mereka yang tegar

Sunday, January 31, 2010

berita kepada kawan

Perjalanan ini
Terasa sangat menyedihkan
Sayang engkau tak duduk
Disampingku kawan

Banyak cerita
Yang mestinya kau saksikan
Di tanah kering bebatuan

Tubuhku terguncang
Dihempas batu jalanan
Hati tergetar menatap
kering rerumputan

fieldtrip kedua Ekologi. Gunung Lang, Ipoh.
Perjalanan ini pun
Seperti jadi saksi
Gembala kecil
Menangis sedih ...

Kawan coba dengar apa jawabnya
Ketika di kutanya mengapa
Bapak ibunya tlah lama mati
Ditelan bencana tanah ini

Sesampainya di laut
Ku khabarkan semuanya
Kepada karang kepada ombak
Kepada matahari

Tetapi semua diam
Tetapi semua bisu
Tinggal aku sendiri
Terpaku menatap langit

Barangkali di sana
ada jawabnya
Mengapa di tanahku terjadi bencana

khemah Ain-Mira-Zety-Hasni semasa baru siap dipasang. walaupun dapat khemah kecil, tetap bangga berjaya pasang sendiri tanpa bantuan lelaki.hehe
mungkin sebab riak dengan kejayaan yang sedikit, khemah runtuh dan rosak teruk masa ribut dan hujan lebat di petang hari. tak sempat pun nak tidur dalam khemah ni.
Mungkin Tuhan mulai bosan
Melihat tingkah kita
Yang selalu salah dan bangga
dengan dosa-dosa
Atau alam mulai enggan
Bersahabat dengan kita
Coba kita bertanya pada
Rumput yang bergoyang

ulat bulu naik kayu. jadi bahan mainan. berangan kamera HP ada micro fokus la konon. kabur ja ulat ni.
Berita Kepada Kawan
Artis: Ebiet G. Ade


Saturday, January 30, 2010

adik yg nakal


kurenggg!
nanti kamu ya!
tunggu la..

GUNUNG LANG GROUP TASK

A. DISCUSS AND ORGANISE ON HOW YOU AND YOUR GROUP SHOULD DO TO

ANSWER THE FOLLOWING QUESTIONS:

 

1.    YOU WANT TO KNOW ABOUT BIRDS’ DIVERSITY IN GUNUNG LANG

 

2.    CONDUCT A SURVEY AMONG VISITORS TO GUNUNG LANG. YOU NEED THEIR FEEBACK ON CERTAIN ISSUE.

 

3.    YOU WANT TO DO A BRIEF STUDY OF SMALL MAMMALS POPULATION IN GUNUNG LANG.

 

4.    CONDUCT A SYSTEMATIC STUDY OF INSECT’S DIVERSITY

 

5.    YOUR GROUP WANT TO KNOW THE QUALITY OF WATER BODY AROUND GUNUNG LANG.

 

6.    PREPARE A HERBARIUM SPECIMEN OF WILD PLANT SPECIES IN GUNUNG LANG. THE WILD PLANT SHOULD BE IN AN ESTABLISH AREA BECAUSE YOU NEED TO DO A PLANT SURVEY BEFORE COLLECTING THE SPECIMEN.

 

(FOR EACH GROUP, CHOOSE ONLY TWO TASKS FROM THE LIST GIVEN AS ABOVE. ONLY TWO GROUPS ARE ALLOWED TO CHOOSE THE SAME TASKS.)

 

B. GUNUNG LANG RECREATIONAL PARK HAS A POTENTIAL TO BE DEVELOPED AS BIO – EDU RESEARCH PARK.

IN GROUP, DISCUSS:

 

1. WHAT IS THE CONCEPT OF BIO – EDU RESEARCH PARK?

 2. WHAT FACILITIES SHOULD BE INCLUDED

 3. LIST SOME ACTIVITIES WHICH YOU THINK IS APPROPRIATE (PLEASE

ELABORATE)

 

C. DURING NIGHT TIME, EACH GROUP HAS TO PREPARE A PRESENTATION (IT CAN BE PENTOMIME, POEM RECITAL, SINGING AND ETC).

THEME: ENVIRONMENTAL AWARENESS

Friday, January 29, 2010

Kembara Malam

Ko-kurikulum saya semester ini,

UKS 1171 – Kembara Alam.. jadi, aktiviti-aktivitinya pun berkait dengan alam juga.

 

Aktiviti pertama Kembara Malam, aka Nightwalk yang sepatutnya berlangsung pada minggu lepas, ditunda ‘atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan’.

