mereka yang tegar

Thursday, April 30, 2009

award dari abu, untukku

Terima Kasih Encik Abu Handhalah

award ni memang untuk orang yang comel-comel

macam aku ni

hehehe

ni haa, aku dah tampal award hang dalam blog aku..

nyanyi jom

mana di mana

buah hati saya

.

.

buah hati saya

ada di pohon hati

.

.

la la la

.

.

warna merah berbuai cinta

Wednesday, April 29, 2009

paper choi ya oi

Perkembangan Pendidikan di Malaysia : Falsafah dan Dasar...

...9pagi-10pagi...

-no comment-

MySpace

siyes aku tak cuak (tukar tajuk entri Abu)

entah laa..

tak tahu apa yang aku rasa..

MySpace

serius, aku tak baca apa-apa untuk EDU-falsafah ni...

ada sesuatu yang menyentak tangkai hati

buat aku dah hilang tumpuan...MySpace

cara menyedapkan hati :

ala, apa nak risauMySpace

kan jawapan dah diberi (MCQ ni...objektif)

pilih aja mana yang perkenan...

MySpace

la la la

MySpace

bukan pilihan

tersepit!!!

diluah mati mak, ditelan mati bapak.

nak dikemam dalam mulut? Arghh, aku juga yang sesak nafas.

Tolong.. Tuhan, Ya Allah. Beri kekuatan untuk berada di persimpangan.

Tuesday, April 28, 2009

masalah aku adalah....

teka?

apa masalah beliau yang di atas?

Saturday, April 25, 2009

terima kasih kerana ada dia

Pertemuan menjadikan kita insan punya tangisan pengisi senyuman kehidupan,

Kehilangan menukar ratapan menjadi tawa tanpa nyanyian,

Jadilah kita si pemilik titisan halus punya beribu kesaktian,

Yang kisah gugurnya ke bumi penuh rahsia tanpa ungkapan.


 Mesra bila bersama, rindu bila berjauhan, faham bila keliru, nasihat bila terleka, tegur bila tersilap...DEMI ALLAH PERHUBUNGAN INI INDAH SAMPAI BILA-BILA.

Friday, April 24, 2009

tak dipeduli


Bersyukur pada Allah kerana mengadakan orang yang tidak mengendahkan kamu kerana dialah orang yang memupuk sifat berdikari kamu.MySpace

Thursday, April 23, 2009

soalan ala-ala PBL

PBL tu apa? Okey, aku beritahu dulu apa itu PBL. PBL ni, Problem Based-Learning. Soalan-soalan PBL ni akan tanya mengenai situasi tertentu, dan suruh kita selesaikan. Mula-mula masuk UPSI,  aku dan kawan-kawan agak terpinga-pinga dan memang tak faham pun, macam mana nak selesaikan PBL ni.

Masuk semester dua, semakin banyak PBL yang diberikan. Banyak PBL maka banyaklah pembentangan yang perlu dibuat. Jawapan-jawapan PBL, pandai-pandailah cari sendiri. Ahaa, kami semua memang pandai pun. Dah la Cikgu-cikgu Bio ni dah terbukti comel dan kiut. hihi..

Jom nak kongsi antara contoh-contoh PBL. 

Biology Development.

"it is not birth, marriage or death, but gastrulation, which is truly most important time in your life. For all animals, gastrulation terms is one of embryonic development can be described as a series of events or stages. Gastrulation involves changes in cell motility, cell shape and cell adhesion, which are referred the type of cell movement. Although the details of gastrulation differ between various groups of animals, the cellular mechanisms involved in gastrulation are common to all animals"

Histology (diterjemahkan dengan gaya bebas oleh Ain Fathihah)

AHK (bukan nama sebenar) sudah lama meminati NA (bukan nama sebenar) dalam diam. Sudah jodoh mereka, akhirnya berkahwin. Setelah 4tahun berkahwin, mereka masih tidak mempunyai anak sebagai penyeri hidup. Dengan nasihat dan campurtangan keluarga masing-masing, AHK dan NA pergi perjumpa gaenacologist (pakar perbidanan kot). Sampel sperma dan ovum diambil daripada mereka berdua. Setelah kajian makmal selesai, didapati sperma AHK mempunyai masalah dari segi morfologi dan ovary NA didapati bermasalah. Apakah sebenarnya yang mungkin dihadapi oleh mereka?

Haha, camtu la lebih kurang bunyinya soalan PBL tu. Macam mana nak selesaikan?

