mereka yang tegar

Friday, May 30, 2008

cinta analisis

Aku : Kasihku, ketumpatan cintaku padamu ialah jisim hatiku di bahagi isipadu jantungku.Masihkah kau tidak membuat sebarang anggapan??
Mu : Aku tidak percaya kepadamu kerana kau ada kekasih baru untuk menjalankan tindak balas penggantian ke atas diriku.
Aku : Kau jangan salah ertikan kecerunan garis lurus hatiku ini, kerana aku dan dia masih lagi unsur dan bukannya sebatian
Mu : Tapi, aku berasa seperti kasihmu berkadar songsang dengan kesetiaan yg kuberikan.
Aku : Tapi, cintaku padamu adalah pemalar
Mu : Aku masih belum mengerti lagi kerana penyelesaian yang kau berikan masih lagi belum sahih.
Aku : Tapi, aku mengamalkan hukum newton ketiga di mana tindak balas cintaku bersamaan dengan cinta yg kau berikan.
Mu : Kau jangan bohong! Aku telah mengetahui bahawa kau adalah 'random' ygmempunyai janji-janji manis yg bergerak secara rawak.
Aku : Itu adalah fitnah yg telah tersebar melalui proses pencaran dan perolakan.
Mu : Tetapi, mengapa kau membuat tempoh perkahwinan kita mengalami rintangan?
Aku: Aku harus menggunakan perintang boleh laras untuk mengurangkan rintangan itu.
Mu: Adakah kita akan berpadu secara kimia?
Aku: Itu masih belum diketahui, tetapi hasilnya nanti dapat dilihat denganmenggunakan mikroskop cahaya.
Mu: Aku khuatir kau akan bertemu dengan yg lebih aktif dan bertindak balas dengannya.
Aku: Nampaknya, kita sedang bercinta tiga segi dan haruslah menggunakan hukum-hukum penyelesaian segi tiga untuk menyelesaikannya.
Mu: Tapi, aku telah memberi cintaku dalam magnitud dan arahnya sekali. Masihkahkau tidak percaya?
Aku: Ya, aku percaya. Tetapi aku mahu semua itu dalam bentuk lazim.
Mu: Itu semua boleh diabaikan, yang aku mahu ialah tempoh perkahwinan kita harus mengalami pecutan yg seragam.
Aku: Kau harus bersabar, kerana sabar itu 0.5 dari iman.
Mu: Tapi, imanku adalah infiniti!
Aku: Aku tidak fikir yang iman kau infiniti kerana kau blum mendarabkannya dengan 6x10'23.
Mu: Kau membuat kemarahanku meruap-ruap. Nanti bila tekanan ku melebihi tekanan udara, kau jugak yg susah kerana aku akan mengalami hemolisis.
Aku: Aku sekarang bukan aku yg dulu lagi, aku telah mengalami plasmolis.
Mu: Kau betul-betul menyakitkan hatiku ini. Kusangkakan kau intan, tetapi rupa-rupanya kau grafit. Pergi kau dari sini.Biarkan aku sendirian........

gurauan semata2..
utk meredakan hatiku
yg keresahan!

Thursday, May 29, 2008

adikku sayang

P.Ramlee :
Getaran Jiwa
Getaran jiwa
Melanda hatiku
Tersusun nada
Irama dan lagu
Walau hanya sederhana
Tetapi tak mengapa
Moga dapat membangkitkan
Sedarlah kamu wahai insan
Tak mungkin hilang
Irama dan lagu
Bagaikan kembang
Sentiasa bermadu
Andai dipisah
Lagu dan irama
Lemah tiada berjiwa
Hampa

Tuesday, May 27, 2008

ciNtAkAh iTu??

