mereka yang tegar

Thursday, November 27, 2008

3hati, 3rasa, sedetik bersama

ain, nim dan lan
setelah hampir dua tahun berkenalan dengan tasneem sayorwan yang manis, akhirnya dapat jua saya bertemunya hari ini. Hari yang amat bermakna. Hari yang amat meninggalkan kenangan persahabatan saya, tasneem dan azlan. Azlan? heh, terima kasih pada Lan yang dah bersungguh2 mengaturkan pertemuan saya dan neem setelah dua kali pertemuan yang sama dirancang tapi dibatalkan pada saat-saat akhir.

Hari ini..26 November 2008
Lan mengatur supaya kami bertemu di KLCC. Ada plan untuk kami berdua katanya. Plan? Hermm, ntah apa la Lan tu.

Malangnya disebabkan keletihan saya mencari bahan2 untuk membantu pasukan debat UPSI pd debat diraja nt, setiap hari saya cuma tidur pada selepas subuh. Cuba juga untuk melelapkan mata pada 4pg. huh!
Saya dan tasneem terlewat tiba di KLCC hampir 5jam. 5jam lewat!! hahaha.. Kasihan Lan terpaksa menunggu lama. Itupun setelah Lan berkali2 memberitahu saya supaya cepat tiba di KLCC. maaf la ye Lan..tg.malim-KL ni jauh agaknya.. Perak-KL kn? hihihi.. Padahal perjalanan dalam bas cuma lebih kurang 1jam saja.
Lan ada supprise untuk kami berdua. Apa? hahaha
sangat mengejutkan!!

Lan bawa kami berdua lawatan sambil belajar ke Skybridge Twin Tower Petronas.

Haha, comel sungguh pertemuan kami dapat dirakamkan berlatar belakangkan pemandangan kotaraya Kuala Lumpur..
Ohh Lan..Terima Kasih!!
Lan memang seorang kawan saya yang skema. Unik. Mungkin juga pelik!
sementara menunggu masa lawatan ke skybridge tu, Lan mengeluarkan Rubic Games dari beg galasnya. Kemudian dengan muka bersungguh2, cuba menyelesaikan permainan susun atur itu. hahaha.. ketawa saya dan tasneem.

Kemudian kami perlu makan di Burger King, jenuh pelawa Lan berkongsi makanan dengan saya dan neem. Lan tetap menolak. dan dia mengeluarkan botol air dr beg galasnya utk melepaskn dahaga. waah!! sungguh comel. bawa bekal air. hihihi.. Saya cuba untuk snap gambar bekas air biru Lan itu, tapi x berjaya. huhu. ntah apa lagi yang ada dalam beg galas Lan tu.

Tasneem pula, memang seorang teman yang amat manis. Semanis madu. Selama mengenali Neem di laman FS dan YM, saya sangkakan Neem agak berisi orangnya...Ataupun lebih tinggi dan besar dari saya. Tapi..hehe..Neem cuma sebesar saya! Maknanya sama-sama kecik lah..

Saya amat suka memerhatikan tahi lalat comel di pipi gadis Thailand itu. Comel! hehe. Gaya selambanya memang sekepala dengan saya. Pening kepala Lan mahu melayan dua gadis alias kanak-kanak Ribena yang bersamanya.. Boleh pula saya dan Neem berlari-larian bermain buaian. dan juga keletah kami yang gemar amat menyakat Lan..

Akhir kata, terima kasih yang tidak terhingga pada Tasneem dan Azlan yang telah meninggalkan kenangan manis dan memori indah dalam diari persahabatan saya dengan kalian.
Moga ukhwah yang terjalin berpanjangan..

