mereka yang tegar

Sunday, February 28, 2010

Aku Gadis yang Tak Cekap Memasak

Kebanyakkan lelaki (baca : tak semua lelaki) meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama. Tak kira lah, wanita itu belajar setakat SPM, Ijazah, Master mahupun phD sekalipun.

 

Bak kata orang, tak lengkap diri seorang wanita kalau tak tahu memasak.

 Tapi, kadang-kadang saya rasa ada lelaki yang sangat ‘high demand’.

 

Ciri-ciri isteri idaman ku (lelaki itu) adalah:

-Cantik, muka cun body mantap

-Berpelajaran tinggi (yelah diri sendiri tak lulus SPM maka mahu secerdik-cerdik isteri untuk mendidik anak-anak)

-Pandai masak (mesti pula rasa masakan harus sama hebat dengan mak sendiri)

-Berkerjaya (berkerja dan bergaji besar. Baru lah boleh menumpang gaji isteri kan)

-Tahu agama (solat & puasa cukup. Boleh ajar anak-anak mengaji Al-Quran sendiri di rumah)

 

Huhu. Punyalah banyak criteria yang dimestikan A+.

 

Sebagai seorang gadis yang tak berapa mahir di dapur, saya memang takkan menafikan kepentingan suri untuk memasak dan menyediakan makanan untuk keluarga (terutamanya suami).

 

Saya pernah baca, cara seorang isteri menjaga suami, adalah dengan menjaga perut dan bawah pusatnya. Maksudnya, isteri tu perlu menjaga makan-minum suami, dan juga keperluan seksnya.

Erm erm, abaikan dulu yang pasal bawah pusat tu. Ahaha, entri ni nak cakap pasal jaga perut suami.

 

Orang dulu-dulu, kalau tak pandai memasak, takkan boleh kawen. Yelah, memandangkan wanita dulu yang sangat berperanan dalam menjaga hal ehwal rumahtangga.

 

Tapi, zaman sekarang, apabila ayah si bakal pengantin perempuan beritahu bakal besannya,

“ni anak kami ni tak reti memasak”

Jawabnya,

“tak apa, tak apa. Yang penting bekerja”

 

Hoho, zaman no money no talk. Cari isteri pun, mau cari yang bekerja dan ada pendapatan sendiri. Sekurang-kurangnya, kurang sedikit beban suami menanggung kos hidup. Itupun kalau isterinya mahu berkongsi gaji.

 

Kalau si isteri berprinsip ‘duit kau, duit aku. Duit aku, duit aku. Jangan minta-minta’…. Haa, botak cepatlah si suami.

 

Tak Reti Masak, Tak Boleh Kawen Kah?

 

Mama saya selalu membebel bila melihat keculasan saya masuk dapur.

“isk, nak masak pun tak reti, dah gatai nak menikah”

“Tata, cuba-cuba lah belajar masak. Nanti dah kawen kena berletiaq dengan mak mertua baru tau”

“kalau sanggup tahan telinga kena marah dengan mak mertua, haa tak payah lah belajar masak”

 

Hehe, intipati bebelan adalah :

Kalau tak reti masak, akan ada kesusahan selepas berkahwin nanti.

 

Selalunya saya akan menjawab nakal,

“takpa, nanti dah kawen mesti boleh masak”

“ala, Tata nak belajar masak dengan mak mertua lahh”

 

my dad my hero

Err, boleh tak saya nak cari suami yang pandai memasak?

Haha, belajar masak dengan suami sendiri, mesti lagi romantik kan?

Thursday, February 25, 2010

jawab tag blogger No One Knowzz

Tiba2 kena tag dengan mira. Budak bilik depan saya. Heh, sebelum-sebelum ni saya memang sangat malas nak jawab tag (& takkan jawab pun), tapi, sebab tag ni mira yang bagi..saya jawab jugaklah..

 

Jawab dengan tak ikhlas, takut plak kena halau keluar rumah. hehe

 

ADAKAH ANDA RASA ANDA HOT??