 

Mulanya AJK Nightwalk pilih tarikh 30-31 Januari. Tapi setelah ada permintaan daripada saya dan kawan-kawan sebab berselisih dengan tarikh Fieldtrip Ekologi di Gunung Lang, Ipoh, aktiviti Nightwalk ini dijalankan pada 29-30 Januari.

 

Malam ini!

 

Tentatif programnya, berkumpul di Bitarasiswa pada jam 9.00malam ini, dan berakhir dengan solat Subuh berjemaah esok hari, setelah habis aktiviti meredah malam di hutan Sg.Samak, semalaman..

 

Kemudian, pukul 8 pagi saya dan pelajar Ekologi kumpulan A akan bertolak ke Ipoh..

Fieldtrip di Gunung Lang pun boleh tahan lasaknya juga.

 

Maka, dengan badan yang kelesuan setelah seminggu ini, tiap2 hari tidur saya kurang 3jam buat Lab Report yang tak berkesudahan,

 

Mungkin kena standby

Red Bull

Livita

100+

Tongkat Ali

Kopi Jantan, kopi Janda pun boleh juga

 

Untuk  ketahanan badan!

 

Uhh, SAYA GAGAH!

Tuesday, January 26, 2010

teknik pengurusan 'sambal belacan'

BAHAN-BAHAN

5 biji cili merah (lebih berkilat cili, lebih liat dan sukar untuk ditumbuk)

5 biji cili padi hijau

Sepotong belacan sebaiknya yang sudah dibakar

Sedikit gula dan garam

Sebiji limau nipis diperah jusnya

 

CARA MEMBUATNYA

 

Cili dipatah-patah kecil dan buang bijinya jika mahu mengurangkan kepedasan. Tumbuk di dalam lesung hingga elok lumatnya. Masukkan potongan belacan, gula dan garam itu tadi dan sambung menumbuk. Kemudian masukkan perahan limau nipis dan gaul hingga mesra. kalau nak tahu dah mesra ke tidak, cuba dengar-dengarkan rengekan dan tawa mesra dari bahan-bahan yang sedang digaul tu.

 

Biar pun mesin pengisar (blender) sudah ada (ika punya blender), rasa sambal yang ditumbuk di dalam lesung batu berbanding yang dikisar amat tidak sama. Sedaya upaya, tumbuk sambal secara manual sambil baca Lab Manual Kimia (supaya tak dileteri pensyarah sebab tak bersedia untuk experimen), disimpan di dalam bekas kecil di dalam peti ais dan dimakan dari semasa ke semasa.

 

Boleh makan dengan ulam petai, boleh juga dengan daun tenggek burung. Cicah dengan timun pun best. ulam-ulaman sila petik keliling rumah. eh? ingat rumah kampung ada ulam bagai keliling rumah. petik di pasar ya.

.

.

p/s : disebabkan semester ini saya ambil subjek Chemistry Laboratory Management Technique, maka saya sertakan sekali tip/kaedah menumbuk sambal belacan supaya mata sentiasa selamat dari percikan yang buat anak dara meraung.

.

ni haa, sila pakai google. ahaks!

Saturday, January 23, 2010

resepi kek batik biskut mariam (marie)

Amirah Samsudin, aku dah susah payah (hiperbola) cari resepi kek batik untuk hang. Jom la, buat kek batik pulak.

.

.

Bahan-Bahan:
1 paket Milo kecil (200g)
1 bar mentega (buttercup @ farmcows)
1/2 tin susu pekat
1 paket biskut Marrie (1/2 kg)

Cara Penyediaan:
1. Cairkan mentega dengan kaedah double boiler di atas dapur gas
2. Selepas mentega cair,masukkan susu pekat.
3. Masukkan biskut marrie yang telah dipatahkan kepada 2 atau 3 bahagian dan Milo ke dalam mangkuk atau bekas besar.
4. Tuangkan mentega dan susu dan gaul sebati ke dalam mangkuk berisi biskut dan Milo. Gaul dengan sebati.
5. Masukkan adunan ke dalam loyang atau acuan kek.
6. Tekan dan padatkan adunan menjadi satu lapisan seperti kek menggunakan sudu atau senduk.
7. Sejukkan dalam peti ais selama 3-5 jam sehingga adunan keras.


yum..yum..yum


Cadangan Hidangan:
1. Boleh dicampur bahan-bahan lain seperti kacang tanah atau badam.
2. Boleh ditabur dengan coklat rice atau coklat chips atau colourice untuk hiasan.

malas cara bijak

Kita boleh memberi ruang kepada kemalasan tapi dalam amaun masa yang kita kawal, bukan rasa malas tu yang mengawal kita. Bila kita lawan malas, kita akan google..eh kita akan struggle. Susah. Mencabar.

