mereka yang tegar

Friday, August 24, 2007

nehnah dunia mmg meletihkan

assalamualaikum w.b.t..
salam buat semua pengunjung blog ini..alhamdulillah, aku dapat menghabiskan cuti pertengahan semester ni dgn tenang...walaupun masih ada lagi tugasan2 yg tercicir(akibat bertangguh).. dah lama rasanya tidak menikmati hidup dgn bersenang-lenang begini..tidak terkejar2 ke kelas & dewan kuliah.. herm...
esok lusa perlu kembali ke kolej..kembali menjalani hari2 biasa bg seorang pelajar..aduhai, kalau tidak ku fikir mengenai masa depan, akan aku fikir bahawa belajar mmg memenatkan jiwa dan raga..huhu..tp, seorang srikandi takkan mudah menyerah..aku perlu gagah menjalani hari2 mendatang... entah kenapa, dlm seminggu ni, aku agak lesu jiwa..masalah biasa barangkali..
selama ni aku agak terpesong, terpesong niat & tujuan dlm menghadapi nehnah dunia..entah sudah jauh mana aku tersasar.. entah kenapa jiwa aku begitu mudah termakan pujuk rayu dunia..
na'uzubillah... iman yazid wa yankuz...
tp alhmdlh, selepas berbincang dr hati ke hati..aku lebih tenang..

"ya Allah, kuatkanlah hati hambaMU ini dlm menghadapi ujianMU"

Tuesday, August 21, 2007

menjadi mayat itu pasti

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

- SAHABATKU YANG KU CINTAI HANYA KERANA ALLAH, CUKUPLAH MATI SEBAGAI PERINGATAN KEPADA KITA-



3:185. Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan.

Friday, August 17, 2007

sha na na

assalamualaikum...

salam rindu, salam doa & salam jihad buat sahabat...alhamdulillah, aku dpt meluangkan lebih byk masa di rumah ( juga di depan komputer) sementelah hampir 3bulan dihambat masa yg mencengkam di Kolej Matrikulasi Pulau Pinang, KMPP ( juga disebut sebagai Kolej Matrikulasi Paling Popular oleh Tuan Pengarah)...dlm masa yg singkat ni, cuma dua minggu sahaja..(ok la nih, drpd xde cuti langsung)..aku berusaha merehatkan diri sepuas2nya..hihi..( sepatutnya kena pulun study!)..juga aku mengambil masa utk mencari artikel2 yg sesuai utk dipostkan di blog ini, tp lebih byk yg aku postkan di column buletin di laman friendster..

syukur ke hadrat Ilahi, aku diberi kesihatan fizikal@mental utk terus menghirup nafas dan bertatih-tatih menghadapi dunia yg kian bertambah umur, kian mencabar rasanya (memang pun)...terkadang rasa letih, letih dgn cabaran dunia nih (padahal ckit je pun) tp buat insan yg baru nak mengenal dunia ( seperti aku ni)...ini sudah dikira mencabar!..hehehe...
pelbagai jenis orang & pelbagai jenis ragam yg aku dpt lihat di KMPP...memandangkan pelajar2nya datang dr pelbagai latar belakang & budaya... menarik! sahabat2 baru yg menyenangkan hati ( ada juga yg memeningkan kepala)...di mana aku sedaya upaya cuba mengikat jalinan persahabatan yg oktet..dlm keadaan sekarang, tidak dpt dinafikan kawan2 amat penting di sisi aku dlm situasi sekarang..
entah di mana lg aku akan jumpa seorang kwn perempuan yg nmpak ganaz, muka brutal, cara berjalan pun ganaz skit..tp rupa2nya masih bermain anak patung (hehehe, kpd sesiapa yg terasa pedas, maaf la noh)...entah bila pulak aku akan terjumpa lg orang yg tiba2 kerusinya senget ketika sedang belajar ( bahasa mudahnya jatuh kerusi) dan kwn2 sekelas lain terpinga2 melihat kejadian itu lalu semuanya seperti sepakat utk tidak ketawa ( sedangkan dlm perut mcm nk pecah tahan gelak)... entah aku akan jumpa lg atau tidak seseorang yg beriya2 mahu memasukkan aku di dlm beg galasnya ( kebetulan hari itu saya mmg keletihan yg amat setelah tamat kuliah)..dgn bersungguh2 dia melutut di hadapan aku sambil menyuakan begnya di kaki aku ( aku dipanggil 'budak kecik' oleh sahabat2 KMPP, memandangkan saiz aku yg mmg agak kecik), utk memasukkan aku ke dlm..aduhai...

err, entah apa la aku merepek..
sebenar cuma nk nyatakan di post ni...
hari ni ulangtahun kelahiran kawan sekelasku, ke-18...dia agak berkecil hati..sbb aku tak ingat hari jadi dia ( sebenarnya aku sangkakan esok )..
so, SELAMAT HARI LAHIR MOHD HANIFF...moga panjang umur & ceria sll!
& dua tiga hari lepas, ulangtahun Nurul Sakinah, 14 ogos... akan datang, Sabri, 22 ogos..

salam sayang..
ceria sll..
(n_n)

Thursday, August 16, 2007

berbaik sangka

'' jika dirimu tidak bisa berbaik sangka kpd Allah kerna keindahan sifat2Nya...
maka berbaik sangkalah kerana pendampinganNya bersamamu..
bukankah Dia selalu memberimu sesuatu yang baik2...
dan bukankah Dia sntiasa memberimu nikmat.... ''

Ibn 'Athaillah al-Hikam... =)
@}---

Sunday, August 12, 2007

m[a]ut itu nikm[a]t ?