Semestinya YA! Tengah demam ni, badan pun suam-suam hangat ja

 

UPLOAD WALLPAPER PC/LAPTOP YG ANDA SDG GUNAKAN SEKARANG...

 

CERITA PASAL GAMBAR...

Desktop background yang dah sedia ada daripada Window 7.

 

BILA KALI TERAKHIR ANDA MAKAN PIZZA...

Minggu lepas kat QB. Apa QB? Queensbay.. masa reunion dengan sahabat2 sekelas. Tu pun sampai lambat dan makan pizza yang dah sejuk gila dah.

 

LAGU TERAKHIR ANDA DENGAR....

Lady Gaga..tak pasti mana lagu terakhir..antara Bad Romance, Paparazzi, Telephone @ Poker Face.

 

APA YG ANDA TGH BUAT SELAIN MENYELESAIKAN TAG INI???

Sikat rambut.

 

SELAIN DRPD NAMA SENDIRI ANDA DIPANGGIL NAMA  APA??

Ain. Tata (family). Almost…..budak kecik.

 

TAG LAGI 8 BUDAK

1.belalang

2.rama2

3.kumbang

4.katak

5.tikus

6.pacat

7.seladang

8.rusa sambar

 

SIAPAKAH ORG NO 1 KPD ANDA?? (alamak, dah isi 1-8 baru perasan soalan ni..malas nak tukar, jawab je lah)

Mangsa tangkapan esok pagi. Untuk lab project Animal Physiology

 

KATAKAN MENGENAI ORG NO 5

Teringin nak bedah dia lagi. Nak yang besar-besar macam masa matrik dulu

 

NO 3 ADA HBGN DGN SIAPA?

Kumbang? Kumbang mungkin ada hubungan dengan bunga.

 

BAGAIMANA PULA DGN NO 4??

Tak dapat diluahkan dengan kata-kata. Tengok je lah gambar ni

 

PESANAN KPD ORG NO 6

Hisap darah baik-baik ya.. dah kenyang, sila jatuh sendiri

 

KATA2 CINTA UTK ORG NO 2

Sori lah hari tu tangkap kaum hang, tapi banyak pulak sayap yang rosak. huhu

 

ADAKAH NO 7 & 8 MEMPUNYAI PERSAMAAN?

Dua-dua ada di Pusat Konservasi Hidupan Liar, Sungkai

 

BERIKAN 5 YG ANDA TAU TTG ORG YG MEN'TAG' ANDA

Mira. Cool beb. Nampak ja skema, tapi okay sikit ja dari ku. Kawan dari sekolah, lepas tu pi matrik Penang sama-sama, then masuk UPSI sekali, jadi classmate. Tapi tak penah rapat sangat pun! Banyak yang ku tak tahu pasal Mira ni. Apapun, berkawan tanpa syarat.

 

PERSAMAAN ANTARA KAMBING DAN LEMBU

Dua-dua terpaksa merelakan kantung susunya diramas2 oleh manusia masa nak perah susu.

 

PERASAAN ANDA TAG INI?

………….(nothing)

 

ADAKAH ANDA TAU SI RAZMAN ITU SENGAL?

Razman? Ex-boyfriend ku yang mana satu ni? haha

 

GAY OR LESS??

Both bukan. Apa punya soalan laa tanya macam ni. Hey hey! Aku wanita normal dan semestinya bernafsu pada lelaki.

stress! jom terjun lombong ramai-ramai

Semalam, sedang saya berusaha gigih menyiapkan tugasan PBL dan sambil-sambil layan FB, tiba2,

“ Woi ain ketot! Ko ingat ko bagus tak update blog seminggu?”

 

Arr? Kenapa tiba-tiba kena marah sebab tak update blog ni….huhu.. rasanya orang tu (nama dirahsiakan) tengah stress dan nak lepaskan kemarahannya pada saya. Alasan nak marah? Sebab saya tak update blog! Ciss kamu.