Tuesday, November 25, 2008

pra debat

Pengalaman saya menyertai pasukan pendebat Universiti Pendidikan Sultan Idris memang merupakan antara perkara paling menarik yang telah saya lalui setakat ini. Sebagai pendebat??
owhh, tentu sekali bukan. Saya masih berada di tahap teruk untuk menjadi seorang pendebat universiti. Saya masih bersemangat untuk berusaha dan belajar untuk menguasai seni berdebat. Bak kata abg Hairi, debat adalah seni yang pelbagai. Ya, sungguh. Saya akui. Seni yang pelbagai. Seni kehidupan. Saya mendapat peluang mengikuti rombongan debat UPSI ketika Pertandingan Debat Kepenggunaan (FOMCA) yang berlangsung di MMU Melaka. Cinta pertama saya pada pertandingan debat. Ohh, sungguh saya jatuh cinta pada dunia debat. Pertama kali diberi peluang merasai suasana pertandingan sebenar memang mengujakan saya.
Pengalaman kedua saya apabila sekali lagi diberi peluang mengikuti skuad debat UPSI ke Pertandingan Debat Diraja AntaraUniversiti yang berlangsung di UIAM Gombak. Kali ini saya pergi bukan dengan otak kosong. Sebagai pengiring sekalipun, senior-senior tidak membiarkan kami (pengiring : Saya, kak Nad, Aini, Abu dan abg Kadir) pergi dengan dada kosong. Kami dikerahkan sama-sama membantu pendebat-pendebat mencari bahan-bahan dan fakta-fakta yang akan digunakan semasa pertandingan nanti.
Owhh, saya sangat takut ketika itu. Adakah bahan-bahan yang kami cari bakal membantu pasukan debat UPSI yang bertanding? Adakah bahan-bahan yang kami cari akan berguna? huhuhu...

Terima kasih pada teman-teman Kelab Debat Bahasa Melayu UPSI.. Kalian telah memberikan saya pengalaman yang berharga pada saya. Pengalaman yang tidak dapat saya kutip di dewan-dewan kuliah mahupun di dalam makmal. Pengalaman yang sedikit sebanyak telah mengajar saya erti tolak ansur, erti pengorbanan, erti persahabatan, erti tolong-menolong...ERTI KEHIDUPAN..
pada Kak Bieb, Kak Matun, Kak Nadiah, Abg Faiz, Kak Ami, Abg Hairi, Abg Kamarudin, Suhaimi, Kak Sheera, Abg Baehaqi, Abg Radzhi, Hafiz.. Kak Nad, Abg Kadir, Aini, Abu Handhalah...Syukran Jazilan...Jazakallahu Khairan Kathiran!!

Thursday, November 20, 2008

pasca-peperiksaan

permulaan yang baik, Bismillah..

Alhamdulillah...tempoh peperiksaan saya sudah tamat pada hari ini (rabu, 19/11).
Perasaan? Oh, rasa agak lega dan gembira. Gembira? Bukanlah bermakna gembira kerana yakin dapat menjawab semuanya dengan jaya. Bukan. Saya gembira. Gembira kerana saya diberi peluang berada di sini. Di bumi pengetahuan suluh budiman. Moga sepanjang berada di sini saya akan mampu belajar. Belajar dengan hati. Moga saya mampu belajar dengan kerendahan dan keikhlasan hati. Mengutip sebanyak mungkin ilmu yang akan berguna untuk saya. Bukan setakat ilmu dalam skop pembelajaran. Ya, ilmu kehidupan juga penting. Amat penting.

Adakah setelah dapat menggenggam skrol ijazah insyaAllah 4tahun lagi, saya masih insan yang sama atau insan yang berbeza? Adakah setelah berada di dunia sebenar pekerjaan dan kehidupan nanti, saya mampu melaluinya dengan baik? Adakah begitu.. atau adakah begini?

Begitu banyak persoalan. Muhasabah. Ain, bermuhasabahlah.

“Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengan (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itulah seperti binatang ternakan, bahkan mereka lebih sesat lagi;mereka itulah orang-orang yang lalai.”(7:179)

Saya memang masih dangkal dalam mengenal erti hidup. Umur yang masih singkat. Sepanjang umur ini pula saya akan terus-menerus mencari erti. Erti hidup. Mampukah? Berdayakah? Tapi tak pula saya tahu sama ada umur yang akan mendatang ini juga singkat atau sebaliknya. Saya pernah berbual dengan seorang pemandu teksi. Katanya mengenai kehidupan. "Ilmu kehidupan ini bukan dikutip dengan kesenangan demi kesenangan, kejayaan demi kejayaan, atau kebanggaan demi kebanggaan. Tapi ilmu kehidupan ini dikutip di tepi jalanan. Di celah-celah masyarakat yang pelbagai. Ilmu kehidupan diraih dengan memintal satu demi satu jerih perit kehidupan. Ilmu kehidupan didapat ketika mendaki tangga-tangga kegagalan. Jatuh bangun kehidupan. Dan bagaimana seseorang itu dapat mengharungi cabaran dan halangan dalam hidupnya" Sungguhkan pakcik teksi ini? Saya kagum dengannya. Sungguh...
di celahan helaian kertas
rasa sayang
kerinduan pada keluarga
amat
rindu yang amat

