Thursday, September 18, 2008

jika ingin..


Jika ingin tahu tingginya pokok, tanyalah pada helang

Jika ingin tahu luasnya padang, tanyalah pada belalang

Jika ingin tahu dalamnya hutan, tanyalah pada puyuh

Monday, September 15, 2008

makcik seringgit

Hari ini hari Sabtu. Bosan di rumah tanpa ada aktiviti. Sedangkan tugasan wajib seorang pelajar bertimbun2 di atas meja menunggu giliran diselesaikan. Ringan mulut saya mengajak sahabat serumah, Amy dan Dayah ke bazar ramadhan di pekan Tg.malim. Kebiasaannya kami cuma membeli juadah aka 'lauk tunjuk' di bazar KUO.

Pasar malam di pekan Tg.Malim adalah pada setiap sabtu. Maka, berduyun2lah penduduk tg.Malim, tetapi lebih ramai lagi pelajar2 UPSI menjamu mata dan selera masing2 menjengah2 juadah yg ada di bazar ini.

Pusingan pertama rondaan saya (bazar ini pun tak begitu banyak gerainya, almaklum pekan kecil), tiada apa2 yg menarik selera di hati. Pusingan kedua, saya membeli pasembur (disebabkan kerinduan terhadap juadah utara).. Tiba di satu gerai yg menjual lauk pauk yg tampak menyelerakan,

Dayah bersuara "Makcik, saya nak gulai nangka ni seringgit ye", seulas senyuman saya lihat di bibir Dayah. Namun, suatu hal yg tidak saya jangka, makcik itu tiba2 membentak dgn agak kasar "Makcik takde jual lauk seringgit! Semua dua ringgit! Kalau adik pergi pasar bawa seringgit, dapat apa hah?!" agak meninggi suara makcik itu.

Agak menggelikan hati saya apabila Dayah menjawab dgn polosnya. "dapat kuih tiga seringgit, makcik.. kan Nisa' kan?" Dayah cuba berseloroh, tanpa mengetahui makcik penjual lauk itu sedang hangat membara hatinya. Entah kenapa, saya tak tahu.
Makcik itu membalas semula dgn nada yang lebih tinggi dan mata menjengil ke arah Dayah
"hah! kalau dah macam tu, adik makan je la kuih tiga seringgit tu, tak payah beli lauk kt sini! "
aduhh, saya mengeluh dalam hati. Bukankah nilai seringgit itu juga rezeki? Bukankah dia orang berniaga? Mengapa perlu membentak pelanggannya begitu? sombongnya dia...desis saya cuma dalam hati. Sebal rasanya.

Muka Dayah saya lihat masam mencuka. Nisa' dan Amy juga. Saya agak terpinga2. Langsung saya membayar nilai rm2.50 utk seekor keli goreng yang kecil. Mulut yang agak celupar ini berkata kepada pembantu makcik itu, mungkin anaknya.
" ehh, minggu lepas kan dua ringgit?" sepi tanpa jawapan atau soalan saya tidak didengar.

Dayah pula dalam masa yang sama merungut kecil. Namun tetap membeli sayur nangka dengan nilai rm2. Keempat-empat kami mengomel2 merungut tentang makcik itu sepanjang perjalanan pulang ke KUO. aduhh, kurang pahala puasa kami.

Kami juga berazam..gerai makcik itu akan di'blacklist' oleh kami. Tak mesra pelanggan, huhu.. Komen Amy, apa salahnya makcik itu mengurangkan sukatan lauknya. Jika gulai itu rm2 ada 4ketul nangka, berikan saja 2ketul nangka apabila diminta rm1 cuma. Komen saya pula, mungkin makcik tu sensitif dengan angka seringgit atau dia ada sejarah hitam dengan nilai seringgit itu. Segalanya mungkin. Pelbagai andaian kami buat mengenai makcik dan seringgit itu.


AllahuAkbar 3x....

ketika saya sedang berselera menjamah juadah keli goreng untuk bbuka puasa petang itu... menguit2 beberapa ekor ulat kecil yang comel di hujung dari saya. Mujur tidak sempat disuakan ke dalam mulut.

serta merta selera terhenti..tekak terasa loya..dan terkenangkan makcik seringgit itu..inilah nilai rm2.50 yg saya dapat hari ini..Lauk keli yang berulat..Moga Allah mengampunkan dosa saya dan kawan2 pada hari itu, dan juga dosa makcik itu... Wallahualam..


terkenang juadah berbuka di rumah

air tangan mama

dan adik-adik