 

Okay, memandangkan ramai sangat orang sekeliling saya tengah stress dengan dateline assignments yang berlambak-lambak dan mencekik tekak, jom kita cakap pasal stress.

 

**Bahan diolah semua daripada blogger Pesonatasia dengan gaya bebas oleh Cik Ain Fathihah.

 

Stress? Pressure? Tertekan? Ditekan? Menekan? Paku tekan?

 

Tekanan dalam hidup memang tidak boleh dielak tapi jika diurus dengan baik pasti tidak akan memberi kesan kemudaratan. Jangan sampai, tertekan sikit nak lari dari rumah, tertekan sikit nak bunuh diri, tertekan sikit nak terjun gaung. Oleh itu adalah cukup penting bagi kita mengetahui cara menguruskan tekanan.

 

Namun begitu tahukah kamu bahawa emosi yang banyak memainkan peranan dalam mempengaruhi perjalanan hidup seorang individu.

 

Sama ada gembira atau bersedih, kamu yang menentukan. Jika jamu memilih untuk gembira, lalui hari dengan ceria. Bukan sahaja riak wajah muka lebih tenang (juga sedap mata orang sekeliling memandang) tetapi juga tidak memudaratkan anda.

 

Kalaupun kamu tidak gembira hari ini, usah berusaha untuk menayangkan muka cemberut kamu pada satu dunia. Simpan elok-elok moody kamu itu dalam poket, dan uruskan dengan baik. Orang sekeliling mungkin muak untuk tengok muka moody kamu hari-hari.

 

Ramai penyelidik berpendapat bahawa perasaan positif terutamanya gembira, boleh dipupuk dan dirangsang dengan mengawal perasaan negatif seperti geram dan marah. Apabila berjaya menghindarkan perasaan negatif, perasaan positif boleh dipupuk dengan dirangsang.

 

Untuk mendapat kegembiraan, kamu perlu selesa dengan diri sendiri dan menerima kelebihan serta kelemahan diri dengan hati yang terbuka. Tidak perlu berasa rendah diri terhadap kekurangan yang dimiliki dan yakinlah bahawa setiap anugerah Allah adalah sempurna.


Jadi, bagaimana kamu menguruskan stress?

Tuesday, February 16, 2010

Tuk Ba, plug dan soket

Masa : Tengah hari

Tempat : Ruang tamu

Watak : Baba, Tata, Kak Uda

 

Tata : Baba, rumah kat Sungai Petani tu nanti, tukar la plug (sepatutnya soket) kat bawah. Rendah sikit, tak semak.

 

Baba : uishh mana boleh. Buat plug kat bawah, nanti budak-budak tarik. Bahaya.

 

Tata : Kan kita nak pindah lambat lagi? lagipun mana ada budak dah. Adik Nin kan dah besar.

 

Baba : habis tu....anak-anak Tata la nanti pakat duk tarik wayar plug lah, apa lah.

 

Tata : anak Tata? Erk?

 

Baba : yelah, bukan lama mana dah pun. Lagi empat lima tahun ja pun lagi. Tata dah ada anak dah. Anak Tata. Anak Kak Uda. Jenuh pulak nak kepung budak-budak yang nak tarik plug, plug rendah senang la depa nak capai.

 

Tata : hahaha. Nanti anak Tata nak panggil apa eh kat Baba?

 

Baba : Sidi. kat Mama panggil Siti. Macam makjang.

 

Tata : takmau, tak best. Lain?

 

Baba : Tokwan la, dengan Tok.

 

Tata : Huhu, tak mau la. Tak glemer.

 

Baba : Habis tu?

 

Tata : Panggil la Tuk Ba dengan Tuk Ma. Hehe

 

Baba : Ala, susah-susah sangat, panggil ja Baba Mama, dengan Mama Mama.

 

Tata : hah? Macam mana tu? Panjangnya nak panggil.