Saturday, November 15, 2008

10 TABIAT ROSAKKAN OTAK

Sekarang ni musim peperiksaan. Bagi sesiapa yang sudah bersedia dari awal, sudah tentu boleh pejam mata dan bersenang hati semasa peperiksaan. Tapi malang pula bagi sesiapa yang amat gemar mengulangkaji dan belajar di saat-saat akhir (macam ain ni), sudah tentulah akan berasa amat tertekan dan gabra. huhuhu.
Ada pula kawan-kawan yang pulun belajar di saat-saat akhir sampaikan meneguk nescafe bercawan-cawan. Masing-masing nak jadi burung hantu. Maka akan adalah pelajar yang pergi menjawab peperiksaan dengan mata bengkak, muka sembab tidak bermaya. Paling bahaya, ada juga kes di mana ada pelajar yang menjadi 'blur' semasa menjawab peperiksaan. Haa, kan dah rugi belajar satu semester. Terpaksa pula ulang subjek-subjek tertentu. Ungkapan-ungkapan yang sering didengar setelah keluar dari dewan peperiksaan adalah "aduhh, berdarah otak aku nk menjawab", "putus wayar dalam otak aku nih", ataupun "sakit otak aku nak fikirkan jawapan td"..

Teringat saya pada suatu kisah di zaman sekolah dulu. Disampaikan oleh Ustazah Che Maznah (ngajar subjek Pend. Syariah Islamiah) mengenai gelagat-gelagat pelajar-pelajarnya belajar di saat-saat akhir. Ada seorang senior saya ni sangat cemerlang dalam subjek ni. Caranya bagaimana? dengan pulun menelaah membaca buku teks Syariah malam sebelum peperiksaan. (ini adalah exam-oriented, jadi tidak bagus untuk diamalkan ya!) Tapi faham-fahamlah kan, bila sudah malam-malam ni, mata pun kuyu dan letih. Amat mengantuk! Jadi bagaimana cara akak ni menahan dirinya dari tertidur, dia akan ikat rambutnya yang panjang bersambung ke kepala katil. huhuhu. Jadi bila dia tersengguk, dalam masa sama rambut dan kepalanya akan disentap. Sebab rambutnya diikat bersambung dengan kepala katil td. Aduss, sangat dasat! ntah siapa akak itu? Saya pun tidak tahu.

Wahh3, sempena musim otak berdarah, wayar otak putus dan sakit otak ni, Jom kita kongsi sedikit sebanyak perbuatan-perbuatan seharian kita tanpa sedar ataupun sedar, yang boleh merosakkan otak. zassss!!

1. Tidak mengambil sarapan pagi
- Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan menjadikannya kurang aktif.
kalau dah malas sangat tu, minum je la minuman bijirin Nesvita ke. takpun sediakan roti 'lima kupang' tu untuk sarapan pagi. bagi sesiapa yang dah tengah hari tu baru nak nampak matahari, tak dapek den nak nolong eh

2. Terlebih makan
- Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak.
huhu, tapi saya ini jenis kuat makan. Rupanya tabiat ini boleh merosakkan otak. Patutlah tak dapat skor 4.0 masa kat matrik dlu! (ahh, alasan cuma..hehe)

3. Perokok
- Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan boleh mengakibatkan penyakit 'Alzheimer'.
tips mencari pasangan hidup : carilah yang tidak merokok sama sekali! sebab memang dah disahkan yang asap rokok dan debu puntung rokok ini tidak elok untuk bayi dan ibu mengandung.

4. Penggunaan gula yang berlebihan
- Pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Selain daripada itu, ia akan mengganggu perkembangan otak yang sihat.
kurangkan gula dalam makanan, tambahkan manis dalam senyuman.
Haniff : no need the sweets, you are sweet enough ain :-) (ohh, ni semasa di KMPP)

5. Pencemaran udara
- Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia. Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.
Indeks Tahap Pencemaran Udara di Malaysia, masih di tahap baik. Hee, nak hirup udara segar, jom balik kampung!