Maut itu Nikmat?

(menangkap malaikat maut?)

Ni ada satu cerita sedih..isk..isk.. satu cerita yang boleh di ambil pengajaran.

Di sebuah kampung ada seorang remaja yang sangat sayangkan Neneknya. Sayang gilerlah, satu hari dia belajar hakikat hidup bahawa semua orang akan menjadi mayat termasuklah neneknya yg disayangi.
Dan dia dapat tahu pulak yang menyebabkan orang menjadi mayat adalah Malaikat Maut. Maka dia berdoa pada tuhan agar di beri hikmat untuk menangkap Malaikat maut.
Maka Allah berkuasa, makluk tak ada kuasa, Allah telah kurniakan hikmat MENANGKAP MALAIKAT MAUT pd budak tu….
Akrian bila nenek dia sakit tenat maka datanglah malaikat maut…
Budaktu pun apa lagi terus gunakan HIKMAT MENANGKAP MALAIKAT MAUT….dan budak itu berjaya…
tapi bila budak tu tengok nenek dia sakit tak henti2, mengerang kesakitan, menderita kelaparan kerana tak lalu makan, tak boleh tidur kerana sakit tak kebah2…siang malam menangis, kesian pulak budak ni tengok nenek dia gitu gaya…dan nenek dia doa.."Oh..Tuhan ambilah nyawaku, supaya aku boleh berehat…aku sakit sekarang,”
Air mata kesidihan, kepiluan,kehibaan mengalir tak henti2.
“Nenek jangan doa macam tu, saya sayang nenek…!”jerit budak tu..
Nenek jawab: “cucuku..bunuhlah nenek..nenek dah tak sanggup lagi…nenek sakit…”
air mata kian deras, gigi di rentap2 menahan sakit…
“Sakitnya ya Allah..sakitnya ya Allah….”
Akhirnya kerana tak sanggup melihat neneknya menangis gitu gaya…dia pun melepaskan malaikat maut…maka,
Mati dan menjadi mayatlah orang tua tu…
ada tanda2 tenang pd mayat tu….si budak ini menangis….
‘Alangkah deritanya manusia jika tiada maut….."
budak ni belajar lagi hakikat hidup...
Sekian....

Haaaa! Yang ni lagi sedih…ni nak nangislah ni..uhuk—uhukk! Korang tentu pikir aku nangis, tersedut asap ubat nyamuk sebenarnya(buat lawak mayatlah pulak)
Di akhirat nanti bila semua org dah masuk neraka dan syurga, maka Allah jelmakan Maut dalam bentuk seekor ‘kibas’(macam kambing)…
Hidup rupanya Maut ni..sebab tu lah korang semua akan mati, lalu Allah perintahkan Malaikat maut ni sembelih kibas di antara shurga dan neraka…maka matilah 'maut' ni,,
Mautpun jadi mayat…
Maka bergembira sakanlah org dalam shurga…maklumlah tak mati2 dah lepas ni,
Tapi org dalam neraka meraung! mengjerit! menangis ..!
“Ya Allah dengarlah rayuan kami” jerit ahli neraka,
40 ribu tahun kemudian baru Allah Jawab.
“ Apa korang Mahu?”
“Keluarkan lah kami kedunia walaupaun sesaat…”(baru nak keluar sesaat, dulu 5 minit ke masjidpun payah...)
Allah tak layan permohonan mereka, maka mereka ni merayu lagi selama 40 ribu tahun,,
“Ya Allah jadikanlah kami tanah…”
Allah berfirman:(plus-minus)

“Kekallah kamu dalam neraka selama-lamanya…!”

Merekapun menangis sampai keluar darah, lepas tu keluar nanah, lepas tu keluar bijik mata..mereka mengoyakkan muka mereka menyesal..mereka menderita..mereka mahu mati,,mereka mahu maut datang ambil nyawa mereka,.. mereka tidak mahu wujud ..mereka ingin sangat jadi mayat..tapi mereka kekal di dalamya selama-lamanya…Mereka terbakar, mereka kegorengan,mereka kerebusan, mereka kepanggangan, mereka kekukusan, mereka sakit yag amat..maha sakit…
.Ya Allah selamatkan lah kami dari Azab api nerakamu…..

ps:Korang takut tak api neraka?..kalau korang takut, aku lagi takut…! ,kalau korang tak takut, takutnya aku kat korang sebab tak takut azab Allah!!!