 

Baba : yelah, macam tu la senang. Kalau anak Tata panggil kat Tata, umi.. maknanya panggil kat Baba, Baba Umi, kat Mama, Mama Umi.

 

(saya dah makin blur..tak faham..tak faham)

 

(Kak Uda tengah masak kat dapur, mai menyampuk)

Kak Uda : haha. Habis tu Baba, kalau anak-anak Kak Uda panggil Ibu, anak Tata panggil Umi, anak Kak Teh panggil Mak, nanti Baba ada banyak nama.

Baba Umi

Baba Ibu

Baba Mak

 

Tata : erghh, tak mau! Tak mau! Pening. Panggil Tuk Ba dengan Tuk Ma, sudah.

 

(okey, lagak sembangnya macam Baba saya dah ada cucu yang tengah belajar bercakap dan panggil-panggil orang ja kannn...)

Tuesday, February 09, 2010

2 messages received

1 message receive

Asyraf

09/02/2010

10:16 am

Salam, sila berjumpa dgn Dr.Haniza pd pukul 3 petang ini di BC

*BC=Bangunan Canselori

 

1message receive

Stanley

09/02/2010

12:04 pm

Cuma nak ingatkan, nanti pukul 3 ptg ada meeting dgn Dr.Haniza di bilik Dr. Harap dapat ingat, TQ.

 

Iyaa, sudah sangat ingat ni.. terima kasih kumbang berdua dari kelas ku yang sangat prihatin ini.

Sunday, February 07, 2010

manusia berpasangan, bukan mengawan

Siapa kata subjek sains semata-mata bersifat saintifik tanpa ada kaitan dengan kehidupan? Tipu, tipu, tipu. Sains lah yang paling berkaitan secara langsung dan tidak langsung dengan kehidupan.  

 

Semester ini, saya suka masuk kelas TBE3013 Ekologi. Rasa macam masuk kelas tatacara kehidupan. Dr.Husni, sangat berperanan mengaitkan konsep-konsep Ekologi dengan kehidupan seharian kita. Menarik, kelas pun tak mengantuk. Err, menguap itu ada juga sekali-sekala.

 

Antara konsep Ekologi yang paling melekat di hati saya adalah semasa kuliah minggu ke 3, Types of Mating System. Fokusnya pada haiwan. Tapi tak salah kan manusia belajar daripada haiwan.

 masih berfikir apa kaitan siput ni dengan entri. saya letak sebab saya rasa siput ini comel

Sekurang-kurangnya haiwan makhluk yang sentiasa berzikir pada Allah, berbanding saya ini yang mulut mengomel-omel menyanyi ‘i want nobody nobody but you, lalala’ sambil cuba tiru aksi tari Wonder Girls yang lincah tu.

 

Types of Mating System = Jenis Sistem Berpasangan (betul ke terjemah terminologi ni hah?)

(*baca : mate itu merujuk pada proses mengawan ya)

 

1.Polygyny (poligami)

Ciri-ciri :

Male mate with more than one female (satu jantan berpasangan dengan lebih dari satu betina..mungkin 2, 3, 4 dan seterusnya)

Sumber makanan dan habitat dikuasai oleh jantan. Maka, si betina yang mahu menumpang makan dan tempat tinggal akan menukarnya dengan seks dengan si jantan.

Tak tahu lah pulak kalau ada dialog dari Harimau Jantan (contoh),

 

“can I f**k you today?”

“yes, i do.. aummmm!”

.. dan si betina boleh dapat daging(makanan) yang diburu oleh Harimau Jantan, setelah mengawan dengan si jantan.

 

Dan kalau si betina takda mood nak mengawan pun, akan ‘dipaksa-rela’ jugak oleh si Jantan.

‘seks atau nyawa?’

‘atau!’

 

Dalam sistem mengawan jenis ini, biasanya bilangan haiwan jantan lebih sedikit dari betina. Betina banyak, kenalah kongsi jantan yang ada sikit ini.