6. Terlebih tidur
- Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati.
hah, kepada budak yang suka tidur, 'cik sleepmypriority', sila la kurang2kan tidur anda ye. Nanti rosak otak..hu3

7. Menutup muka ketika tidur
- Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak.
alamak, yang ni memang ain selalu terbuat. sebab suka letak my bantalbucuk atas muka masa tidur.

8. Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan kurang sihat
- Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak.
huhu, tapi kalau dah banyak kerja yang harus disiapkan, gimana dong?

9. Kurang berimiginasi
- Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita. Kurangnya berimiginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan/keaktifan otak menurun.
hehe, jadi tak salah lah ain banyak berangan kan. la la la

10. Jarang berfikir
- Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang aktif. Oleh itu, perbincangan yang membina boleh menambah keberkesanan kecerdasan otak kita.
macam mana nak banyak berfikir secara bagus? hurmm, buat latihan math, main sudoku..(ain tak reti main sudoku, ada sesiapa nak tolong ajarkan?)



Al Anbiyaa’ ayat 105

Dan demi sesungguhnya, Kami telah tulis di dalam Kitab-kitab yang Kami turunkan sesudah ada tulisannya pada Lauh Mahfuz: "Bahawasanya bumi itu akan diwarisi oleh hamba-hambaKu yang soleh"

Tuesday, November 04, 2008

demam yang bermusim


musim peperiksaan? herm, memang sudah menjadi lumrah seorang murid, pelajar, mahasiswa dan mahasiswa...selagi bergelar pelajar, selagi itulah demam peperiksaan yang bermusim ini akan melanda. Sistem peperiksaan di negara Malaysia tercinta pula, adalah berorentasikan peperiksaan. Pencapaian dan kemajuan modal insannya akan diuji melalui peperiksaan..
Saya selitkan di sini, Falsafah Pendidikan Negara yang wajar dihadam dengan baik oleh setiap pelajar (khususnya bakal guru)..


"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI) berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga masyarakat dan negara. "

namun, entah dimana silapnya..walaupun sistem pendidikan di Malaysia diiktiraf sebagai antara sistem pendidikan terbaik di dunia, kita masih tidak dapat melahirkan modal insan yang benar2 berkualiti. Peranan guru masa kini semakin mengecil, sempit dan terbatas. Sering pula timbul isu2 pelajar dan guru. Guru VS Pelajar?? adakah guru masa kini mendapat pembelaan yang sewajarnya? Ngeri saya apabila memikirkan bagaimanakah situasi anak2 murid masa hadapan terhadap guru masing2..
Menjadi seorang guru, prinsip utama ialah BERKORBAN. Malah, dalam apa jua bentuk tindakan , kita terpaksa mendahului orang lain dan bukan diri kita dahulu. Kita memandaikan anak murid kita yang mungkin menjadi orang terkaya di Malaysia satu hari nanti, sedangkan kita menjadi guru selama 30 lebih tahun lamanya dengan kenaikan gaji sebanyak 70 Ringgit setiap tahun (Cikgu Jimi)

saya kepingin sekali mengulas dengan lebih panjang apa yang bermain di fikiran..namun, waktu dan masa memang membataskan..Demam peperiksaan melanda Universiti2 di Malaysia. Semoga berjaya saya ucapkan buat kawan2 seperjuangan..

Sunday, November 02, 2008

kawan, teman dan sahabat


Sesekali jadilah kawan yang mendengar daripada yang hanya bercerita.. Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan, kerana dia juga ada rasa takut..ada rasa bimbang..ada rasa sedih dan juga ada rasa kecewa.. Dia tentunya ada kelemahannya tersendiri dan dia perlukan kawan sebagai kekuatan..jadilah kita kawannya itu, yang dapat meminjamkan bahu untuknya berpaut dan menongkat semangat..Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya,dia tak setabah yg kita sangkakan. Disebalik senyumannya itu, mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan, disebalik ketenangannya, mungkin tersimpan seribu kekalutan yang kita tidak tahu...tetapi jika kita cuba jadi sahabat seperti dia, mungkin kita akan tahu.. terima kasih buat kawan-kawanku, teman-temanku, sahabat-sahabatku..tanpa kalian, tak mungkin aku mampu berdiri..