Wednesday, April 22, 2009

ada orang curik entri aku!

aku tengah marah ni
grr..grr..grr...
arghh!!
MySpace
marah!
dengan bangganya dia copy n paste entri aku kat blog dia
dah la dia tukar-tukar sikit isi entri aku
grrr..grrr...
MySpace
paling aku marah,
dia tak linkkan blog aku sekali kat blog dia!
adakah patut???
aku terasa nak sangat-sangat denda dia.
hahaha..sebenarnya aku rasa bangga & nak terkembang lubang hidung ni..MySpace
ada orang terkagum dengan tulisan aku lalu letakkan di blog dia...takpa, anda dimaafkan. ahaks!

Tuesday, April 21, 2009

Abg Kaza yang 'ganteng'

Ni Abg Kaza.. bukan Kaza Degawan tau! Kazarudin...comel tak?
Pasti saya lagi comel dari dia kan kan??? hehehehe
Saya kenal Abg Kaza dalam Kelab Debat UPSI. Dia ni antara pendebat yang paling lahar di UPSI. Ops, mujur saya belum pernah dilahar oleh dia. Tapi, kadang-kadang saya yang terlahar dia. Maaf la ya Abg Kaza, tak sengaja....ampun maaf dipinta.

Tengok la tangan dia, macam lalat pulakk..
Selamat Ulangtahun Kelahiran ke 23 buat Abg Kaza!! Moga ceria-ceria selalu.. Kekalkan kecomelan anda, selagi tidak melebihi kecomelan saya. Ehemm3, jangan melawan tauke tau!
p/s : Adik-adik junior sedang menunggu kemunculan blog Abg Kaza aka Kaza The Vouge.. mana...mana???

rindu buah hati


Rindu buah hati saya ni..
huhu
nak balik...
rindu..
rindu dia..

Monday, April 20, 2009

Abu, nak cakap ni..

Abu, aku nak beritahu kau ni...

Ala, macam mana nak cakap ni ekk..

malu plak

iskk!

Abu, nak cakap ni.....

ehemm3x!

followers aku dah 50! 

hehe

tu saja mau cakap

sekian

Saturday, April 18, 2009

mengapa anda berblog?

salam'alaik.. Ada soalan saya mahu tanya.. Boleh? Alaa, boleh laa..nak tanya jugak.

Mengapa anda berblog?

Saja ikut-ikut orang yang ada blog ke

Mengapa anda mahu berblog?

nak ikut perkembangan semasa ke

Mengapa anda suka menulis berblog?

nak tunjuk hebat pada orang lain yang anda tahu menulis ke

Mengapa anda menyibuk-nyibuk nak ada blog?

owhh....setiap kita ada sebab tersendiri kan.

Blog, memang dah jadi satu trend. Kan? Budak kecik pun ada blog. Makcik-makcik ada blog. Peniaga pun ada blog. Cikgu-cikgu ada blog. Rakyat marhaen........ada blog. Pemimpin politik pun ada blog. Nak berniaga klip video panas yang ehemm3 pun, melalui blog juga.

Mengapa anda berblog?

Seorang kenalan di YM sering bertanyakan entri terbaru saya jika saya lama tidak mengemaskini blog. Seronok katanya membaca tulisan saya (huhu, maaf, ini bukan pernyataan masuk bakul angkat sendiri, tapi pernyataan masuk lif tekan sendiri ya! hehe) Ada pula kenalan saya yang bertanya bagaimana cara menulis supaya seronok dibaca. Tulisan yang dekat di hati pembaca.

Uhh? Menulis pun ada cara ke? Saya tak tahu bagaimana nak jawab soalan ni. Saya cuma menulis dengan hati. Luahkan apa yang difikirkan di minda ke dalam bentuk tulisan. Cuma tekan-tekan saja papan kekunci di laptop, maka terhasillah perenggan-perenggan cerita saya.

Sedikit mahu berkongsi tips menulis. Cuma tiga S. Selesa, Seronok, Selektif.

1. Selesa
Dari segi susunan ayat, teratur. Tulisan besar dan gelap (dengan background cerah). Tulisan selalu berperenggan. Kalau satu perenggan masih panjang2, maknanya saya mesti buang perkataan yang dirasakan membazir, dan mengganggu emosi. Saya cuba untuk kurangkan pengulangan perkataan yang melewah, dan datangkan 'perasaan' dalam tulisan.

2. Seronok
Pembaca rasa seronok, gembira, tertawa dengan cerita berbau positif. Kalau bernada negatif, pastikan benar-benar sedih, menginsafkan, dan menyentuh. Kalau kisah seram, pastikan pembaca pulang dengan berselimut tebal dan menggigil-gigil. Entahlah saya tak tahu bagaimana caranya. Cuma sebelum menulis, saya biasanya set di kepala, apakah perasaan pembaca yang saya sasarkan. Itu cuma target. Tercapai atau tak, belakang kira.