Cara paling senang, fokuskan untuk membina kerajinan. Rajinkan diri tanpa ada niat mahu melawan rasa malas. Buatlah apa-apa kerja, terutama kerja yang memberi manfaat untuk orang lain, kemudian memberi manfaat pada diri sendiri. Memasak juga salah satu tips memulakan sifat rajin. Bonus juga, sebagai persediaan sebelum berkahwin supaya tak dileter ibu mertua. *tiba-tiba ada bab kawen pulak*

Malas cara bijak maksudnya kita malas pada waktu tertentu.

Ada orang bermalas-malas pada waktu dia dah bajet waktu untuk bermalas-malas. Masa tu dia tak guna untuk buat kerja lain, cuma bermalas-malas. Badan kita ni perlukan sedikit waktu untuk adjust balik dia punya keseimbangan.

Bila rehat tu ngam, bermalas-malasan tu ngam dia punya amaun, Anda akan bertenaga semula selepas selesai sesi bermalas-malasan. Dengan syarat, biar malas yang dikawal.

Tips bagaimana untuk mengawal malas:



1. Jika Anda merasa malas, katakan pada diri sendiri yang Anda mahu ’simpan’ malas tu untuk saat yang lain, iaitu waktu yang anda dah set untuk bermalas-malas.

2. Bila sampai masa untuk bermalas-malas, secara automatiknya anda akan rasa relaks yang amat sangat sebab anda dah ‘claim’ malas yang tersimpan tu.

3. Bila sudah selesai waktu relaks, anda akan rasa segar. Baru ada semangat nak bekerja semula.

4. Ulangi teknik ni untuk melepaskan kepenatan setelah lama rajin berusaha. Sayangi diri anda. Bila kita rehat sekejap lepas penat bekerja, kita akan tambah bertenaga untuk bekerja semula selepas menikmati sedikit rehat. Inilah yang saya panggil ‘malas cara bijak’.

Memula buat memang agak susah sikit sebab badan dan minda anda belum terbiasa.

.

tapi jangan pula setkan masa mahu bermalas selama 6 hari seminggu, manakala cuma 1 hari untuk rajin.

credit to - iMotivasi

Wednesday, January 20, 2010

menusuk ke tangkai jantung

Apa ya maksud peribahasa ‘menusuk ke tangkai jantung’? eh, ini peribahasa ke.. rasanya ya.

.

.

Apa maksudnya?

.

.

inikah? 

Wednesday, January 13, 2010

Ich Lerne Deutsch!

Semester ini, saya mengambil Kursus Pengayaan. Masa nak ‘add’ kursus semester lepas, memang tak tahu nak ambil bahasa apa sebagai bahasa keempat. Kebanyakan kawan berebut untuk ambil Bahasa Jepun Komukasi. Dan juga Bahasa Mandarin. Kelas pun banyak dibuka, dan penuh pula semua. Jepun? Hehe, saya tak minat. Dan saya tahu ramai nak ambil bahasa jepun supaya senang nak tengok drama jepun. Mandarin? Alamak, rasa macam tak mampu ja nak belajar bahasa dan tulisannya sekali.

 

Kamu pernah baca novel Ayat-ayat Cinta karya Habiburrahman? Ingat tak ada satu bab masa Aisha nak memperkenalkan diri pada Fahri, dia cakap,

 

“mein Name ist Aisha”

 

Hehe, masa tu memang rasa tertarik nak belajar Deutsch. Dengan bangganya ‘add’ kursus ni sorang-sorang tanpa ajak sesiapa (kawan sekelas @ kawan yang kenal). Seminggu lepas tu, saya promote Deutsch pada Noris, dan dia add. Yeay! Sekurang-kurangnya ada kawan.

 

Semester ini pula, setelah masuk satu kelas, saya dan Noris promote Deutsch pada Syadida untuk add subjek ini. Jadi, ada 3 orang pelajar Biologi.

 

Kelas Deutsch memang seronok. Santai. Tak terasa dua jam kelas. Masa masuk kelas pertama, penat saya menahan tawa sebab rasa lucu bila Frau Rubi bercakap Deutsch. Bunyi macam orang melayu utara yang tak tahu English langsung membaca ayat-ayat dalam English.