Cintakah itu,
bila sehari tak bjumpa,
resah menjenguk di hati?
Cintakah itu,
bila tidak memandang wajahnya,
hati tak tenteram,
jiwa gundah gulana?..
bila xmendengar suara,
terasa sunyi spanjang hari.
bila xbertekak,
terasa tiada hiburan untuk di nikmati,
bila tdengar si dia dlm kesusahan,
terasa xtenang walau utk bnafas.
bila si dia bbicara soal gadis idamannya,
terasa kaca sedang mnusuk dada
bila kita di hargai dgn kata2 manis
terasa dunia milik kita,
bila kita bsama si dia
terasa kedamaian yg mnyentuh jiwa
bila kita di anggap hanya teman biasa
apa yg perlu kita rasa????...


"di mana2 sahaja dunia ini, perasaan cinta tak dapat kita lari. segala yg sudari ungkapkan di buletin itu, kemungkinan adalah cinta, namun kemungkinan juga tidak. Suka, bangga, minat, masing2 memainkan peranan jua, mungkin hanya minat, mungkin hanya suka. Jangan mudah melafaz cinta, kerana harganya terlalu tinggi. Bila tiba cinta sejati, hanya saudari dan Allah sahaja yang akan faham"

~>memberontak
~>pukOi dia
~>lari pusing-pusing padang
~>karaoke lps geram
~>BunUh diri
~>bunuh DIA
~>x pedulikan DIA
~>upah pembunuh
~>lEtuPkan rumah yg dIA tinggal
~>culik adik-bradik dia
~>beli tisu brkotak-kotak (bajet satu minggu)
~>terjun bangunan
~>minum racun
~>insaf dan berserah pada tuhan.dan fikirkn,pasti itu bkn jodoh sbnr..mgkin yg slpsnya adalah lbih baik dr yg sblmnya.
bunga bkn sekUntUm~

"ntah la tepuk dada tnya selera....."

zikry
"rasa bersyukur...sebab: tak perlu menempuh dugaan brcinta dengan manusia yg belum dikahwini...the end..
amin.."
rasa sayang :
ini antara jawapan yg dibalas bila post 'cintakah itu?'
ku letakkan di buletin FS...anda?

Saturday, May 24, 2008

alhamdulillah syukur nikmat

alhamdulillah,
penantian berakhir.. ops! belum sepenuhnya berakhir..
hidup ini memang suatu penantian, kan?
dua hari lepas dah dapat tau keputusan peperiksaan
semester dua, KMPP..
alhmdlh, meskipn x cemerlang sahabat2 yg lain,
syukur sgt..
hasilnya setimpal dgn usaha..

sekarang ni ngah fenin2 (ala2 Amal) nk
isi UPU plak..
masalah5x!
huhuhu...

jom, minum carrot susu!
tenangkan hati
(baru lepas buat carrot susu je nih,hehe)
salam sayang.....
muahhhh!

Friday, May 09, 2008

rAgAm bUdAk sEkOLah









budak nakal,

rasa sayang

Thursday, May 08, 2008

di mana kita?




Tuesday, May 06, 2008

aiman athirah! ahaks

Chantek

Altimet feat Adeep Fabulous Cats
hey wanita
gembira dapat berjumpa
teringat kembali kali pertama kita bersua
ingat bila kita bersepatu serupa
tak lama dahulu jangan kau kata kau dah lupa
kau bersama kawan-kawan muda yang nyata
kau paling menyerlah di antara mereka
rambut hitam warna coklat anak mata
membuat aku kurang fasih bila bicara
apakata kita ambil sedikit masa
untuk mengenali sesama kita dengan lanjutnya
dan jika kau rasa apa yang ku rasa
ayuh kita ke bab ke-2 dan seterusnya
chantek..
dirimu buat ku tertarik
menghilang segala prasangka
di jiwa
ohh chantek...
sungguh aku cintakan kamu
dia..
pandai menjaga hati ayah dan ibunya
kelakuannya sama dengan orang tua ku juga
dia..
bisa cipta yg gula dari yang cuka
pandai menukar yg duka kepada suka
dia..
bijak mengatur acara dan juga masa
cekap memasak garam gula secukup rasa
dia..
pandai menjaga harta dan juga duitnya
tetap anggun tanpa mendedahkan kulitnya
dia..
setia pada Yang Esa satu-satunya
memenuhi tanggungjawab 5 waktunya
dia..
punya tempat dalam rancangan yg ku rangka
tak usah lengah
ayuh kita berumah tangga