3. Selektif.
Kalau cerita yang kita sampaikan, sama dengan blog lain, maka pembaca akan bosan. Sebab saya sendiri pernah rasa macam tu. Saya sendiri bosan dengan RS, kalau aku kebetulan terjumpa blog lain yang tulis cerita yang agak sama. Akhirnya, adalah nanti aku edit mana-mana, tokok tambah di RS. Tapi, kebanyakan cerita saya di RS berkenaan cerita ceriti hidup saya. Tak tahu la pula kalau ada cerita orang lain yang sebijik-sejibik sama dengan saya. Ehemm3!


Perlu diingatkan, sebelum anda membaca isi kandungan blog saya yang merapu meraban dan merepek, sila belek dulu deskripsi blog saya...yang mana? ni haaa..payah betul la!

Kisah ini mungkin kisah saya. Kisah penuh peribadi. Boleh jadi tidak akan ada sesiapa mengerti. Juga tidak akan ada sesiapa peduli. Masing-masing dalam hidup punya cerita, mengapa mahu membaca cerita orang lain? Tidak mengapa, saya cuma akan bercerita kepada yang mahu tahu. Barangkali ada pengajaran, barangkali terdapat sesuatu.

Jadi, jangan kecoh-kecoh kalau anda mendapati blog saya tidak ada isi. Jika 'isi' yang anda mahu tidak terdapat di blog saya, tidak mengapa. Silakan beredar dengan segera ke blog lain. Shuhh..shuhh..shuhh!

Saya bercerita kisah saya. Pengisian hidup saya, mungkin tidak bermakna bagi kamu, dia, beliau atau mereka. Ada saya kisah? ahh, lantak lah. Hehe..

Thursday, April 16, 2009

ya, aku manusia beralasan

salam'alaik..
kakak-kakak keluarga debat saya..

abang-abang keluarga debat saya..

maafkan saya



saya tidak betah menyertai kalian untuk latihan debat lagi

arghh, saya culas sekarang..

beralasan..



ya, saya manusia beralasan kini

'ain penat la kelas tadi'

'ain banyak kerja nak kena buat ni'

'ain tak da mood nak berdebat'


sebenarnya....

saya jadi cuak nak ikut latihan debat...

sebab...

arghhh!

saya cemburu

tak tahan hati rasanya

membakar-bakar

saya cemburu

cemburu amat!

cemburu melihat kemesraan antara



.



.



.



.



.

.



.



.



.



.



sis Zack & bro Kama

tak tahan melihat gurau-senda mereka

arghhh! saya cemburu

jadi, culas nak turun latihan debat

p/s : hahaha.. alasan lagi. Kak Bieb, boleh diterima ke alasan ni?

Saturday, April 11, 2009

sindrom gedik

Nama : Ain

Umur : 19

Situasi : Melompat-lompat kesukaan

Masalah : Sindrom kegedikan melampau

Cara mengatasi : disumpah menjadi puteri katak supaya sindrom melompat kelihatan tidak pelik di mata orang.

huhuhuhu..........

sebenarnya... :ar! angin kus-kus sudah mari

sempana peperiksaan akhir semester 2 008/09

la la la


Wednesday, April 08, 2009

warnatinggi guna Softlan

Salam'alaik. Hari ini hari Rabu. Ya, selamat hari rabu buat semuaa... la la la! Sebelum kelas English for Communication (EC) yang ditangguh ke jam 9 pagi, saya ke Malim Sarjana (Fakulti Bahasa) dan Cansellori (Fakulti Sains & Teknologi) untuk melihat markah Penilaian Berterusan (carry marks la!) EC dan markah penilaian pertengahan semester (midtest la weii) Histology.


Tiba di hadapan bilik Sir Ridhuan yang ‘ganteng’, terus saya dan mare+yuni+noris mencari-cari nombor matrik kami dan nilaian markahnya.

D20081032381

Individual task (Public Speaking) 17/20

Listening test (Quiz) 17/20

Group task (Forum) 24/30

Total 58/70


Fuhh, memuaskan hati. Ngehh3x! Saya tak pernah dapat markah yang baik pun untuk mana-mana subjek Bahasa Inggeris. Legaaa! 


Terus kami ke Cansellori pula. Menuju dengan jayanya ke bilik Dr. Haniza. Dengan teruja melihat kertas yang tertampal di cermin biliknya. Markah penilaian Animal Histology.