 

Teknik belajar bahasa,

Dengar, ikut, sebut, baca dan tulis. Best-best.

 

Untuk belajar Deutsch ni, kena keraskan lidah sikit. Buat-buat macam tengah sakit tekak. Baru sedap bunyinya.

membaca Deutsch agak mudah, cuma yang sedikit payah adalah untuk menguasai tatabahasanya. hampir macam Bahasa Arab.

 

Nanti untuk entri akan datang, saya akan kongsikan apa yang saya dah belajar bersama kalian. jom makan, lapar.

wassalam.

Sunday, January 10, 2010

isnin = sardin cap CINTA

Asalnya..isnin hari memang sudah menyemputkan untuk saya. Kemudian, ada berita +/- gembira..

 

Kelas TKU 1073 Chemistry Laboratory Management Techniquies yang dijadualkan pada hari Jumaat pagi 8-10, telah dianjak oleh pensyarah dengan jayanya,

 pada isnin pagi 8-10..dan hari jumaat adalah percuma (free)!! Yeay!

 

Makanya, jadual hari isnin saya adalah...

8 am-10 am – Chemistry Laboratory Management Techniquies

10 am-12 pm – Ecology

2 pm-4 pm – Pengurusan Pembelajaran

5 pm-7 pm – Bahasa Jerman Komunikasi 1

 

Waa! Tuhan, berikan ku kekuatan.

 

p/s : elok tak pakai kasut sukan dengan baju kurung? dulu masa matrikulasi, selalu buat kerja macam ni. tapi sekarang kena fikir dua kali...

Saturday, January 09, 2010

Jatuh cinta lagi!

Orang perempuan, terutamanya seperti saya ini, Ain Fathihah, memang mudah jatuh cinta. Ahh, sangat mudah. Sungguh Allah yang berkuasa membolak-balikkan hati. Maafkan saya, Encik F. Langsung tak terniat saya nak curang pada kamu.

 cinta memang adakala menyakitkan

Rasa sayang ini, Allah yang mengilhamkan pada saya.

 

Pertama kali saya memandang wajahnya..aduhh..penasaran! matanya, keningnya, dagunya, bibirnya, pipinya, susuk badannya...buat saya tak keruan. Rasa nak peluk cium ja lelaki kacak itu.

 

Saya jatuh cinta. Dia memang kacak!

renungan matanya..

senyumannya.. tengoklah, muka baru bangun tidur pun kacak.

bila tak pakai baju, memang bergegar iman wanita yang memandang. tambah pula bila pose begini, fuhh..

bila dah dress up smart begini, siapa yang tak tertawan?


.

.

.

Malangnya, si kacak ini masih bayi. Arghh, kecewa! tiap hari akan doa supaya kamu cepat dewasa dan kita boleh pergi tengok wayang sama-sama, dan makan meatball kat Ikea.

.

p/s : Wafi Hamiz Hakim, moga membesar dengan sihat, jadi anak soleh, cemerlang dan berjaya dunia akhirat.. Ameennn...

Thursday, January 07, 2010

Kembali ke rutin

Salam’alaik, salam anak kandung suluh budiman. Saya masih tegar di bumi kandung suluh budiman walaupun wujud kontroversi melanda dunia bakal pendidik. Abaikan itu semua dulu. Saya punya tugas besar di UPSI ini. Belajar.

 

Sudah minggu kedua di semester dua sesi 2009/2010. Sudah dua minggu jugalah saya dan insan-insan lain yang seangkatan kembali ke rutin. Rutin? Opss, sudah pasti banyak rutin yang berlaku di sini. Pergi kelas balik kelas. Terima tugasan, buat tugasan dan hantar tugasan. Berpoya-poya.

 

Rutin yang tidak berubah dari saat saya menjejak kaki di semester satu, hinggalah sudah besar sikit di semester empat ini,

rutin pergi kelas dan balik kelas yang saya tertarik untuk catitkan di sini adalah,

.

.

Ya, ini. Berebut Menaiki bas.

Bakal guru menaiki bas dengan cara itukah? Hehe, mencabar kan. dengan jumlah pelajar yang menunggu di hentian bas dan jumlah bas catar yang seadanya wujud itu, maka persaingan adalah sengit untuk memastikan diri sendiri dapat memboloskan diri ke dalam bas.

 

Fuh fuh! Bila waktu-waktu puncak (8.00 pagi, 2.00petang, 8.00malam) untuk ke kelas, memang begitulah. Beratur? Eh ada. Pelajar UPSI masih belum lupa erti beratur untuk menaiki bas.

