO Biore sila ambil perhatian

Cara lain, pakai strip removal ni beberapa kali sehingga semua blackheads di hidung diyakini dapat dikeluarkan. Tapi (ceh, mesti ada tapi) sebagai pelajar sengkek peminjam PTPTpuN yang kena berjimat duit untuk kos makan, buku, print assignments dan simpanan kahwin ni, saya berasakan harga rm11.50 untuk 10keping pelekat Biore adalah mahal. Diingatkan, mahal itu relatif ya, dan bergantung pada jisim habuk yang ada di poket masing-masing.

Dua tiga hari lepas, semasa membelek kecomelan muka di cermin, saya dapati blackheads dan whiteheads muncul kembali. Pelekat Biore saya pula dah habis digunakan. Kemudian baru teringat petua senior debat, Kak Aini pasal masker telur.

Caranya, ambil putih telur saja. Takmau yang kuning. Pecahkah sedikit saja bahagian atas (?) telur (sila teka mana atas mana bawah pada telur) dan tuang putih telur dalam bekas. Ambil kapas muka, ceraikan satu kapas muka tu pada tiga lapisan nipis.

Ambil satu lapisan tisu tu, celup dalam telur dan goreng dengan api perlahan dan tempek pada bahagian hidung. Alang-alang, buang masker terus untuk semua bahagian muka. Dahi, pipi, hidung dan dagu. Kat lubang hidung, mata dan mulut tak payah tampal. Kat bulu kening pun jangan tampal!

Bila dah siap, biarkan masker tu kering. Sementara nak kering tu, duduk diam-diam. Tak payah bersembang, jangan tengok movie Kak Limah/Ngangkung/Raja Lawak mahupun makan gula-gula getah.

Bila masker dah mula kering, muka akan terasa keras. Mak Datin pakai botox rasa macam ni kot. Nak senyum pun tak mampu. Tarik masker perlahan-lahan. Nak rentap sekaligus kuat-kuat pun boleh. Dua-dua pun sakit. haha.

Hasilnya sangat memuaskan hati!

Selamat mencuba.

Monday, February 07, 2011

kursus

Latar Masa : Selepas makan tengah hari

Latar Tempat : E-1-1 Kompleks Institusi Pendidikan, Jalan Mount Erskine, Tanjung Tokong, Penang.

Penutur dialog :

Ain Fathihah sebagai anak perempuan
Baba sebagai ayah lelaki

Anak : Baba, bukak cuti ni Pusat Islam UPSI anjurkan kursus kawen. Tata nak pi, boleh? lapan puluh ringgit ja. kat luaq lagi mahai kan?

Ayah : Erm, pi la amik. Tapi awat tak amik sem lapan nanti? sekarang baru sem enam kan?

Anak : Ala, kena amik siap-siap la. mana tau kot-kot ter-nak kawen masa sem tujuh nanti. hehehe.

Ayah : Gatai.

Thursday, February 03, 2011

kasut

adik lelaki saya yang di semester 4 UDM, beli kasut harga beratus. kasut Justin Bieber katanya. Supra. entah, saya taktau.

"wow! lawa", kata saya. sambil tunjuk muka jeles.
'kenapa beli kasut baru?' soal saya. masih berbaur cemburu.

'kasut Angah rosak' , balasnya.

'kasut yang rosak tu baru pakai berapa lama?

'sejak form two'

erkk. diam terus.

hehe. tak mau jeles dah. dia beli kasut harga ratus, pakai bertahun-tahun.

orang perempuan, tiap kali buka semester baru, mesti mau kasut baru. kasut kuliah lain, sandal jalan-jalan lain, selipar nak pakai biasa-biasa pun lain. biasanya saya beli kasut nak pakai ke kuliah yang harganya tak sampai rm50. itupun terasa mahal. huhu.

tapi, boleh kata setiap hujung semester, kasut yang dibeli awal semester akan rosak. tercabut tapak la, koyak la, tapak tembus la...mau takmau kena juga beli yang baru.

eleh, kalau tak rosak pun, dekat hujung-hujung sem, saya akan berlasak-lasak supaya kasut kuliah semester tu rosak, dan semester akan datang boleh beli yang baru. hehe.

Tuesday, February 01, 2011

cikgu khairana

semalam saya dan Mira pergi sekolah lama kami, SMKA (P) AlMashoor. Saja la pergi jumpa cikgu-cikgu. Ambil berkat sebelum buat macroteaching. hehe

'assalamualaikum cikgu khairana, apa kabaq?'
(sambil menunduk bersalam n cium tangan cikgu)


cikgu : hah, kamu ni dulu pengawas yang selalu datang lambat tu kan?
(kata cikgu selepas memerhatikan muka ku beberapa saat)
dushh, kena sebijik kat saya. muahaha.