D20081032381 16/40

eh? kenapa nombor matrik saya di'warnatinggi'kan (highlight) dengan warna kuning? erkk? Cuma ada tiga orang yang nombor matriknya diwarnatinggikan. Saya antara yang bertuah. Bertuah laa konon. Serta-merta terngiang-ngiang di telinga saya pesanan Dr. Haniza dalam kelas semalam

"Nama siapa yang berwarna kuning, sila jumpa saya" (in english okayy!)

Sedang saya tergedik-gedik kerisauan di depan bilik Dr. Haniza, tiba-tiba dia memunculkan diri dari dalam bilik.

"err, Dr. free ke sekarang? Saya kena jumpa Dr. ni.. Saya kuning" huhu, pelik sungguh ayat tu.

"Saya ada mesyuarat sekarang. Jumpa saya selepas ini" (in english okayy!)

"Dr., kenapa saya yang kuning ni kena jumpa Dr.? Dr. nak apa?" Heh, dalam keadaan gabra, memang tak sempat nak atur ayat yang sopan kan....ngeh3x..

"Saya nak 'basuh' kamu" dengan muka ala-ala garang dan serius. Terserlah ketegasannya.

"Hah? nak kena basuh? Dr, boleh tak saya nak bawa Softlan, biar lembut sikit.."

Dr. Haniza Hanim terus berlalu pergi. Sempat saya melihat senyuman di bibirnya. Fuhh! Mujur tak kena marah lepas saya tanya soalan macam tu. Softlan? Hahaha....Ain, sebelum bercakap sila fikir dulu ya!


Tuesday, April 07, 2009

kejutan hari lahir yang manis


salam'alaik. Bagi sesetengah orang, hari lahir bukanlah satu hari yang penting pun untuk dirai. Bagi sesetengah yang lain pula, merasakan perlunya ada sambutan hari lahir untuknya. Saya dalam kategori mana? Anda tentukan.

Sejak saya tahu apa itu kek dan apa itu hari lahir, ketibaan 3 April memang saya tunggu-tunggu. Begitu juga dengan hari lahir Baba (23 Julai), Mama (13 Mei), Angah (12 Dis), Kak Uda (25 Okt), Kak Teh (16 Jan), Kak Chik (29 Nov), Kakak (21 Nov) dan Dik Nin (28 Sep).. Bukan apa, saya memang tertunggu-tunggu semua tarikh ini. Nak beri ucapan je pun. Hadiah? Ahaha, jarang nak ada. Yang penting doa dan ingatan dari orang tersayang kan kan?

Dulu

Biasanya, keluarga saya meraikan hari lahir kami dengan kek. Nyanyi-nyanyi sikit, dan potong kek. Makan beramai-ramai. Cukup sekadar meraikan sesiapa yang menyambut hari lahir. Kalau ada bajet lebih sikit, kami akan makan-makan di luar. Tapi saya lebih suka kami bergotong-royong buat piza,  dan minuman koktel. Makan sama-sama. Bukan keenakan piza buatan sendiri yang saya rindu, tapi keriangan dan keseronokan semasa menyediakan makanan itu yang saya rindu. Kak Uda, Kak Teh dan Kak Chik dengan keriangan mereka hias piza mereka, saya dengan keriangan menyediakan bahan-bahan untuk diletak atas piza, Baba dan Dik Nin dengan keriangan  membantu apa yang patut (pastinya Dik Nin lebih banyak mengacau kakak-kakaknya) dan Mama cuma memantau tugas-tugas kami. Sesekali mulut Mama becok juga mengomel bila kami lebih banyak bermain dari tolong dia di dapur. Ngeh ngehh ngeh!

Kek? sudah pasti ada. Kadang-kadang untuk jimat bajet, sesiapa yang berdekatan hari lahirnya, akan berkongsi kek. Ahh, tak kisah la kan. Janji ada.

Semua ini kenangan. Terima kasih Baba dan Mama sebab tak pernah lupa membuatkan hati kami, anak-anak mereka berdua riang. Mujur adik-adik saya (dan saya tentunya), tak pernah pula menuntut hadiah yang mahal-mahal dan di luar kemampuan ibu bapa kami. Dapat ucapan di pagi hari lahir itupun sudah cukup membuat hati berbunga-bunga riang.

Kini

Jadi, bila berjauhan dengan keluarga, saya jadi sebak. Huhuhu. Ahh, tak seronoknya menanti ketibaan ulangtahun kelahiran berseorangan. Tahu-tahu la kawan-kawan kan, tak semua yang ingat. Rasanya memang tak tahu pun. Lagipun, mana nak sama keluarga dan kawan-kawan kan? Hari 3 April tu, mujur saya agak sibuk. Dapat buat panggilan percuma ke nombor-nombor maxis, saya telefon kawan-kawan terdekat. Siap cakap,

"wei, cepat wish birthday aku sekarang!"