 

Pagi hari, haaa..masa itulah baru wujud ertikata beratur. Memanjang sampai ke belakang rumah saya.

 

Di waktu puncak lain, terpaksalah berebut. Masa ini, siapa yang ayu, yang cantik, yang menawan semua....bertukar! menjadi seseorang yang rakus untuk naik bas. ah, yang penting berjaya naik bas supaya tidak terlambat masuk kelas.

 muka gembira gadis-gadis bila dah dapat naik bas.

Kadang-kadang saya rasa, penat ja seterika baju kuliah aka baju kurung sebelum ke kelas. Habis berkedut ketika berasak-asak di tepi bas. Huhu, huduh perangai kan.

 

erm? Berasak-asak? Tak tersentuh ke badan lelaki dan perempuan? Ahaa, kaum lelaki adalah kaum minoriti (endangered species = spesis terancam) di UPSI. Sikit ja ada. Dan jarang mereka ini berebut bas sekali dengan perempuan. Mungkin spesis lelaki bimbang dan risau dicabul semasa berasak-asak itu. Mungkin.

 lelaki : aku cool, tak payah berebut. nanti dicabul. iskk, susah bila jadi minoriti ni. kena buli.

.

.

Selalunya yang maju mara ke hadapan untuk berebut bas, adalah kaum perempuan. Awww!

 

Cikgu-cikgu, bila nanti kita semua sudah masuk ke alam pekerjaan. Ketika menjadi guru, kalian masih perlu menasihatkan anak-anak murid kita,

 

“sila beratur ketika menaiki bas”

 

Huhu.

Monday, January 04, 2010

satu untuk dua (jawab tag Amirah dan Fawez)

entri ini di'post' semula memandangkan saya terlupa nak jawab dan ambil award dari budak tinggi. dia sedang menangis sambil hentak2 kaki dan merajuk dengan saya. maka untuk pujuk dia, saya buat macam ni. dah dah, jangan nangis lagi k! hehe

Kebetulan, dua orang Blogger tag saya. Bonus, award yang sama. Maka, saya jawab tag Amirah dan Fawez dalam entri yang sama. Mula-mula memang dah terfikir taknak ambil award Mira, tapi bila tengok blog Fawez, dia bagi award dengan cara yang menarik, iaitu meletakkan imej header blog saya.

 

Tapi sebenarnya lebih tertarik dengan deskripsi Fawez mengenai blog Ain Fathihah,

 

“Cerita pemilik header atas nih kekadang sengal-sengal.. namun banyak isi tersirat dan pengajaran..

Ain Fathihah: saya tag kamoo, sila kesali.. hehehe”

 

Ini award Blogger Cantik. Tiba-tiba rasa diri ayu, cantik menawan.

 

7 fakta Mengenai Ain Fathihah :

 

1.153cm dengan berat +/- 40kg. selalu makan banyak-banyak dengan harapan boleh naik berat badan sampai 45kg.

 

2.tido dengan bantal busuk warna biru. Benci bila bantal busuk baru lepas basuh, sebab takda bau sendiri pada bantal.

 

3.orang yang tak berapa kenal saya akan cakap saya gadis poyo yang hidup dalam dunia sendiri.

 

4.sangat suka pakai bedak bayi Anakku pada badan.

 

5.semester ini saya takda roommate. Dan selalu harap semester depan akan dapat roommate yang boleh terima pe’el gila-gila saya. Tapi sebenarnya lagi berharap takda roommate sem depan sebab sangat seronok duduk sorang-sorang. Bilik ini aku yang punyaaa.. ha ha ha!

 

6.baru-baru ini diri saya sangat kecewa dengan printer Canon Pixma iP1880. Oh printer kamu agak mengecewakan aku dengan hasil kerjamu yang kurang memuaskan.

 

7.saya mudah teruja dengan perkara-perkara kecil. Tak perlu menunggu perkara yang besar untuk buat saya gembira dan seronok.

 

8.saya selalu hairan melihat seorang gadis yang merasa dirinya derita. Sikit-sikit punya hal, mengaku dirinya paling derita di muka bumi. Isk isk isk, saya bersimpati dengan cara dia memandang kehidupan. Mungkin kurang kasih sayang dan susu susu ibu masa kecil.

 

9.saya selalu tekankan pada diri, kemampuan mengawal emosi adalah sangat penting.

 

10.saat saya menaip entri ini, saya sedang menunggu panggilan telefon dari pakcik padil.

 

Opss, dah terlebih 7.