chantek..
sechantek suria menyinar
seindah bunga yang di taman..
mekar...
chantek...
dirimu buat ku tertarek..
menghilang segala prasangka
di jiwa...
oohhh chantekk..
sungguh aku cinta kamu
aku..
melihat kita bersama di hari tua
dia..
masih satu tiada empat tiga atau dua
dan walaupun kau sudah ke pudaran rupa
kau tetap cantik padaku aku tak lupa
kita bersama di anjung luangkan masa
kewangan kita merdeka mampu bersara
hasil usaha kita dari masa dahulu
cukup untuk mengisi perut anak dan cucu
hidup santai tak perlu terburu-buru
punya masa kerja ibadah dan juga ilmu
anak kita dan ayanhya semua sebulu
aku bilang kau chantek dan mereka setuju
chantek..
sechantek suria menyinar
seindah bunga yang di taman..
mekar...
chantek...
dirimu buat ku tertarik..
menghilang segala prasangka di jiwa...
ohh chantek...
sungguh aku cinta kamu...

tira, jgn marah haa..
ko kn suka lagu ni..
khas buatmu..
moga berbahagia sll..
rasa sayang

siapa pandai matematik?meh jawab lekas!

1. Apabila seorang hamba Allah mengucapkan satu zikir, maka akan tumbuh satu pohon yang besar dalam syurga di mana kuda yang paling pantas akan mengambil masa setahun untuk melintas bayang-bayang pokok tersebut,
maka berapakah diameter sebenar pokok tersebut?
Dan seandainya selepas solat kita ucapkan sebanyak 33 kali zikir, berapakah luas yang di perlukan untuk tempatkan pokok-pokok tersebut?.
2. Dalam kubur akan di lepaskan ular yang besar dan panjangnya sebulan perjalanan untuk azab manusia yang tidak bersolat,
sekiranya di ambil perjalanan manusia biasa yang sihat dan berumur dalam lingkungan 30 tahun,
berapakah panjang sebenar ular tersebut?
3. Diketahui akan betapa bisanya siksa dari serangga di akhirat yang mana sekiranya satu titik bisa tumpah ke bumi,
maka semua tumbuh-tumbuhan akan mati,
berapakah liter kadar racun yang diperlukan untuk matikan tumbuh-tumbuhan di dunia ini dan apabila di bandingkan dengan racun bisa tadi,
berapakah nisbah ketumpatan perbandingan racun tersebut?

4. Di katakan pada zaman Nabi Adam a.s,
batu dari atas neraka telah jatuh dan bertemu dasarnya pada zaman Nabi Muhammad SAW,
berapakah kedalaman neraka yang sebenar?
5. Panjang titian sirat adalah 1500 tahun perjalanan,
500 tahun mendaki,
500 tahun mendatar,
dan 500 tahun menurun,
sekiranya ummat bani Israel enggan masuk syurga dengan rahmat tapi ingin masuk syurga dengan amalannya,
berapa kali lailatul qadarkah yang diperlukan untuk melintas titian sirat ini.
(Hint: satu lailatul qadar bersamaan seribu bulan.)

6. Solat berjemaah di gandakan 27 kali daripada solat di rumah, sekiranya pada tahun lompat ali bersolat berjemaah hanya pada hari jummat dan hari raya,
berapakah pahala solat berjemaah Ali...
(soalan bonus)
matematikku teruk,
memanusiakan manusi[a]..
rasa sayang

Monday, May 05, 2008

teman

Ternyata teman yang sejati,
tidaklah cukup sekadar perkataan saja,
tapi di buktikan dengan bukti yang nyata,
meskipun hanya sekadar ingatan seseorang
kepada keadaan saudaranya...
aku ingin jadi mentari,
rasa sayang