Tak malu kan? Ahahaha, lantak laaa..Janji buat ucap selamat jugak untuk saya. 

Hari sabtu, saya ada ujian kawad kaki BSMM di kampus. Aduhh letihnya malam tu. Balik dari kampus, keletihan dan melonglai-longlai melepakkan diri di ruang tamu rumah. Sekitar jam 10 malam, dapat mesej dari Baba

"tengok kat belakang rumah, ada orang hantar kek tak?"

Huh? Apa la Baba merepek ni. Sapa pula nak hantar kek. Isk, pelik! dalam percaya dan tak percaya itu, saya menjengah juga ke balkoni rumah. 

"Argghhhhh!!!! Mama!! Awat mai sini? " (isk, boleh pula saya jerit macam ni, hahaha)

rupanya keluarga saya datang Tg.Malim. Mai dari Penang nuuu!!!! Jauh tau saya kira.

Adik-adik pegang kotak kek. Arghh, terharu. Rasa nak nanges pun ada, tapi lebih rasa gembira dan terharu. Dah la lama tak jumpa keluarga. Huhuhu....best3x! Terima kasih semua.

Kami pergi tidur di rumah Mak Jang saya di Ulu Yam. Sembang-sembang malam tu. Esok Ahadnya, lepas habis temuduga kenaikan pangkat BSMM (saya berulang-alik dari Ulu Yam ke Tg. Malim), kami buat majlis kecil-kecilan. Mak Jang masak-masak sikit. Kak Hanim beli sate Kajang Haji Samuri, beli di Rawang jaa. Abang sepupu saya, Abg Imy siap beli belon. Hah, belon ni budak-budak kecik yang main ya! Bukan saya. Tapi saya seronok juga tengok belon, hihihi..

Nyanyi-nyanyi sikit...Tahu siapa paling bersemangat nyanyi lagu hari jadi? Mak Jang tau! Hehe, cayalah Mak Jang. Seronok sangat! terharu...! huhuhu...

Terima kasih semuaaaa!! (warna merah berbuai cinta)

muahhhh

jadual peperiksaan yang mencekik

huhuhu...kenapa jadual peperiksaan sebegini rupa...mencekik dan menjerut leherku....

waaa!! Tu la, padan muka kau Ain, sapa suruh tak belajar dari awal. Kan dah kalut!

21/04/2009 09:00 AM English For Communication I

27/04/2009 02:30 PM Animal Histology and Morphology

28/04/2009 09:00 AM Developmental Biology

29/04/2009 09:00 AM Perkembangan Pendidikan Di Malaysia : Falsafah dan Dasar

04/05/2009 09:00 AM Pembangunan Sahsiah

                         02:30 PM Biodiversity of Protista and Animalia

Saturday, April 04, 2009

gambar untuk Mama


Gambar ini cuma untuk tatapan Mama saya. Dari semester lepas lagi dia sudah pesan, supaya letakkan gambar saya berpakaian unifom BSMM di blog, atau tunjukkan padanya.

Maaf la Mama, baru hari ni Tata teringat pasal ni. Lagipun sebelum ni jarang bergambar dalam unifom ni.

Amacam?
Macam Pilot tak?
ahaks!
tapi orang lain kata,
macam misi baru balik dari hospital...
wuuu

Friday, April 03, 2009

Saya si manja 19!

salam'alaik. saya dah tua ke? hermm..sekarang tengah terharu. Pertama, sebab tengok ucapan hari lahir buat saya dari Mama di blognya. Terima kasih Mama! Terima kasih juga untuk mesej ingatan dari Baba.

Kedua, sebab dah tengok entri nakal Cik Tira khas untuk saya. Hampeh punya budak. Dia tunaikan semua wish list hari lahir saya. Terima kasih. Hahahahaha.. nak tahu? tengok sini. Saya suka gambar yang dia edit. Siap dah buat desktop background dahhh.

Terima kasih untuk sesiapa yang mesej saya ya. Cik Amal yang manis, Cik Yana, Cik Ziela, Hafidh dan my abang sayang Pakcik Padil. Ini antara yang terawal hantar mesej.

huhuhu, saya letih. Maaf. tak dapat nak balas mesej kalian. Juga tak dapat buat panggilan. dah expired plakkk! adoiii...lepas ni saya akan cerita perjalanan saya ke Kedah sepanjang malam 1 April hingga pulang ke Tanjung Malim malam 2 April... 

Saya dah 19 tahun!

la la la