 

Pasangan jantan dan betina ini tidak terikat untuk seiya serasa sehidup semati. Si jantan boleh ‘tabur’ benih merata-rata, dan blah.

Tanggungjawab menjaga anak adalah sepenuhnya tanggungjawab si betina.

 

Ain Fathihah, malu lah i. geget kang!

Ini sunnatullah, lumrah alam haiwan begitu, jangan pula kata Si Jantan ini kasanova dan Si Betina itu jalang.

 

2.Monogamy (monogami)

Ciri-ciri :

One male mate with one female.

Satu jantan, satu betina. Ewahh, dah macam kempen menteri wanita menentang poligami dulu tu, ‘satu suami, satu isteri’.

 

Taburan sumber makanan dan habitat adalah seragam. Tak ada mana-mana gender yang menguasai makanan dan kawasan.

 

Si Jantan akan setia dengan Si Betina dan sebaliknya.. seumur hidup mereka bersama.

Haiwan jenis ini sangat bagus dalam Pendidikan Keibubapaan. Maknanya, dua-dua akan sama-sama jaga anak, dan membesarkan anak itu dengan penuh kasih sayang, hehe.

 

Jumlah si Jantan dan si Betina adalah hampir sama banyak.

i'm lucky i'm in love with my bestfriend

Contoh haiwan : Burung-burung.. tahu kan Swan sangat setia. Lovebird pun. Kalau seorang seekor mati, tak lama kemudian pasangannya pun akan mati juga.

 

3.Polyandry (poliandri)

Ciri-ciri :

Dah boleh teka dah kot? Female mates with more than one male. Satu betina mengawan dengan lebih dari satu jantan. Ini juga bukan jalang mahupun sundal. Ini hukum alam, bagi haiwan ya.

 

Biasanya, si Betina adalah lebih dominan, dan menguasai sumber makanan dan habitat. Bila dah macam, si Jantan lah kena jaga anak. Wuu, Mr.Mama.

 

Contoh haiwan : spesis ular tertentu... Anaconda, tahu? Semasa proses mengawan, satu betina akan dibelit-belit manja oleh lebih dari satu jantan, untuk mensenyawakan benih mereka. Err, mungkin si Anaconda jantan tak cemburu, okey lah tu kan.

 

Nilai Pengajaran :

*sangat berguna untuk perempuan*

 

Masa dalam pantang bersalin, si isteri jangan balik kampung duduk rumah mak. Pernah tak kamu baca suratkhabar, beritanya begini

 

“isteri dalam pantang kecewa suami di tangkap basah”

“hancur luluh hati saya apabila suami kahwin baru semasa saya dalam pantang anak pertama”

 

Sebab? Bila suami isteri tak sama-sama jaga anak, si suami akan ada masa dan tenaga yang berlebihan untuk pergi mengawan menggatal dengan perempuan lain. Yelah, terabai kan...isteri 100hari di kampung, makan pakai suami tak terjaga, dan suami akan cari alasan ‘gersang’ untuk bermukah. Kononnya, sakit kepala 100hari tidak dapat 'bersama'

 

Haa, kalau boleh, semasa tempoh berpantang, pastikan ada penyertaan dari suami. Biarlah sama-sama berjaga malam melayan si anak menangis, atau si suami kena bangun malam pi bancuh susu anak (atau tukang kejutkan isteri bangun untuk menyusukan anak)

 

Bila suami dah luangkan masa dan tenaganya sama-sama jaga anak, tak sempat aih dia nak pi menggatal dengan perempuan lain. insyaAllah.

 

Hehe, saya sangat suka bila Dr.Husni bagi tips ni.

Sekian, jumpa lagi.

Wednesday, February 03, 2010

umpan terbaik untuk hasil yang 'besar'

Budak kecik yang nakal,

Patut campak dalam tasik,

Untuk umpan ikan besar.

bayang-bayang dalam tasik tu, original ya. bukan edit guna Photoshop.